Pages

Sunday, 24 February 2013

Kerajaan DAP Pulau Pinang Roboh Gerai, Guan Eng Ditempelak @saberyc


Pada Jumaat, 22 Februari 2013, Menteri Belia dan Sukan, YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek  turun padang menemui peniaga-peniaga yang tindas oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam sesi dialog bersama 15 mangsa bertempat di Taman Negara Teluk Bahang. Keperihatinan Dato Shabery Cheek keatas peniaga-peniaga tersebut disambut baik oleh mereka yang terlibat khususnya daripada belia-belia.

Peniaga-peniaga yang ditemui adalah mangsa-mangsa penindasan Kerajaan DAP Pulau Pinang dimana gerai-gerai mereka telah dirobohkan di Teluk Bahang, Jelutong, Batu Feringgi dan Padang Kota.

Salah seorang mangsa, En Reduat yang juga peminjam Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) Kementerian Belia dan Sukan, menyatakan rasa kekesalan kerana beliau tidak diberi peluang untuk mempertahankan gerainya supaya tidak dirobohkan. Beliau menambah, satu surat permohonan rayuan kepada MPPP telah dibuat tapi tidak dilayan.

Seorang lagi mangsa, M. Balakrishnan memberitahu semasa Pulau Pinang bawah Barisan Nasional, perkara ini tidak pernah berlaku. Malangnya apabila Kerajaan DAP memerintah Pulau Pinang, gerai beliau di Batu Feringgi dirobohkan tanpa sebarang notis.


Dato' Sri Shabery Cheek melahirkan rasa kesal dan simpati keatas peniaga yang terlibat kerana tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang telah merobohkan gerai-gerai dan pada yang sama menutup periuk nasi peniaga-peniaga ini dengan alasan-alasan yang tidak munasabah. Menurutnya lagi, alasan boleh direka bagi menghalalkan segala tindakan dan wajar peniaga-peniaga ini diberikan pilihan untuk berniaga ditempat lain.

Selama ini Kerajaan DAP Pulau Pinang menganggap sentimen-sentimen "peaceful for existance" dari kaum bukan Melayu yang didakwa kurang berpuashati dengan dasar-dasar Kerajaan BN masih boleh dimainkan dan digunakan. Sentimen yang ditunjukkan secara emosi di peringkat akar umbi itu tidak disedari kerajaan DAP Pulau Pinang yang akan membuatkan orang muda kembali bersama BN.

Kerajaan DAP Pulau Pinang juga beranggapan golongan muda masih lagi tak berpuashati dengan kaedah-kaedah lama seperti ISA dan AUKU dan terus kekal dan tidak berubah. Kerajaan DAP harus sedar semua sudah berubah. Proses transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri telah mengubah hampir kesemuanya dan telah diterima dengan baik serta mendapat sokongan rakyat khususnya golongan muda,

Tambahnya lagi, sebelum 2008, dasar Kementerian Penerangan pada waktu itu tidak menghiraukan laporan blog, namun kini semuanya sudah berubah kerana Perdana Menteri sendiri memainkan peranan aktif dalam penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Jika dahulu DAP mendakwa Kerajaan BN menutup peluang pekerjaan tapi sekarang Kerajaan DAP sendiri yang menutup peluang pekerjaan dengan meroboh gerai-gerai dan menghalang peluang perniagaan. Tambah Menteri Belia dan Sukan itu, Kementerian sedia mempertimbangkan rayuan peniaga yang terlibat dalam membayar balik pinjaman Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) disamping membantu peniaga yang terlibat   di dalam skim-skim pinjaman yang melibatkan agensi-agensi persekutuan yang lain.

Tambahnya lagi, dahulu dasar Kementerian Penerangan pada waktu itu tidak menghiraukan laporan blog, namun kini semuanya sudah berubah kerana Perdana Menteri sendiri memainkan peranan aktif dalam penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter.

"Sekiranya ada usaha membuka perniagaan lain dan mencari perniagaan lain untuk sementara waktu yang tidak melibatkan tempat, kerajaan BN akan cari jalan untuk membantu," katanya.

Kementeriannya akan mengumpul maklumat peniaga melalui pegawai-pegawai di negeri termasuk belia yang menghadapi masalah berniaga akibat penganiayaan Kerajaan DAP Pulau Pinang. END.

No comments:

Post a Comment