Pages

Sunday, 24 February 2013

Bukti Nik Aziz Kata Penerima BR1M Sebagai Ayam dan Lembu



Dah terang lagi bersuluh. Itulah sikap pemimpin PAS yang menghina apa sahaja Kerajaan BN buat untuk rakyat. Dibuat pun salah tak dibuta pun salah. Yang betul deme aje. Sampai rakyat yang menerima bantuan dari Kerajaan BN diumpama sebagai ayam dan lembu. Cesss!!!

Kota Bharu: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, tetap dengan pendiriannya menyamakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) setaraf haiwan.

Malah Menteri Besar Kelantan itu menyalahkan UMNO, dengan menyifatkan kaedah pemberian bantuan berkenaan juga sudah meletakkan rakyat Kelantan setaraf dengan haiwan.

"UMNO sekarang guna duit melalui BR1M 1 dan BR1M 2 (untuk mendapat sokongan). Ini seperti kita hendak panggil ayam, panggil itik; hei itik, mari aku nak beri ceramah ugama, mana itik hendak mari. Tapi kena beri hampas nyor, beri padi, baru dia mari, mesti beri benda.

"Begitu juga pada lembu dan kerbau, haiwan ini tidak mari kecuali beri rumput, beri hampas nyor kepada dia, baru mari. Kalau kita panggil orang, beri benda juga, tidak beri ilmu bererti kita meletakkan manusia ini setaraf haiwan," katanya kepada pemberita selepas majlis bersama warga Yayasan Islam Kelantan (YIK), di sini, semalam.

Nik Aziz Rabu lalu sekembali dari menunaikan umrah, menyamakan usaha murni Kerajaan Pusat dalam membantu meringankan beban rakyat miskin melalui pemberian BR1M itu, seperti ayam dan lembu, akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan itu dengan makanan.

Beliau turut menyifatkan pemberian wang berkenaan adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenarnya ialah memberikan ilmu kepada manusia.

Ditanya sama ada penerima BR1M itu bersalah kerana menerima duit bantuan itu, beliau menegaskan, mereka yang diberikan wang berkenaan, perlu mengambilnya, namun apabila hendak memangkah parti dalam pilihan raya umum nanti, harus memangkah PAS.

"Saya kata, bila diberi duit, harus terima; beri kain pakai; beri gula kacau; beri lembu ambil, tapi beri kertas undi pangkah PAS. Duit itu hak mereka kerana ia duit kerajaan bukan UMNO. Sepatutnya saya boleh beri duit itu. Sebagai ketua kerajaan Kelantan, BR1M kena beri pada saya, saya akan beri kepada rakyat," katanya.

Sama ada beliau merasakan penerima bantuan berkenaan dijadikan seperti ayam dan itik, Nik Aziz berkata, sebenarnya UMNO yang meletakkan rakyat Kelantan ini macam setaraf haiwan itu.

"Ayam beri barang, kambing biri-biri beri barang, rakyat Kelantan juga diberi barang. Itu salah UMNO meletakkan manusia dan haiwan serupa, sama-sama diberi barang. Sepatutnya manusia diberikan ilmu," katanya.

Katanya, beliau tidak kisah apa yang hendak dikatakan akhbar dalam isu ini, namun menyifatkan wartawan itu berdosa sekiranya mengubah ucapannya.

No comments:

Post a Comment