Pages

Saturday, 5 January 2013

Wanita Perlu Periksa Penyakit Payu Dara



KUALA LUMPUR: Penyanyi Salamiah Hassan, 61, menasihati semua wanita di negara ini supaya tidak takut untuk membuat pemeriksaan kesihatan kerana di bimbang mereka menghidap penyakit kanser payu dara.

Salamiah yang popular dengan lagu Gelombang berkata, beliau bernasib baik kerana hatinya terbuka untuk membuat pemeriksaan selepas mendapati terdapat ketulan pada bahagian bawah ketiaknya sehingga membuatkan tangannya menjadi kebas dan diserang demam panas.

“Ketika itu saya tidak beberapa pasti adakan ia betul-betul tanda-tanda kanser sehinggalah saya membaca tanda-tanda penyakit itu menyebabkan saya mengambil keputusan berjumpa doktor,” katanya mengimbas kejadian itu ketika usianya 30 tahun.

Kepada Bernama beliau berkata, semasa menjalani pemulihan, berliau berasa penat kerana kesan langsung rawatan kemoterapi sehingga mengaibkannya muntah dan rambut gugur manakala mulut menjadi pecah.

Tambahnya, pengalaman itu adalah sesuatu yang amat perit apatah lagi pada mualnya anak-anaknya tidak mengetahui beliau sebenarnya sedang berperang dengan penyakit tersebut.

“Satu perkara yang menguatkan saya apabila doktor yang merawat memberitahu kanseer saya masih da peringkat awal dan peluang untuk selamat adalah tinggi,” katanya.

Sehubungan itu kata Salamiah, adalah menjadi kewajipan untuk semua wanita melakukan pemeriksaan awal sepertimana yang dilakukannya supaya penyakit yang boleh membawa maut itu dapat diatasi.

Ujarnya, walaupun beliau sudah sembuh sepenuhnya daripada penyakit itu namun beliau tetap menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memastikan tahap kesihatannya baik.

“Buatlah pemeriksaan awal kerana melalui pemeriksaan awal itulah kita akan tahu tahap kesihatan diri kita,” katanya

Sumber

No comments:

Post a Comment