Pages

Saturday, 5 January 2013

DAP Gangnam Style Kena Saman



Parti Progresif Penduduk (PPP) dan dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap DAP yang mengeluarkan klip video yang memburuk-burukkan pemimpin negara.

PPP, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIM) dan Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM) mendakwa klip video terbitan parti pembangkang itu menampilkan beberapa kartun animasi yang mirip kepada beberapa pemimpin negara.

Presiden IRIM Amir Amsaa Alla Pitchay berkata klip video yang dimuat turundalam Youtube oleh DAP, didapati menghina dan mencemarkan pemimpin negara melalui watak melucukan melalui tarian 'gangnam style'.

"Ia adalah satu tindakan biadab yang tidak boleh diterima oleh rakyat sertamenunjukkan keangkuhan mereka," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuatlaporan di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi di sini.

Justeru beliau menyeru Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis mengambiltindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab mengeluar dan menyiarkan klip video itu. BERNAMA

No comments:

Post a Comment