Pages

Wednesday, 2 January 2013

Hampir 5,500 belia telah daftar untuk rebat RM200



CYBERJAYA 2 Jan. - Hampir 5,500 orang belia yang berumur dari 21 hingga 30 tahun telah mendaftar setakat pukul 7 malam semalam untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) untuk pembelian telefon pintar peringkat permulaan pada hari pertama pendaftarannya dibuka.

Bilangan pendaftaran terus meningkat ketika kenyataan ini dikeluarkan. Skim PKB dilaksanakan oleh tujuh syarikat telekomunikasi, yakni Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications dengan koordinasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Kami bersyukur dan gembira dengan sokongan yang diberikan orang ramai terhadap skim ini. Sambutan menggalakkan ini menunjukkan bahawa masyarakat, khususnya golongan belia, bersedia bergerak dalam zaman ICT dan menerima baik perkembangan teknologi dunia internet," kata Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment