Pages

Friday, 4 January 2013

PANAS: HADI AWANG HINA GURU DAN PENDIDIK



Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan menyelar kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memperlekehkan taraf pendidikan bekas penyokong tegar parti itu, Zainon Ismail.

Katanya, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang seharusnya berterima kasih dan tidak merendah-rendahkan pekerjaan Zainon sebagai bekas guru sekolah rendah.

Tegasnya, kejayaan Abdul Hadi sebagai pemimpin juga bertitik-tolak daripada pengorbanan dan usaha guru-guru sekolah rendah yang mengajar beliau asas pendidikan membaca dan mengira.

"Abdul Hadi tidak boleh berbuat demikian (memperlekeh), orang yang menghina guru adalah orang yang lupa pada asal-usul serta tidak bertanggungjawab.

"Walaupun Zainon hanya bekas guru sekolah rendah, namun tempoh pengajaran dan pengalamannya amat berguna serta tidak boleh dibeli di mana-mana," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Hadi baru-baru ini memperlekehkan kewibawaan Zainon atau lebih dikenali sebagai C.N. al-Afghani hanya kerana penulis buku Kafirkah Aku? ini seorang guru sekolah rendah.

Tambah Hashim, Abdul Hadi perlu sedar dan muhasabah diri kerana dilihat telah terpesong ke arah sifat angkuh serta sombong.

Mengulas isu yang sama, Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru-Guru Besar Malaysia, Ruslan Madon berkata, kecemerlangan seseorang di peringkat sekolah menengah hingga ke universiti adalah bermula dengan asas pendidikan yang diperolehi di sekolah rendah.

Tambahnya lagi, pengorbanan guru-guru di sekolah rendah dalam membentuk serta mencorakkan peribadi dan pendidikan murid termasuk Abdul Hadi sewajarnya dihargai.

"Kenapa perlu buat kenyataan begitu. Beliau perlu sedar kejayaan sebagai seorang pemimpin sekarang adalah berkat dan pengorbanan guru termasuk guru di sekolah rendah.

"Abdul Hadi tidak boleh mempertikaikan taraf pendidikan seseorang dengan kritikan yang diterima. Kemungkinan pandangan itu berdasarkan pengalaman yang lama dalam pendidikan walaupun hanya di peringkat sekolah rendah," katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, tindakan tersebut tidak langsung mencerminkan kepemimpinan Islam.

Katanya, Abdul Hadi perlu sedar bahawa kadang-kala pandangan orang bawahan itu lebih benar dan rasional untuk diguna pakai.

"Setiap insan mempunyai keistimewaan tersendiri. Tidak sepatutnya beliau memandang rendah kepada individu lain.

"Kadang-kadang orang bawah memberi pandangan yang lebih baik dan apa yang dikatakan adalah benar daripada individu yang menggelarkan diri seorang pemimpin," katanya. (UTUSAN)

No comments:

Post a Comment