Pages

Friday, 4 January 2013

NGEHJAYA: Ngeh Saman Blogger Sebagai Cubaan Untuk Menutup Kesalahan


NGEHJAYA adalah sebidang tanah seluar 10,526 ekar di Kelantan yang dikurniakan oleh Nabi PAS, Nik Aziz kepada Pemimpin DAP Perak, Ngeh Hoo Kam dan Nga Kor Ming yang dikaitkan bersaudara dengan Bekas Setiausaha Agong Parti Komunis Malaya, Chin Peng. Pengurniaan tersebut atas dasar balasan "win win situation" bagi mendapatkan kerusi Menteri Besar Perak yang mewakili PAS iaitu Nizar Jamaluddin.

Keluasan tanah tersebut yang hampir seluas Pusat Pentadbiran Putrajaya diberi melalui Syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang dimiliki hampir seratus peratus oleh Ngeh Koo Ham. Cubaan menafikan pengurniaan tanah tersebut dibuat secara bertalu-talu oleh beberapa pencacai-pencacai Pakatan Rakyat yang tak jemu-jemu menipu hingga menusuk kalbu Nik Aziz dan Ngeh Koo Ham. Maka, akhirnya pengakuan Kerajaan Negeri Kelantan dikeluarkan bagi menyalahkan Kerajaan BN kerana kelulusan projek tersebut. Justeru itu, bertambah lagi tiupan sangkakala pencacai-pencacai Pakatan Rakyat yang tak mengenal erti dosa dan pahala menipu khalayak menggambarkan Kerajaan BN yang zalim dan kejam kerana meluluskan tanah tersebut. Sekali lagi, usaha dan penat lelah menipu pencacai-pencacai Pakatan Rakyat menerima perhargaan yang tak terhingga daripada Ngeh Koo Ham dengan pengakuan bahawa Syarikat Upayapadu Plantation dipunyai olehnya.

Seperti biasa, pencacai-pencacai Pakatan Rakyat bertambah berkokok bergembira apabila Ngeh Koo Ham mahu menyaman blogger pro BN dan media arus perdana kerana dakwaan memfitnah kepada sesuatu kebenaran. Tidak pernah terjadi dalam dunia ciptaan Allah ini sesuatu kebenaran itu adalah fitnah. Hanya ada khusus di Malaysia. Dapatkan segera naskah panas ini di pasaran pencacai-pencacai Pakatan Rakyat sebelum kehabisan modal putar alam sejagat. Akhirnya pencacai-pencacai Pakatan Rakyat berkata "bersetuju untuk tidak bersetuju" sebagai jalan keluar menutup malu akibat cerita bodoh ciptaan sendiri.

Feel beb!heeeee...

No comments:

Post a Comment