Pages

Saturday, 29 December 2012

BONGKAR: Hadi Awang Terjun Dengan Menantu-menantunya


Teman suka jugak bila banyak pendedahan tentang parti-parti dalam Pakatan Rakyat dibuka selai-selai.  Baik PKR, DAP mahu pun PAS. Cerita anak beranak dan adik beradik pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berebut-rebut jawatan, berebut nak jadi calon guna pengaruh mak bapak dalam parti. Dulu Pakatan Rakyat kecoh dan tabur fitnah UMNO/BN parti kroni dan segala bagai, tapi kali ni Pakatan Rakyat pulak. Bila Pilihanraya dah dekat, anak-beranak dan suku sakat pemimpin-pemimpin guna segala helah nak jatuhkan pemimpin lain dalam parti yang sama.


Terbaru kisah parti PAS diketahui menantu kepada Presiden PAS, Hj Hadi Awang yang berebut kerusi Parlimen Larut.  Yang syoknya, blogger cai Pakatan Rakyat yang buka cerita ni. Kan best!heee..


Nik Aziz sayang menantu. Dolah Bedawi sayang menantu. Datuk Z juga sayang menantu.

Tapi Hadi Awang nampaknya tidak mengambil iktibar dari sejarah. Sayang menantu lebih-lebih sangat boleh naik lemak-kelemak budak tu. Boleh jadi haru.

Jgn kita lupa si Ariffahmi, haru sekejap Nik Aziz. Tergolek dog Dolah Bedawi mengikut kata KJ. Juga menantu Datuk Z yg duduk dalam majlis perbandaran Kelang suatu ketika dulu. Haru.

Aku tidak tau wujudnya menantu Hadi Awang bernama Mohd Akmal Kamarudin sehinggalah tersiar kemelut PAS Larut di dalam Sinar Harian.

Ceritanya simple, menantu Hadi Awang itu gatal nak bertanding kerusi DUN Selama. Walhal, telah diketahui hingga ke Mongolia dan sejak Mahafiraun mengaku Melayu lagi, kerusi itu memang untuk Dr Mohd Dhari Othman. Dia anak tempatan. Terpelajar. Dia juga boleh buat kerja berpeluh tengah padang.

Palat. Memang palat. Menantu Hadi Awang ini macam nak main palat style UMNO.

Sekarang taik dah kena kipas siling. Taik dah terpelanting merata-rata. 

Bila kopiah-kopiah dah terpalit taik, barulah ada akai Pemuda PAS Perak nak berbincang. Baru ada geliga keluar dari mulut Tuan Ibrahim, katanya "calon belum rasmi lagi.."

Nak rasmi-rasmi, potong reben la.. Jangan potong line Dr Dhari. 

Kome tengok la lagi kat SINI


JOM BANTU: Sukarelawan Belia 1M4U KBS digerakkan



KEMAMAN - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengajak golongan belia di seluruh negara menyertai Sukarelawan Belia 1M4U KBS untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, KBS akan mengumumkan beberapa platform untuk dihubungi belia yang berminat menyertai sukarelawan tersebut.

"Kita akan membuat koordinasi dengan pemimpin-pemimpin setempat dalam membuat penilaian mengenai berapa rumah yang memerlukan bantuan.

"Selain daripada itu, pihak KBS juga akan mengenal pasti jumlah tenaga sukarelawan yang diperlukan untuk satu rumah dalam memudahkan pengagihan golongan sukarelawan ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai program sumbangan air bersih bersama Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang diketuai Pengerusinya, Tan Sri Rozali Ismail di Pusat Pemindahan Banjir Felda Seberang Tayor di sini semalam.


Dalam program berkenaan, seramai 30 Askar Wataniah 60 Rejimen Pakar Pengendalian Air mengagihkan air bersih, pakaian dan makanan kepada mangsa-mangsa banjir.

Turut serta membantu mangsa banjir di Kemaman ialah seramai 1,000 Sukarelawan Belia IM4U KBS.

Ahmad Shabery memberitahu, para belia terlibat boleh menyumbangkan tenaga mengikut kemampuan mereka dalam memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.

"Bagi mereka yang ingin menyumbang tenaga lebih daripada satu hari, kita akan menyediakan tempat penginapan dan logistik bagi memudahkan pergerakan mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery yang merupakan Ahli Parlimen Kemaman memberitahu, KBS membuka pendaftaran Sukarelawan Belia 1M4U KBS untuk menjalankan kerja-kerja sukarelawan membantu mangsa banjir di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor.

Sumber

HOT: VIDEO HADI AWANG KANTOI MENIPU


Teman nak ulas la sikit tentang PAS kaki putar alam. Biar semua orang tau siapa sebenar PAS ini.  Serupa jugak la Presiden PAS, Hj Hadi Awang. Dari isu kemasukan syiah dan khawarij dalan PAS hinggalah isu Amanat Hj Hadi sampai la isu Kalimah Allah. Lepas ni PAS nak spin pulak pasal ahli PAs masuk kristian. Sabar aje le!

Blogger Pena Minang Return dan Abu Aqif Studio banyak membongkar wajah-wajah sebenar PAS yang mengesan penipuan-penipuan puak-puak yang dah kristian ni. Kupasan satu persatu.

Itu dulu, tapi sekarang lain. Tengok video dibawah. Pengakuan Hadi Awang terima golongan Syiah dan Khawarij masuk PAS.


Dibawah pulak video Amanat Hj Hadi. Kejap kata tak kafirkan UMNO, tapi video kat bawah ni apa pulak?


PAS pandai pusing putar alam. Lepas ni apa pulak nak pusing pasal isu Kalimah Allah. PAS dah mula pusing-pusing tu! Kome tengok la lagi kat SINI

HOT: MALAYSIAKINI KANTOI DENGAN PEMANDU TEKSI


Teman dah kenal sangat dengan Meloyakini.  Suka cari jalan nak hentam Kerajaan BN.  Sebab  dana yang nak hidupkan akhbar online ni datangnya dari Yahudi yang nak jatuhkan Kerajaan BN. Terbaru Meloyakini membuat satu wawancara dengan pemandu teksi mengenai Program Bantuan Tayar 1 Malaysia (BT1M) yang merupakan program dibawah Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1MA).


Meloyakini dipetik, rata-rata pemandu teksi mengeluh dengan Program Bantuan Tayar 1 Malaysia (BT1M) yang merupakan program dibawah Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1MA)- sebuah program insentif bagi pemandu teksi menerima baucer subsidi tayar sebanyak RM520 bagi penggantian empat tayar untuk tempoh dua tahun. Menurut pemandu teksi yang ditemui Malaysiakini pada perhimpunan pemandu teksi bersama pemimpin Pakatan Rakyat kelmarin,  baucer tersebut tidak mencukupi memandangkan mereka terpaksa membayar wang tambahan kepada bengkel yang membuat penukaran tayar tersebut. 

Teman nak gelak jugak. Nampak sangat Meloyakini ni bodoh bangang! Serupa jugak la dengan wartawan dan editornya sekali. Teman nak bagi tau la pada wartawan dan editor Meloyakini yang bodoh biul ni yang dakwa hebat belajar dengan yahudi.  Perkara asas yang perlu kome kena tau bahawa bantuan tersebut berbentuk subsidi.  Maka tak semuanya ditanggung.  Sebelum ini mana ada subsidi macam ni pada pemandu teksi. Selainnya kena tambah la.  Kerajaan BN tanggung tayar aje lah. Tak kan balancing dan alignment tayar pun kena tanggung. Tak kan minyak pemandu teksi pergi tukar tayar ni Kerajaan BN kena tanggung. Yang teman hairan tu, pemandu teksi yang diwawancara oleh Meloyakini ni, nak bubuh tayar mahal-mahal. Kalau bubuh tayar mahal-mahal kena tambah la. Apa la! Langsung tak ada terima kasih pun.

Kalau nak sangat minta la selebihnya minta kat Anwar China Doll la yang beriya-iya kumpul pemandu teksi kata nak pejuang nasib kome tu. Percayalah cakap Anwar China Doll ni. Janji PRU 2008 pun belum tertunai. Dengar cakap pakar putar belit alam ni, kome jadi bodoh. Cakap tu biar berpada-pada. Inilah dinamakan kufur nikmat. Bodoh biul!

JOM DAFTAR SUKARELAWAN BANTU MANGSA BANJIR



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melancarkan pendaftaran Sukarelawan Belia 1M4U KBS di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.

Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Unit Komunikasi Korporat KBS, Idris Husin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi memberitahu, unit sukarelawan tersebut ditubuhkan bagi menambah bilangan tenaga sukarelawan bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Golongan belia dijemput untuk menyumbang bakti sebagai Sukarelawan Belia 1M4U KBS dengan mendaftar di lokasi yang ditetapkan di negeri-negeri terlibat.

Sumber

PANAS: ABANG LACURKAN ADIK KANDUNG



Seorang gadis mendakwa dipaksa menjadi pelacur oleh adik ipar kepada abangnya sendiri sejak awal bulan ini.

Mangsa yang berusia 17 tahun itu dipaksa melayan nafsu serakah beberapa lelaki pertengahan usia dengan dikenakan bayaran tertentu di beberapa lokasi termasuk sekitar hotel bajet di negeri ini.

Difahamkan, mangsa tinggal bersama kakak ipar dan abangnya di sebuah rumah di Pulau Sebang dan datang ke rumah seorang saudaranya di Selangor awal bulan ini.

Menurut sumber, suspek yang turut tinggal bersama mangsa di Pulau Sebang menjemput gadis itu di Selangor beberapa hari kemudian dan membawanya pulang ke Melaka.

“Bagaimanapun, suspek tidak terus membawa gadis itu pulang ke rumah sebaliknya membawanya bersiar-siar di sekitar Bandaraya Melaka.

“Selepas bersiar-siar, suspek menyewa sebuah hotel bajet dan sebaik berada di hotel itu, mangsa diperkenalkan dengan seorang lelaki pertengahan usia,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, gadis itu kemudian dipaksa melayan nafsu lelaki terbabit dan dikenakan bayaran sebanyak RM200.

Katanya, mangsa yang mula menyedari niat sebenar suspek cuba melarikan diri dan merayu tidak diperlakukan sedemikian, namun tidak diendahkan.

“Gadis itu turut mendakwa dibawa ke beberapa daerah tidak dikenal pasti untuk diperdagangkan kepada pelanggan yang sedia menunggu di tempat dijanjikan.

“Malah, suspek dikatakan turut mengawasi setiap pergerakan gadis itu bagi mengelak dia melarikan diri,” katanya.

Sumber itu berkata, gadis malang itu yang tidak tahan diperlakukan sedemikian nekad melarikan diri daripada kawalan suspek sebelum membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah, kelmarin.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dilakukan.

Menurutnya, kes dirujuk ke Jabatan Keganasan Rumahtangga, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk tindakan selanjutnya.

KHALID GAGAP BEKAL AIR PADA PESERTA MOGOK LAPAR



Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyifatkan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid yang sanggup menunggu 100 tahun untuk menyelesaikan isu air di Selangor sebagai angkuh dan mementingkan diri.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, krisis air bukan perkara yang boleh diambil mudah tetapi Abdul Khalid dilihat menganggapnya sebagai satu mainan politik untuk mengekalkan kuasa Pakatan rakyat (PR) menjelang pilihan raya umun ke 13 (PRU13).

“GPRS kesal kerana ada pemimpin (Abdul Khalid) yang sering mengeluarkan kenyataan sempit dan mengelirukan rakyat berkenaan isu air.

“Sebelum ini, GPRS mengetuai perjuangan rakyat menuntut air percuma 20 meter padu pertama setiap bulan yang dijanjikan oleh PR kepada rakyat Selangor dalam manifesto pilihan raya lalu tetapi Abdul Khalid tetap mengatakan ia bukan janji yang perlu dilunaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sebagai respons kepada kenyataan Abdul Khalid yang sanggup menunggu 100 tahun bagi menyelesaikan isu air walaupun Selangor dijangka akan diancam krisis air menjelang 2015 .

Sohaimi berkata, sehingga semalam sebanyak 6,000 saman telah difailkan rakyat Selangor yang mahu menuntut janji-janji pakatan rakyat yang masih belum dilaksanakan.

“Kami percaya banyak lagi akan memfailkan saman dan jumlahnya boleh mencecah 50,000,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri masih berdolak-dalik mengatakan bekalan air mentah masih mencukupi sedangkan GPRS telah membuat pendedahan mengenai kekurangan sumber air terawat terutama di beberapa kawasan akibat pertambahan penduduk.

“Abdul Khalid boleh menggunakan air mentah dari sungai Klang sekiranya beliau mahu tetapi rakyat Selangor mahukan air terawat daripada lojiloji rawatan sedia ada,” katanya.

Sohaimi berkata, rakyat perlu mengambil iktibar daripada kenyataan yang dikeluarkan PR yang hanya melaungkan janji palsu semata-mata ingin menang pada pilihan raya dan bukannya mahu memperjuangkan nasib bersama.

Sinar Harian

GEMPAR: BERSIH TUNTUT DIHALALKAN LBGT


Siapa tak kenal penganjur Perhimpunan Bersih.  Siapa yang tak kenal Ambiga LBGT.  Semua orang kenal. Terkenal dengan sikap kurang ajar menuntut hak golongan Lesbian, Biseksual, Gay dan Transeksual (LBGT). Sikap kurang ajar bertambah bila ada Melayu-Melayu Murtad yang bersengkongkol dengan malaun ni.  Tambah pula Anwar China Doll dan PAS yang dah jadi Kristian menyokong berpikul-pikul membawa ahli-ahli yang bodoh biul terjun ke lembah kemurtadan.

Teman nak ulas sikit tentang tuntutan BERSIH. Menurut laporan Sinar Harian, meskipun akur dan setuju bahawa tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak mengemukakan tuntutan yang menyeluruh dengan menyentuh perubahan struktur pilihan raya negara, namun untuk masa yang singkat, lapan tuntutan yang dikemukakan sudah memadai.

Malahan menurut Ahli Jawatankuasa Bersih, Maria Chin Abdullah, lapan tuntutan itu juga gagal dilaksanakan sebaiknya oleh suruhanjaya yang dipertanggungjawabkan mengendalikan pilihan raya di negara ini.  

Teman tanya la, lu sapa? Kenapa pulak SPR kena ikut telunjuk Bersih. Semua hukuman dan arahan yang kome bagi, wajib SPR ikut. Apa punya bodohnya! Kome dah jadi tuhan ke apa? Hairan la dengan manusia-manusia murtad ni.  Kata tuntutan rakyat, hak rakyat tapi rakyat Malaysia lebih 28 juta orang, Bersih ni pulak berapa kerat je. 1,000, 10,000, 100,000 tak lebih dari itu.  Apakah itu dipanggil sebagai tuntutan rakyat? Jangan la memperbodohkan rakyat dengan perkataan "hak rakyat", "pembayar cukai" dan apa-apa lagi yang puak-puak LBGT ni sebut. Perkataan "pembayar cukai tu pun,Dalam golongan peserta Himpunan Bersih yang didakwa menuntut hak rakyat da pembayar cukai, berapa kerat aje yang membayar cukai dan lari daripada cukai? pirahh! Jangan nak bodoh-bodoh kan orang!ptuiii!!

PAS MESTI PANAS BILA BACA BERITA NI



Bak kata orang, PAS tak boleh ditegur.eh!eh!.  Tapi kalau DAP tengking sekali, tercirit-cirit PAS ubah kenyataan.  Itulah hakikat sebenar Parti PAS yang didakwa sebagai parti Islam tapi gagal mempertahan Islam walaupun seinci.  Hanya pandai melalak mencaci fitnah UMNO/BN.

Penggunaan kalimah ALLAH adalah hak mutlak umat Islam, atas sebab itu, ia tidak boleh digunakan oleh kaum lain.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Noh Gadut berkata, bagi penganut agama lain boleh menggunakan perkataan lain selain daripada ALLAH.

“Dia (agama lain) boleh menggunakan kalimah lain iaitu Tuhan dan sebagainya. Itu pegangan kita, sebab itu hak mutlak tentu tidak boleh orang lain gunakan.

“Perkara ini nak kaji apa, kerana kajian itu untuk benda yang tidak ada, tidak diisytiharkan dan benda yang tiada hukum, tidak jelas dalam al-Quran.

‘Perkara ini (penggunaan kalimah ALLAH) adalah jelas, terang nak kaji apa?” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Pelancaran Operasi Pusat Perlindungan Wanita Maij, di sini, semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta kerajaan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu. Sinar Harian

ROGOL RAMAI-RAMAI: KOME INGAT PESTA KE?



Wanita India yang menjadi mangsa rogol beramai-ramai dalam sebuah bas di New Delhi sehingga mencetuskan tunjuk perasaaan di jalanan, meninggal dunia hari ini di hospital Singapura selepas mengalami kerosakan organ yang teruk, termasuk otak.

Pihak berkuasa di India dilaporkan sudah bersiap sedia kemungkinan berita kematiannya itu membawa protes dan keganasan yang lebih besar dengan polis pencegah rusuhan mula ditempatkan di ibu negara itu. Wanita berusia 23 tahun itu diterbangkan ke Singapura kelmarin selepas diserang lima lelaki dalam sebuah bas yang dinaikinya pada 16 Disember lalu. 

Mangsa dilaporkan dirogol dan dipukul dengan batang keluli sebelum dicampakkan keluar dari kenderaan itu.

Beberapa pengamal perubatan mengkritik mengenai keputusan memindahkan rawatan mangsa ke luar negara.

“Kami amat sedih apabila menerima berita bahawa mangsa meninggal dunia jam 4.45 pagi waktu tempatan hari ini," kata Kelvin Loh, Ketua Eksekutif Mount Elizabeth Hospital, dalam satu kenyataan hari ini. - AFP

Artis Bollywood Di Karnival Sayangi Selangor



Kira-kira 500,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan Karnival Sayangi Selangor yang akan berlangsung selama empat hari di I-City, Seksyen 7 di sini mulai Sabtu.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang karnival yang akan diadakan sehingga 1 Januari depan.

Beberapa artis tempatan seperti Alyah, Fiq, Logeswaran, Suki, Black & Modread dan Jinbara akan membuat persembahan pada sambutan ambang Tahun Baru di samping penampilan istimewa dari artis Bollywood.

Aktiviti lain termasuk pertandingan kaligrafi, memasak, tarian singa, dram Cina dan India serta pertunjukan kebudayaan.

Sepanjang empat hari itu, karnival kerjaya dan 132 gerai oleh industri kecil dan sederhana serta agensi kerajaan turut disediakan.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata karnival itu disasarkan kepada keluarga muda.

"Kami mensasarkan mereka yang berusia 40 tahun dan ke bawah serta mahu mereka mambawa keluarga bersama," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di tapak karnival itu di sini Jumaat.

Sumber

PAS PULAU PINANG PENGECUT DENGAN GUAN ENG


Teman tengok PAS Pulau Pinang langsung tak ada suara. Bisu gamaknya!  Tuntutan Guan Eng mengenai Kalimah Allah digunakan untuk Bible versi Bahasa Melayu didiamkan oleh PAS Pulau Pinang.  Laporan Haramkah Daily menyebut, PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar. Kenyataan Salleh Man tersebut membuktikan PAS Pulau Pinang membisu seribu kata. Mulut dah kena zip. 

Jawatan dan wang ringgit yang dibutakan oleh Guan Eng, PAS Pulau Pinang sanggup menggadai maruah dan agama Islam.  Disuruh diam membisu.  Jangan angkat kepala sekali pun. Alasan PAS Pulau Pinang menggunakan saluran sendiri untuk menyelesai isu ini, hanya tinggal kata-kata aje lah.  Tengok apa dah jadi dengan isu azan di Pulau Pinang. PAS tak bantah pun, tambah jadi penyokong DAP hentam UMNO adalah.  Bagi lah macam-macam alasan. Dah muak! PAS hanya jadi pak turut DAP. PAS jadi babi belaan DAP semata-mata. Menyondol tak tentu hala, asalkan dapat makan, senyap la. Akhirnya disembelih buat lauk panggang kenduri. Sedap wooo!!!.

PANAS: KALENDAR 2013 HINA HUDUD, PAS JADI PANAS


Jadi bahan lawak le pulak. Tak gitu? Tiba-tiba je Pemuda PAS melenting.  Apasal?  Angin tak ada, dah tumbang ke? Kecoh cerita kalendar 2013 dibawa oleh Ketua Pemuda PAS Selangor.  Petikan dari Sinar HarianDewan Pemuda Pas Selangor mengecam tindakan memperkecilkan undang-undang hudud dengan membawa mesej mengelirukan orang bukan Islam menerusi penerbitan kalendar 2013. Sayap muda Pas itu mendakwa penerbitan kalendar dalam dwibahasa iaitu Mandarin dan Inggeris itu secara jelas membawa mesej mahu menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap hukum hudud.

Uiks! Kenapa ni? Kecoh-kecoh sangat ni? Tambah Ketua Pemuda PAS Selangor lagi, tindakan itu juga satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam negara ini. Justeru, kata beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan tindakan itu ditaja oleh parti tertentu negara ini, yang juga merupakan sekutu rapat kepada kerajaan pusat yang memerintah.

Weh! Sejak bila pulak kome pandai cakap pasal penghinaan dan pengkhianatan terhadap Yang di-Pertuan Agong ni? Dulu bila UMNO cakap macam tu, kome balas apa? Kome balas dengan tuba je. Salah UMNO.eh!eh! Tapi yang tak tahan statement yang akhir tu, nak tuduh UMNO la tu. Biasa la puak-puak ni dah tak ada modal dan jalan mudah nak tuduh UMNO. Betul la kome parti sesat. Siasat tak, bincang tak, ke mahkamah pun tak, terus jatuh hukum. oppss lupa pulak, Nabi PAS ada kan.  Layak dah jatuh hukum orang masuk neraka ke syurga ke! ye tak?

INI SALAH UMNO JUGAK KE?



Benteng konkrit di Bukit Setiawangsa di sini runtuh malam ini menyebabkan jalan utama di kawasan itu ditutup kepada kenderaan.

Kejadian dipercayai berlaku dalam lingkungan jam 9 malam tadi.

Orang ramai khususnya penduduk tidak dibenarkan melalui jalan tersebut kerana masih terdapat pergerakan tanah, yang berisiko runtuh lebih teruk.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan , Jabatan Pertahanan Awam, dan pihak polis kini berada di lokasi bagi mengawal keadaan.

Setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa.

Lokasi kejadian tidak jauh dari kediaman Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique. 

HOT! ARIEL PETERPAN SKANDAL DENGAN PRAMUGARI



JAKARTA - Penyanyi kumpulan muzik Noah, Ariel (gambar) disoal siasat pihak polis kelmarin ekoran dakwaan dia menjalin hubungan dengan seorang pramugari, lapor akhbar dalam talian Kompas.com semalam.

Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, 31, dilaporkan disoal siasat selama lebih 90 minit di ibu pejabat polis Metro Jaya di sini.

Pramugari berkenaan, Magdalena Awuy yang sudah bersuami dan mempunyai seorang anak didakwa berkenalan dengan Ariel sejak konsert jelajah kumpulan Noah di lima negara pada November lalu.

Namun, bekas penyanyi kumpulan Peterpan itu menafikan dia menjalin hubungan dengan wanita tersebut dan mendakwa ada pihak sengaja menuduhnya.

Berita hubungan sulit mereka mula tersebar di Internet pada 21 November lepas.

Pada 31 Januari 2011, Ariel dihukum penjara tiga tahun setengah kerana terlibat dalam penerbitan pita video seks melibatkan wanita mirip dua selebriti Indonesia, Luna Maya dan Cut Tari.

Dia dibebaskan dari Rumah Tahanan Kebon Waru, Bandung pada Julai lalu. - Agensi

Bahasa SMS Merosakan.huhuhu..



Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan pihak berkenaan memberi perhatian terhadap penggunaan bahasa ringkas yang tidak mengikut kaedah betul kerana bahasa yang popular di kalangan generasi muda itu kini menular dalam aktiviti pendidikan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penularan hasil perkembangan bidang teknologi maklumat dan komunikasi itu perlu dibendung segera supaya tidak berleluasa seterusnya merosakkan keindahan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Hari ini ejaan-ejaan ringkas yang digunakan dalam mesej pesanan ringkas telah mula dipakai secara agak meluas, termasuk dalam aktiviti pembelajaran dan peperiksaan di institusi-institusi pendidikan.

"Ini adalah satu fenomena yang perlu dipantau dan dibendung dengan segera supaya ia tidak terus berleluasa," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2010/2011 di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Awang Sariyan dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof Datuk Dr Md Salleh Yaapar.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata pelaksanaan program pemantauan dan Audit Bahasa Melyau yang dijalankan DBP diharap berupaya mengelak keindahan bahasa kebangsaan itu daripada dirosakkan.

Beliau berkata, selain inisiatif itu, rakyat juga diseru agar dapat memupuk sikap cintakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan menggunakannya secara betul pada setiap masa, sama ada dalam urusan rasmi atau tidak rasmi.

Program audit tersebut adalah inisiatif terbaru DBP di bawah pelan strategik bagi 2011-2015 untuk meningkatkan penggunaan bahasa Melayu di kalangan rakyat tempatan.

Di bawah program itu, DBP akan bekerjasama dengan semua agensi kerajaan dan kementerian untuk memastikan bahasa kebangsaan digunakan dengan sebaiknya oleh rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kecenderungan generasi muda yang hanya membaca karya yang bersifat popular juga perlu diberi perhatian dengan mengimbanginya melalui penerbitan karya sastera yang lebih serius.

Beliau berkata khalayak masyarakat harus  menyeimbangkan pembacaan mereka dengan memilih karya sastera yang serius untuk menggarap pemikiran yang lebih kritis dan membina nilai estetika.

"Dalam kerancakan penerbitan novel popular dan mudah, ia juga harus diseimbangkan, dan apa yang ingin saya lihat adalah wujudnya keseimbangan dalam penerbitan karya sastera dan pemilihan bahan bacaan kerana tamadun bangsa berkembang seiring dengan kemajuan budaya dan nilai kemanusiaan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berharap Jawatankusa Penilai dan Pemilihan Teks sastera memberi keutamaan kepada karya sastera yang memenangi HSPM untuk digunakan dalam mata pelajaran kesusasteraan, bahasa Melayu dan Komponen Sastera (Komsas) di sekolah.

Beliau berkata, semua karya yang memenangi hadiah itu telah dinilai kualitinya, bukan sahaja daripada nilai sasteranya yang tinggi, malah aspek
bahasanya juga amat baik.

Seramai 35 pemenang HSPM daripada tiga kategori yang dipertandingkan meliputi genre buku, eceran serta kanak-kanak dan remaja menerima hadiah wang
tunai bernilai lebih RM100,000 pada majlis itu.

Antara pemenang ialah Kamaludin Endot atau nama penanya Pelita Di Dalam Kaca menerusi karya berjudul Baldatun Thoiyyibatun dan S.M Zakir dengan buku Serigala dan Sekuntum Tulip, tokoh sastera Zaen Kasturi, bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia Fatimah Busu dan novelis terkenal allahyarham Azizi Abdullah. - Bernama

GEMPAR: PELAKON LELAKI BOGEL PERTAMA DI MALAYSIA


Teman bukannya nak tuduh. Cuma tak manis la buat kalau artis buka cerita tak senonoh untuk cepat popular. Biarlah peminat yang menilai.  Memang cerita dan isu-isu artis bogel dan berbogel menjadi topik panas yang akan menjadi tumpuan sampai berbulan-bulan.  Pernah satu ketika satu cerita hangat artis wanita mengenai cerita tak senonoh yang artis tersebut sendiri membuat pengakuan.  Punya popular la cerita artis wanita tersebut sampai bertahun-tahun hingga ditawarkan berlakon berpuluh-puluh drama dan filem.  Lakonannya pun tak la bagus sangat setakat boleh-boleh aje.

Terbaru, cerita seorang pelakon iklan di mStar Online memetik, pendatang baru yang juga pelakon iklan, Fahd Rafael melalui detik cemas kerana ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadapnya apabila disuruh beraksi bogel untuk sebuah sesi fotografi. “Saya terkejut apabila beberapa pihak meminta saya melakukan aksi pelik iaitu berbogel untuk sesi fotografi dengan alasan untuk karya hasil seni bagi dipertandingkan di sebuah acara,”

Teman nak muak la pulak! Tak payah la cerita pada umum cerita yang tak senonoh tu dan tak tentu betul lagi. Malu la! Tak payah lah buat gimik tak tentu arah.  Tapi yang tambah gimik lagi bila pendatang baru ni kata “Saya mengaku, saya pernah beraksi sedemikian untuk projek fotografi seorang pelajar Aswara, apabila badan saya yang seperti tidak berbaju itu di simbah dengan cecair coklat". Alahai, dasyatnya gimik dia. Tahap gaban gila lagi.  Harap-harap boleh le popular lepas ni ek! Mana la tau dapat tawaran berlakon filem dengan Maria Ozawa pulak.  Gempak gitu!heee..

Friday, 28 December 2012

LAGI AHLI PAS TINGGALKAN PARTI SEBAB DAH MELUAT



Ahli PAS elok tinggal parti.  Buat apa duduk dalam parti sesat tu lagi.  Syiah pun dah masuk, apatah lagi golongan-golongan Khawarij.  Nampak Golongan Syiah dan Khawarij menguasai PAS.  Ahli-ahli PAS tak larat nak betulkan keadaan lagi dah. Golongan-golongan ni dah jadi pemimpin-pemimpin tertinggi PAS.  Tak boleh buat apa-apa.  Deme dah menguasai.  Tambah pulak Amanat Hj Hadi memang dah menyeleweng.  Kristian pun deme bagi guna Kalimah Allah. Sesat kome. Bukan syurga kome dapat, tapi neraka.

Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh menasihatkan anggota PAS yang bermaruah dan mempunyai prinsip supaya meninggal parti itu segera, mendakwa PAS sudah tidak lagi relevan sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Idris yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata pemimpin PAS kini sudah terlalu banyak menyeleweng daripada prinsip asal perjuangan parti terutamanya sejak bersama dalam pakatan pembangkang yang termasuk DAP dan PKR.

"Bukan sahaja telah melakukan banyak "kerosakan" kepada agama sejak dahulu tetapi kini "penyakit" yang dialami oleh PAS semakin parah hingga sanggup mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan agama semata-mata untuk menjaga kepentingan politik," katanya.

Idris yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Jerteh berkata demikian ketika berucap kepada penerima Dana Pemutihan Kawasan Dewan Undangan Negeri Jerteh di Dewan Gong Kemuntong di sini, Jumaat.

Katanya amanat dikeluarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang telah menyebabkan umat Islam berpecah-belah itu kini cuba dihidupkan semula oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menuduh orang Umno murtad.

Beliau mengingatkan bahawa amanat yang dikeluarkan oleh kedua-dua pemimpin PAS itu jelas mempunyai kesan mendalam yang akan membawa kepada perpecahan umat Islam yang lebih serius sekiranya ianya tidak diperbetulkan.

Idris juga menasihatkan anggota PAS supaya tidak mengikut telunjuk pemimpin mereka secara membabi buta kerana ia boleh merugikan umat dan agama Islam untuk jangka masa panjang.

Pada majlis itu, seramai 270 penerima terdiri daripada orang kelainan upaya,golongan miskin, ibu tunggal dan remaja menerima RM300 tiap seorang. - BERNAMA

PANAS: MAZLAN ALIMAN KENA PUKUL DENGAN PENEROKA FELDA



Baru padan muka.  Teman pun marah jugak bila Mazlan Aliman ni melalak tak tentu arah.  teman rasa orang-orang felda kenal sangat dengan Mazlan Aliman Kristian ni. Kuat penipu dan kaki putar belit alam. Jadi tidak hairan lah kalau ada orang Felda sendir nak pukul Mazlan Aliman ni. Bila teman belek-belek Sinar Harian, ada komentar yang betul-betul sesuai denga Mazlan Aliman Kristian dan mungkin penyokong-penyokong membuta tuli ANAK Derhaka ni. Teman tak pasti la pengomen-pengomen ni adalah peneroka Felda atau tidak, tapi komen-komen bernas yang patut Mazlan Aliman Kristian dan penyokong-penyokongnya ambil ikhtibar.

Kome bacalah!


Kenapa pulak tanah kerajaan negeri nak dibagi kepada generasi kedua dan ketiga pulak. Nampak sangat anak2 felda ni dah mula tamak. Kenapa tanah generasi pertama tak diturunkan kepada fenerasi ke2 dan ke3. 10 ekar untuk satu keluarga cukupla. Bagi peluang kepada orang lain yang tak ada tanah.

Banyak lagi orang kampong dan bandar yang tak ada tanah masih miskin dan perlukan tanah. Jadi kerajaan jangan tunduk kepada permintaan ANAK yang bukan2. Usahakan tanah yg dah ada tu. Jangan diupah orang membersihkan ladang sendiri.

Tanah kerajaan negeri bukan hak kamu untuk diminta agih-agihkan sesama sendiri.


tak payah susah2mazlan orang felda bukit ramon setuju ke dengan tindakkan kau tu// kau handle rancangan tempat kau tu dulu kita pon tak pernah lantik oren sebagai wakil peneroka //masa kami susah dulu tak adapon nama orenke rambutanke bantu kami// sekarang beria2 sangat ada apa2ke.

Kena muka sendiri.  Rupanya Mazlan Aliman Kristian ni tak diterima oleh orang-orang Felda pun.  Cakap je besar macam mewakili orang-orang Felda tapi hampas..heee

GEMPAR: MAZLAN ALIMAN MASUK KRISTIAN


Memang gempar beb!  Mana taknya, Himpunan oren ke ungu ke yang diketuai oleh Mazlan Aliman ANAK Derhaka membuat onar selepas selesai menunaikan sembahyang Jumaat.  Elok ke tu! Elok-elok buat ibadat, lepas tu buat demontrasi pulak.  Mana hilangnya pahala Jumaat.  Yang buat teman terkejut beruk bila peserta Oren buat salib taruk gambar Isa Samad seperti mana Kristian gunakan mendakwa Nabi Isa disalib.


Memang sah Mazlan Aliman ni dah Kristian.  Patut la Guan Eng begitu berani menuntut Kalimah Allah untuk digunakan di dalam Bible versi Bahasa Melayu, rupanya ramai Melayu dah dikristiankan oleh DAP termasuklah Mazlan Aliman. Terbukti DAP dah kristiankan Melayu dalam PKR dan PAS.  Puak-puak PAS yang join pun arak lah salib ke hulu he hilir.  Rupanya PAS pun da masuk Kristian.  Patutlah PAS setuju sangat-sangat Kristian guna Kalimah Allah dalam Bible. ish,.ish..Dah murtad rupanya deme ni!..

GEMPAR! PAS KELUAR PAKATAN SELEPAS PRU 13


Kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ni boleh pakai ke?  Yang paling syoknya bila Mustafa ali buat kenyataan di Sinar Harian, cakap-cakap bahawa Pakatan Rakyat (PR) sebuah perikatan longgar yang berada dalam keadaan retak menanti belah disanggah keras oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sambil berkata, perikatan itu tidak akan "berpatah arang berkerat rotan" dalam apa jua keadaan sekali pun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Mengakui bahawa kerjasama ketiga-tiga parti menguntungkan mereka dalam situasi "menang-menang", kata beliau, tidak timbul soal gabungan itu hanya bersama kerana cita-cita politik untuk menakluk Putrajaya.

Teman pulak nak sanggah kenyataan Mustafa Ali.  Sekarang pun wujud parti dominan dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP.  Semua rentak-rentak DAP, PAS ikut.  DAP suruh buang slogan Negara Islam, PAS ikut.  DAP suruh batalkan undang-undang Islam mengenai salon rambut di Kelantan, PAS ikut.  DAP nak guna Kalimah Allah di Bible versi Bahasa Melayu, PAS kata kristian ada hak guna kalimah Allah.  Itu apa? Situasi "menang-menang" ke?  DAP aje yang menang, PAS kalah! Kalau PAS suruh cuci punggung Karpal Singh dan Guan Eng pun, PAS ikut. PAS hanya jadi Pak Turut!  Bodoh!!!

PKR pulak adalah parti yang di hujung tanduk.  PRU 13 adalah Pilihanraya penentu samada hidup matinya Parti Anwar China Doll ni.  Rakan-rakan dan sahabat Anwar China Doll sudah meninggalkannya satu persatu. Sudah banyak janji-janji Anwar China Doll pada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain tak tertunai. Sekiranya gagal perancangan Anwar China Doll untuk menawan Putrajaya kali ini, PKR akan dibubarkan dan hanya tinggal rangka-rangka gambar mata lebam di bendera PKR je la.

AKHIRNYA APEK TAK DAPAT JUGAK SYURGA PAS



Kesian tengok Apek.  Ingatkan nak dapat Syurga PAS, tapi Nik Aziz tak nak beri la tu.  Sabar aje la.  Mike banyak amal ibadat dan mohon berdoa untuk mendapat keberkatan Syurga yang kekal dari Allah S.W.T.  Mintak syurga sesat Nik Aziz tu buat ape?  kan deme ni janji aje tapi tak tunai pun.

Dengan sekali lafaz, penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, di sini, kira-kira pukul 10 pagi Jumaat.

Apek yang mengenakan persalinan baju Melayu berona putih krim itu berkata, dia bersyukur apabila segala perancangan majlis mereka berjalan dengan lancar dan menganggap perkahwinan itu sebagai tanda berakhirnya kontroversi yang membabitkannya dengan Leuniey.

"Alhamdulillah syukur apabila majlis ini berjalan dengan lancar.

"Perkahwinan ini juga menandakan pelbagai isu kontroversi yang membabitkan saya dan Leuniey sudah tamat, " katanya kepada mStar Online selepas majlis pernikahan berlangsung.

Tambah Apek, sebelum ini, pergerakan dia dan Leuniey untuk bertemu agak terbatas lebih-lebih lagi ketika kontroversi panas membabitkan Leuniey kononnya telah menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta Apek yang terdahulu.

"Oleh kerana itu, kami hanya dating di rumah sahaja dan rumah keluarga kami merupakan tempat rahsia kami untuk bertemu," ujarnya.

Leuniey telah menerima wang hantaran yang juga dijadikan sebagai mas kahwin sebanyak RM19,000 berserta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki.

Sebelum majlis pernikahan itu, rombongan pihak lelaki tiba dengan diiringi sepasukan polis trafik sepanjang perjalanan mereka ke kediaman keluarga Leuniey.

Sementara itu, Apek memberitahu, dia dan isterinya itu belum merancang untuk berbulan madu dalam masa terdekat ini, namun masih lagi menganggap perkara itu amat penting sebagai permulaan baru melalui alam berumah tangga.

Rombongan pihak lelaki yang hadir pada majlis tersebut ialah ibu bapa Apek iaitu Che Mat Hussein 58, dan Bidah Ibrahim, 57, serta lima adik-beradiknya.

Turut hadir ibu bapa Leuniey iaitu Nazri Adnan, 44, dan Norlaila Abu Bakar,45, serta empat adik-beradiknya yang lain.

Majlis pernikahan itu turut dihadiri Timbalan Mufti negeri Kelantan, Datuk Nik Abd Kadir.

Sumber


BUKTI PAS ITU SYIAH DIDEDAH



Teman nak mengutip sedikit petikan Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya, CEO ILMU mengulas isu syiah dalm PAS dan sejauhmana boleh mengancam akidah. Teman rasa semua kome dah tau ancaman syiah ni bagaimana. Hj Hadi Awang sendiri mengakui menerima golongan syiah dan khawarij masuk ke dalam PAS. Cuba bayangkan kalau PAS akan memerintah negara, confirm golongan sunni akan disembelih hidup-hidup sebagaimana berlaku di Syria. Cuba amati dengan hati terbuka dan berlapang dada.  

Petikan ini adalah hasil dari rakaman Youtube berikut:

Syiah bukan masalah khilaf yang kecil. Ini bukan masalah furu’ (cabang) agama. Populariti syiah dalam negara kita ini lebih di dalam bab jama’ shalat, nikah mut’ah (kahwin kontrak). Itu sahaja walaupun itu bukan juga isu kecil, tetapi isu yang paling besar adalah perkara yang membabitkan pendirian dan prinsip akidah, isu kafir mengkafir. Ini adalah pendirian Syiah.

Syiah membawa teori kafir mengkafir. Sebab itu mereka sanggup mengkafirkan sahabat Nabi. Kalau Khawarij, mereka mengkafirkan pemimpin dan pelaku dosa besar. Adapun Syiah, sahabat Nabi, Amirul Mukminin Umar Al-Khattab, Abu Bakar As-Siddiq, Utsman bin ‘Affan, Muawiyah bin Abi Sufyan, Aisyah RA, dikafirkan semuanya. Sedangkan mereka yang dikafirkan oleh Syiah ini adalah sumber agama kita.

Dari mana hadis diambil kalau bukan daripada keturunan dan keluarga Umar Al-Khatthab? Bagaimana Al-Quran sampai kepada kita pada hari ini kalau bukan kerana idea yang dicadangkan Umar kepada Abu Bakar agar menyusun Al-Quran? Disistematikkan penyusunannya oleh Utsman. Bagaimana kita hendak membaca Al-Quran pada hari ini kalau tanpa idea-idea mereka?

Tiba-tiba Syiah mengkafirkan mereka semua. Dan salah satu akidah syiah yang terpenting adalah al-wilaayah yakni kekuasaan. Tanpa kuasa bererti tidak sah pemerintahan menurut akidah mereka. Atas sebab itu syiah apabila masuk ke mana-mana negara, mereka akan cuba mengganggu kestabilan politik dalam negara tersebut.

Di Bahrain, Iraq, Lubnan, dan Syria pada hari ini mereka telah berjaya. Syiah di Syria hanya 10%, tetapi oleh kerana mereka memegang kuasa melalui pemimpinnya Bashar Asad, mereka berjaya menekan dan melakukan pembunuhan ke atas Ahlus Sunnah wal Jama’ah di sana. Itu secara jelas dipaparkan dan umum mengetahuinya.

Begitu juga di Dammam, Saudi pada hari ini, mereka cuba mengganggu gugat kestabilan politik dan institusi raja di Saudi sendiri pada hari ini. Ini adalah agenda mereka.

Mereka masuk ke dalam PAS sekalipun pada hari ini, mereka akan lakukan kucar kacir dan pertembungan. Bahkan beberapa siri perhimpunan demonstrasi yang lalu, dan baru-baru ini demonstrasi membantah filem Innocence of Muslims, tiba-tiba mereka mengangkat sepanduk gambar Khomeini (Imam Syiah). Begitu juga dengan Bersih. Apa kaitan kita dengan Khomeini? Tidak ada kaitannya kita dengan pemimpin-pemimpin syiah yang seperti ini.

Pas perlu lebih berhati-hati. Saya tidak mahu menuduh. Saya katakan Pas perlu membincangkan tentang syiah yang diterima masuk ke dalam PAS oleh presidennya sendiri yakni TG Haji Abdul Hadi Awang.

Umno lebih tegas dalam isu ini seperti mana yang dinyatakan oleh Ketua Pemuda, YB Khairy Jamaluddin; Umno tidak menerima Syiah.

Ini kerana kita membawa akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dalam negara ini. Sebab itu kita menghalang dan menyekat perkembangan syiah dalam negara ini, seperti mana usaha yang dilakukan oleh JAIS yang sangat bersungguh-sungguh di dalam isu ini. kita berikan pujian kepada JAIS yang menyekat Syiah di Gombak, JAIM yang membuat tangkapan terhadap syiah dan menyekat penyebaran buku-buku mereka di Melaka, begitu juga Panel Akidah JAKIM dengan fatwa-fatwanya, begitu juga jabatan-jabatan agama yang lain di seluruh negara.

Isu syiah merupakan satu isu yang serius dan perlu diberikan perhatian dan perlu disekat daripada berkembang terus di dalam PAS.

Sumber

BUKTI PAS PEMBELIT: MAHU KELUAR SEMULA AMANAT HJ HADI


Teman pun tak faham la. Sekejap kata begini, sekejap kata begitu.  Mana satu betul ni weh!  Dah sah PAS ni pembelit.  Sejah isu mengkafirkan UMNO, sejak Amanat Hj Hadi, habis diputar belitkan semua kenyataan.  Hj Hadi cakap lain, Nik Aziz cakap lain.  Teman tak nak ungkit mengunit, tapi sekejap kata amanat Hj HAdi tu, isu lama dan sesuai pada masa itu, tak sesuai zaman sekarang ni sebab dulu tan bersengkongkol dengan DAP.  Maka UMNO lah yang kafir.  Lepas dan join Pakatan bersama DAP, lain pulak jadinya.  Amanat Hj Hadi dikatakan pulak tak lagi digunakan sekarang.  Pening la teman!

Terbaru, kenyataan Dewan Ulama Pas Kelantan di Sinar Harian memberi sokongan penuh sekiranya dikeluarkan semula kenyataan berkaitan, yang berusia tiga dekad, kepada rakyat.

Timbalan Ketua Ulama Pas Negeri, Hassan Mahmood berkata, saranan itu dibuat  memandangkan suasana dan realiti umat Islam yang suka mempermudah serta mempermainkan isu-isu berkaitan agama Islam.

 “Amanat Haji Hadi sebenarnya tidak merosakkan akidah tapi sebaliknya  amanat pemimpin Umno yang mempermainkan hukum Islam boleh merosakkan akidah. Oleh kerana ramai yang suka mempermainkan isu Islam, adalah tepat dikeluarkan semula pada hari ini(sekarang),”

PAS ni macam-macam lah.  Isu Guan Eng nak tunjuk belang mengenai isu Kalimah Allah pun tak boleh nak PAS selesaikan.  Amanat Hj Hadi tu ada kata ke Kristian boleh guna Kalimah Allah. Kalau nak kata Kerajaan BN tak guna perundangan Islam dalam perlembagaan, tak ada pulak teman tengok.  Ada undang-undang syariah dan termaktub dalam perlembagaan Agama Islam adalah agama resmi.  Jika isu hudud dipertikaikan, kenapa PAS gugurkan slogan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan?  Kenapa pulak dalam Buku LBGT Jingga Pakatan Rakyat tu tak sebut pun nak tubuh negara Islam dan laksanakan perundangan Islam.  Buku LBGT Jingga yang parti-parti dalam Pakatan Rakyat sendiri menerima dan bersetuju dengan perlembagaan yang ada. 

Jangan la kome bagi pening rakyat.  Kalau nak bercakap tu kaji dulu, Ini tidak, main sedap mulut mak bapak mike je. Rakyat bukannya bodoh dan mudah diperbodohkan. Pemimpin beginikah kome nak pilih?  Jauh panggang dari api!  Jangan harap..

PESERTA MOGOK LAPAR HINA PAHLAWAN MELAYU


Lawak la perangai orang bodoh yang mogok lapar 100 hari kat Dataran Merdeka.  Nama pun mogok lapar, tapi boleh minum le pulak. Apa punya bodoh! Lepas tu guna pulak budak-budak kecik dengan alasan untuk timbulkan kesedaran pada anak-anak muda.  Weh! Itu bukan anak muda, itu budak mentah lagi.  Anak-anak kecil yang digunakan untuk kepentingan peribadi.  Kalau Pakatan Rakyat guna anak-anak kecil untuk berdemo, boleh aje.  Tak salah sebab "human right".  "Human Right kepala hotak kome.  Itu namanya "Child Abuse".  Bodoh sebab otak letak kat lutut.

Tapi yang teman tak tahan nak gelak sakan bila deme kata "semangat Mat Kilau untuk mogok lapar 100 hari". Ewh!Ewah! Sejak bila pulak kome guna nama pejuang Melayu untuk berdemo ni? Biar bebenor sikit dan sejak bila pulak orang bukan Melayu mengagong-agongkan pahlawan Melayu. Sebab nak raih simpati Melayu, kome sanggup jual nama pejuang Melayu.  Kurang ajar!..Pejuang Melayu melawan penjajah.  Kome tu berdemo.  Lain le weh! Bodoh biul!!!! Kome hina Pejuang Melayu sebegitu rupa.  Ingat kome tu elok sangat ke?ptuii!!!..

TAHNIAH! DIANA AMIR JADI USTAZAH SEGERA PAS


Teman pun hairan la, kalau nak artis nak berhijrah, perlukah berjumpa dengan Nik Aziz. Mengapa perlu restu Nik Aziz.  Kalau dah tak laku, cari jalan supaya dapat peluang jadi Ustazah Segera Abby Abadi mengutip rezeki dengan mencaci dan memfitnah Kerajaan BN.  Hasil rezeki dari Tin Milo yang dikutip merata-merata.  Terbaru Pelakon Diana Amir menyatakan hasrat untuk berhijrah kepada Nik Aziz. Eh!eh!  Tak ada orang lain ke nak dijumpa dan minta restu. Kalau nak berhijrah atau berbuat kebaikan, sepatutnya minta restu pada Allah S.W.T.  Bukannya pada manusia.  Kalau nak berjumpa agamawan pun, banyak melambak yang lebih hebat lagi di Malaysia ni.

Menurut laporan Haramkah Daily, pertemuannya dengan Tuan Guru kerana menghormatinya sebagai seorang ulama yang dihormati semua kaum dan bukan atas kepentingan politik. Weh!  Itu Nabi PAS tu! Banyak fatwa dah dibuatnya. Minta la sekali Syurga kat Nik Aziz tu. Malu-malu le pulak.  Lepas ni, pak lebai-pak lebai PAS akan terliur pulak dengan Diana Amir. nyum!nyum!heeee..

Faezah Elai Bimbang Nak Bersalin



Pelakon Faezah Elai mengakui berasa takut untuk berdepan dengan proses kelahiran anak sulungnya yang dijangka pada awal Februari tahun depan.

Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezahh Elai berkata, dia risau dengan kesakitan yang bakal dialami lebih-lebih lagi selepas bertanya kepada rakan-rakannya yang berpengalaman melahirkan anak.

"Saya tak boleh bayangkan bagaimana nak bersalin nanti. Hampir setiap hari saya tanya kepada rakan-rakan yang dah berpengalaman melahirkan anak dan ia membuatkan saya lebih takut dan tak senang duduk.

"Malah saya membaca pelbagai buku untuk ibu mengandung sebagai persediaan proses kelahiran nanti.

"Selain itu saya turut menghadiri ceramah-ceramah anjuran rakan saya sendiri untuk bakal-bakal ibu. Harap-harap tiada kesulitan yang akan berlaku nanti, Insya-Allah," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Dalam pada itu Faezah turut mengakui dia sudah mula rasa rindu untuk kembali berlakon dan tidak sabar untuk kembali beraksi pada April ini.

Selain itu, isteri kepada pengarah drama Heykal Hanafiah itu bersyukur 'kehilangannya' buat sementara waktu tidak menjejaskan popularitinya lebih-lebih lagi dia bakal muncul dengan filem Tanda Putera dan KL Zombie pada tahun depan.

Sementara itu, Faezah bakal membuka sebuah kafe di sekitar Sungai Buloh, dekat sini pada 2013 hasil daripada wang simpanannya sepanjang bergelar pelakon dengan menghabiskan modal lebih kurang RM50,000.

"Sebenarnya, kafe itu dibuka khas buat ibu dan ayah di mana mereka akan menguruskannya.

"Sebelum ini mereka pernah ada restoran di Pulau Pinang tetapi telah pun ditutup selepas berpindah ke sini (Kuala Lumpur).

"Ini juga adalah salah satu cara saya menghargai jasa-jasa mereka," ujar pelakon berusia 30 tahun itu.

Sumber