Pages

Friday, 28 December 2012

BUKTI PAS ITU SYIAH DIDEDAH



Teman nak mengutip sedikit petikan Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya, CEO ILMU mengulas isu syiah dalm PAS dan sejauhmana boleh mengancam akidah. Teman rasa semua kome dah tau ancaman syiah ni bagaimana. Hj Hadi Awang sendiri mengakui menerima golongan syiah dan khawarij masuk ke dalam PAS. Cuba bayangkan kalau PAS akan memerintah negara, confirm golongan sunni akan disembelih hidup-hidup sebagaimana berlaku di Syria. Cuba amati dengan hati terbuka dan berlapang dada.  

Petikan ini adalah hasil dari rakaman Youtube berikut:

Syiah bukan masalah khilaf yang kecil. Ini bukan masalah furu’ (cabang) agama. Populariti syiah dalam negara kita ini lebih di dalam bab jama’ shalat, nikah mut’ah (kahwin kontrak). Itu sahaja walaupun itu bukan juga isu kecil, tetapi isu yang paling besar adalah perkara yang membabitkan pendirian dan prinsip akidah, isu kafir mengkafir. Ini adalah pendirian Syiah.

Syiah membawa teori kafir mengkafir. Sebab itu mereka sanggup mengkafirkan sahabat Nabi. Kalau Khawarij, mereka mengkafirkan pemimpin dan pelaku dosa besar. Adapun Syiah, sahabat Nabi, Amirul Mukminin Umar Al-Khattab, Abu Bakar As-Siddiq, Utsman bin ‘Affan, Muawiyah bin Abi Sufyan, Aisyah RA, dikafirkan semuanya. Sedangkan mereka yang dikafirkan oleh Syiah ini adalah sumber agama kita.

Dari mana hadis diambil kalau bukan daripada keturunan dan keluarga Umar Al-Khatthab? Bagaimana Al-Quran sampai kepada kita pada hari ini kalau bukan kerana idea yang dicadangkan Umar kepada Abu Bakar agar menyusun Al-Quran? Disistematikkan penyusunannya oleh Utsman. Bagaimana kita hendak membaca Al-Quran pada hari ini kalau tanpa idea-idea mereka?

Tiba-tiba Syiah mengkafirkan mereka semua. Dan salah satu akidah syiah yang terpenting adalah al-wilaayah yakni kekuasaan. Tanpa kuasa bererti tidak sah pemerintahan menurut akidah mereka. Atas sebab itu syiah apabila masuk ke mana-mana negara, mereka akan cuba mengganggu kestabilan politik dalam negara tersebut.

Di Bahrain, Iraq, Lubnan, dan Syria pada hari ini mereka telah berjaya. Syiah di Syria hanya 10%, tetapi oleh kerana mereka memegang kuasa melalui pemimpinnya Bashar Asad, mereka berjaya menekan dan melakukan pembunuhan ke atas Ahlus Sunnah wal Jama’ah di sana. Itu secara jelas dipaparkan dan umum mengetahuinya.

Begitu juga di Dammam, Saudi pada hari ini, mereka cuba mengganggu gugat kestabilan politik dan institusi raja di Saudi sendiri pada hari ini. Ini adalah agenda mereka.

Mereka masuk ke dalam PAS sekalipun pada hari ini, mereka akan lakukan kucar kacir dan pertembungan. Bahkan beberapa siri perhimpunan demonstrasi yang lalu, dan baru-baru ini demonstrasi membantah filem Innocence of Muslims, tiba-tiba mereka mengangkat sepanduk gambar Khomeini (Imam Syiah). Begitu juga dengan Bersih. Apa kaitan kita dengan Khomeini? Tidak ada kaitannya kita dengan pemimpin-pemimpin syiah yang seperti ini.

Pas perlu lebih berhati-hati. Saya tidak mahu menuduh. Saya katakan Pas perlu membincangkan tentang syiah yang diterima masuk ke dalam PAS oleh presidennya sendiri yakni TG Haji Abdul Hadi Awang.

Umno lebih tegas dalam isu ini seperti mana yang dinyatakan oleh Ketua Pemuda, YB Khairy Jamaluddin; Umno tidak menerima Syiah.

Ini kerana kita membawa akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dalam negara ini. Sebab itu kita menghalang dan menyekat perkembangan syiah dalam negara ini, seperti mana usaha yang dilakukan oleh JAIS yang sangat bersungguh-sungguh di dalam isu ini. kita berikan pujian kepada JAIS yang menyekat Syiah di Gombak, JAIM yang membuat tangkapan terhadap syiah dan menyekat penyebaran buku-buku mereka di Melaka, begitu juga Panel Akidah JAKIM dengan fatwa-fatwanya, begitu juga jabatan-jabatan agama yang lain di seluruh negara.

Isu syiah merupakan satu isu yang serius dan perlu diberikan perhatian dan perlu disekat daripada berkembang terus di dalam PAS.

Sumber

No comments:

Post a Comment