Pages

Saturday, 29 December 2012

Artis Bollywood Di Karnival Sayangi Selangor



Kira-kira 500,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan Karnival Sayangi Selangor yang akan berlangsung selama empat hari di I-City, Seksyen 7 di sini mulai Sabtu.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang karnival yang akan diadakan sehingga 1 Januari depan.

Beberapa artis tempatan seperti Alyah, Fiq, Logeswaran, Suki, Black & Modread dan Jinbara akan membuat persembahan pada sambutan ambang Tahun Baru di samping penampilan istimewa dari artis Bollywood.

Aktiviti lain termasuk pertandingan kaligrafi, memasak, tarian singa, dram Cina dan India serta pertunjukan kebudayaan.

Sepanjang empat hari itu, karnival kerjaya dan 132 gerai oleh industri kecil dan sederhana serta agensi kerajaan turut disediakan.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata karnival itu disasarkan kepada keluarga muda.

"Kami mensasarkan mereka yang berusia 40 tahun dan ke bawah serta mahu mereka mambawa keluarga bersama," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di tapak karnival itu di sini Jumaat.

Sumber

No comments:

Post a Comment