Pages

Tuesday, 4 December 2012

PADAN MUKA: SIBUK SANGAT NAK OCCUPIED DATARAN MERDEKA



Kan dah kena.  Sibuk-sibuk nak Occupied Dataran Merdeka.  Buta je kena denda.  Ada peguam Latipah Koyar pun tak boleh nak bantu.  Kome percaya le sangat dengan deme ni.  Janji berterabur macam hampeh.  Duit kome jugak yang kena keluar.  Teman padan kan muka je..heeee

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Seorang penjual kad sim dan seorang lagi pegawai hal ehwal agama, masing-masing dilepaskan dengan bon berkelakuan baik oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah menghalang tugas penjwat awam.

Meraka dituduh menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) daripada menjalankan tugas di Dataran Merdeka, pada April lalu.

Majistret Nur Azura Murah menjatuhkan hukuman ituterhadap Shaiful Buhari Ramlan, 25, and Muhammmad Karim Abdullah, 24 dengan cagaran RM800 bersama seorang penjamin selama dua tahun.

Dua lagi lelaki, penuntut universiti tempatan, iaitu Muhammad Aliff Hafiz Zainuddin, 21 dan Ekhsan Bukharee Badarul Hisham, 21, pula dikenakan denda RM700 atau penjara 15 hari jika gagal membayar denda itu.

Keempat-keempat mereka dijatuhkan hukuman itu selepas mereka menukar pengakuan bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja menghalang pegawai-pegawai itu daripada memindahkan khemah yang didirikan tanpa kebenaran di dataran di Jalan Raja, di sini pada 12.50 tengah hari, 24 April lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kee Wei Lon manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam Latheefa Koya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment