Pages

Tuesday, 4 December 2012

HOT: Kes Khalwat Beego Ditangguh



Apa la deme ni main tangguh-tangguh pulak.  Cepat-cepat akan aje.Apa lagi ditunggu!  Yang lain dah mengaku.  Lagi cepat lagi bagus supaya tak timbul fitnah..Artis ni macam-macam ada la..Banyak betoi songehnye..heee..peace..

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Selasa mengarahkan peguam bela Fakhrul Azman Abu Hasan supaya menyelesaikan hal-hal berkaitan dokumentasi mengenai kes khalwat pelakon Beego bersama dua rakan lelakinya di luar mahkamah sebelum perbicaraan bermula.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin berkata demikian selepas Fakhrul membuat permohonan supaya pihak pendakwa syarie iaitu Tuan Sarawaheda Tuan Dir membekalkan kepadanya laporan polis dan dokumen berkaitan untuk menyokong penghujahannya di mahkamah.

"Sepatutnya hal-hal berkaitan dokumen yang tidak melibatkan kebenaran mahkamah syariah diselesaikan terlebih dahulu sebelum memulakan perbicaraan.

"Hal ini perlu diberi perhatian oleh kedua-dua belah pihak supaya tidak membuang masa dan kes dapat diselesaikan dengan segera," jelasnya.

Pada 8 Mei lalu, Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah,32, bersama Fikry Zainon dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat.

Sementara itu dua wanita yang merupakan kenalan mereka iaitu Azlina Yazit @ Aziz dan Hadijah Mohamad Mokhar mengaku bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar denda.

Kedua-dua mereka bagaimanapun membayar denda tersebut.


Dalam pada itu, Shaiful menangguhkan kes tersebut kepada 19 Mac tahun hadapan dan meminta peguam bela mengemukakan surat permohonan rasmi kepada Ketua Pendakwa Syarie untuk mendapatkan laporan polis dan dokumen berkaitan untuk perbicaraan seterusnya.

Pada prosiding itu juga, permohonan representasi yang dikemukan oleh pihak defendan dibatalkan selain bon jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh dikekalkan.

Mengikut fakta kes, kelima-lima tertuduh ditahan sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama pada 23 Februari 2011 kira-kira pukul 6 pagi di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang dekat sini.

Kesemua mereka masing-masing didakwa di bawah Seksyen 29 (1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat yang boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Beego yang merupakan seorang duda pernah berkahwin dengan Intan Shariza Mohd Shahru,31, tetapi berpisah pada 16 Mac 2009 selepas dua tahun menjadi suami isteri.

Teman Kutip dari mStar Online

No comments:

Post a Comment