Pages

Sunday, 9 December 2012

HOT ARTIS : Bo Amir Tak Kejar Populariti



NAMANYA belum sebaris dengan penyanyi hebat seperti Yuna dan Faizal Tahir, namun anak muda ini berjaya menempah tiket ke final Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) menerusi lagu ciptaannya yang berjudul Lagu.

Mohd Amir Iqram, 26 atau lebih dikenali dengan nama Bo Amir Iqram mula mencuri tumpuan apabila Lagu tersenarai dalam pencalonan Muzik Muzik Separuh Akhir.

Melalui percubaan beraninya membawakan lagu tersebut dalam versi akustik bersama bandnya, Bedroom Sanctuary pada saringan Muzik Muzik Separuh Akhir lalu,akhirnya, Lagu berjaya ke peringkat final bersaing dengan 11 lagu terbaik tanah air lain.

“Asalnya memang tak rancang nak putar ‘Lagu’ di radio, tetapi apabila Lagu dimuat naik ke Youtube, ‘viewers’ lebih 100,000, sebagai orang baru, indie artis, wow!

“Tak lama selepas Itu, kawan-kawan beritahu lagu saya sudah dimainkan di radio dan lagu itu Lagu. Lagu-lagu yang saya hantar ke radio, lagu lain tetapi Lagu juga yang diputarkan di radio,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas sidang media AJL27.

Anak muda kelahiran Selangor berambut unik  ini mula menceburi bidang seni sejak 10 tahun lalu ketika berusia 16 tahun menerusi band jazz rock, Seven.

Bercerita tentang pencapaiannya melayakkan diri ke final, Bo Amir akui enggan menggunakan istilah bersaing dalam pertandingan berprestij itu.

“Saya masuk pertandingan ini dan dapat masuk final pun sudah kira memang, jadi memang tak terfikir sama ada nak bersaing ke apa ke. Memang naik atas (pentas AJL27) untuk membuat persembahan ‘for the love of music’ bukan sebab duit atau sebab lain.

“Memang gembira apabila orang dapat tahu lagu saya macam mana. Kalau mereka suka, ‘enjoy’ lah. Kalau menang alhamdulillah. Kalau tak menang, tidak mengapa,” katanya.

Terpaksa bersaing dengan penyanyi hebat lain, Bo Amir bersikap positif dengan memberikan persembahan terbaik kepada penonton.

“Dah masuk final, saya cuba buat yang terbaik... bagi 110 peratus,” katanya.

Dalam pada itu,  Bo Amir juga menegaskan bahawa lagu yang ditulisnya itu untuk kepuasan diri sendiri.

“Setakat yang saya tahu, saya tulis lagu Lagu ini memang untuk kepuasan hati sendiri tetapi kalau mereka suka, OK. Kalau tak suka tak apa.

“Saya tak fikir tentang populariti. Saya buat muzik untuk orang suka muzik itu,” katanya.

Berkongsi mengenai persiapannya dalam pentas akhir itu nanti, Bo Amir menyatakan akan ada sedikit kelainan pada Lagu berbanding lagu asal.

“Persembahan mungkin ada lain sedikit daripada lagu original tetapi tak banyak. Selebihnya ‘surprise’ sebab saya sendiri tak tahu lagi macam mana.

Bedroom Sanctuary bakal mengeluarkan album pertama mereka pertengahan Januari depan.

Sumber

No comments:

Post a Comment