Pages

Sunday, 9 December 2012

HABIS LA MACAM NI! RAMAI LA YANG AKAN TERKORBAN


Persoalan, bagaimana kome nak terima dasar-dasar kerajaan yang dilihat secara mata kasar membebankan pengguna?  Tak ada dalam dunia ni orang menerima sesuatu dasar dan pelaksanaannya dengan hati terbuka, dan bulat-bulat. Tak ada pun.  Ianya memakan masa yang agak lama bagi sesetengah dasar kerajaan itu diterima kecuali mengenai habuan-habuan berbentuk "monetary", "royalty" atau "hononorium".  Itu pun ada jugak yang sukar nak terima kerana mainan pembangkang yang suka membangkang apa sahaja dasar kerajaan.  Perkataan yang sesuai kepada pembangkang ini adalah "BANGKANG DALAM LONGKANG".  Sentiasa busuk walaupun selepas dicuci, malah akan bertambah busuk bila orang didalamnya pun kotor dan jijik serta sebusuk-busuknya.

Tetapi sesetengah orang menganggap ianya sebagai satu bebanan kepada rakyat.  Jika tidak dipandang secara rasional, apa pun akan membebankan rakyat.  Sebagai contoh isu  Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara.  Ianya sesuatu yang baik jika difikir secara rasional.  Kebanyakan negara-negara maju telah mempraktikkan pengguna AES ini dan terbukti boleh mengurangkan kemalangan dan kehilangan nyawa di jalanraya.  Sejak pelaksanaan AES 23 September kadar kesalahan trafik di beberapa lokasi strategik berjaya dikurangkan 75 peratus.  Pada teman, sesuatu yang keputusan yang baik bagi sesuatu dasar kerajaan yang baru sahaja dilaksanakan.

Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ kini dalam rangka jelajah ke seluruh negara untuk berjumpa dengan jabatan kerajaan persekutuan dan negeri serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi menerangkan fungsi sebenar AES dan faedahnya kepada pengguna jalan raya.  Cuba kome jadi pendengar baik kemudian baru komen..heee..peace..

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan pemasangan 831 Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara tetap diteruskan demi keselamatan pengguna jalan raya. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, walaupun usaha itu ditentang sesetengah pihak termasuk dijadikan isu politik, JPJ kekal dengan keputusan untuk melaksana sistem tersebut yang turut diguna di negara maju. 

"Rancangan pelaksanaan AES tidak akan ditangguh dan ia akan diteruskan kerana ia adalah satu usaha murni dan bukan untuk menghukum pengguna jalan raya," katanya kepada pemberita sebelum mesyuarat tertutup bersama pegawai JPJ Terengganu, di sini, hari ini. 

Beliau berkata, buat masa ini, 14 unit AES dipasang iaitu tujuh di Perak, dua di Selangor dan lima di Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk empat unit bergerak AES. 

Menurutnya, sejak pelaksanaan AES 23 September lalu pihaknya mendapati kadar kesalahan trafik di beberapa lokasi strategik berjaya dikurangkan 75 peratus. 

Dalam pada itu, Solah berkata, pihaknya bersedia untuk berjumpa wakil parti politik bagi menjelaskan matlamat sebenar pelaksanaan AES. 

"Kalau hendak jumpa boleh, JPJ tidak ada masalah," katanya ketika diminta mengulas dakwaan sistem itu menjadi isu politik dan akan mempengaruhi keputusan rakyat pada pilihan raya umum ke-13. 

Katanya, JPJ kini dalam rangka jelajah ke seluruh negara untuk berjumpa dengan jabatan kerajaan persekutuan dan negeri serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi menerangkan fungsi sebenar AES dan faedahnya kepada pengguna jalan raya. 

Mengulas mengenai unit AES yang menjadi mangsa vandalisme di dua lokasi di Selangor, beliau berkata pihaknya sudah menjangka perkara itu akan berlaku sebagaimana kerosakan kepada harta benda awam lain di negara ini. 

"Ada yang puas hati dan ada yang tidak puas hati itu sudah kita jangka dan ini juga berlaku di negara lain," katanya. 

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment