Pages

Sunday, 9 December 2012

DEDAH LAGI: DATUK ASRI BUKAN MAIN MARAH FATHUL BARI


Teman cuba cari-cari kat merata tempat, mengapa Datuk Dr Mohd Asri melenting sangat dengan Ulama Muda UMNO.  Pelan-pelan jumpa satu-satu.  Ye la.  Isu ni mungkin dah lam.  Cuma teman nak menyingkap sebab dan musabab mengapa Datuk Dr Asri begitu lantang menyerang Ulama Muda UMNO.  Setiap tohmahan perlukan jawapan pasti.  Kalau mike dah menuduh, tentunya kena bagi Ustaz Fathul Bari jawapan sebab soalan tersebut secara direct kepada Ulama Muda UMNO.  Jadi, salah ke?

Kisah kenyataan Datuk Dr. Asri Zainal Abidin memberikan jawapan yang pedas kepada Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Mat Yahaya berhubung dengan kenyataan ulama muda itu yang menolak hujah Dr.Asri bahawa ulama yang menyertai UMNO telah hanyut.

Dalam mesej twitter Datuk Dr Asri menyelar Ustaz Fathul Bari kerana tak hadir wacana yang dirancang.  Datuk Dr Asri ni asyik main hentam aje.  Sebagai Bekas Mufti Perlis dan orang berilmu, wajarlah memberi ruang mengenai perbezaan pendapat.  Setiap orang berhak  memberi pandangan walaupun berbeza.  Sebagai orang biasa, teman pun rasa  kita pun matang dalam berbicara dan berdiskusi.  Fikir-fikirlah..

No comments:

Post a Comment