Pages

Sunday, 23 December 2012

GEMPAR : MAHASISWA BAWA GERAKAN KOMUNIS


Mahasiswa bingung sepatutnya dibuang Universiti.  Jangan bagi peluang.  Tindakan Mahasiswa Bingung buat bantahan di Penjara Kajang telah mencabar kewibawaan mahkamah dan boleh didakwa "contempt of Court".  Apa lagi ditunggu.  Ambil segera tindakan dan jangan dibiarkan berleluasa.  Jangan takut gertakan dan amaran pembangkang.  Jika kerajaan tidak melakukan dan menguatkuasakan undang-undang, mahu jadi apakah negara ini?  Huru hara dan semua rakyat boleh buat sesuatu dengan sesuka hati.

Pakatan Rakyat telah banyak merosakkan pemikiran mahasiswa hingga menjadi bingung biul dan sanggup berdemontrasi menuntut sesuatu yang tidak pasti.  Menuntut sesuatu yang diluar batasan, memperjuangkan sesuatu yang sia-sia.  Jika pinjaman yang diberikan pun mahu dilupuskan, habis bagaimana dengan perkara-perkara lain.  Apa akan jadi pada negara.  Pemikiran songsang telah diterapkan Pakatan Rakyat kepada mahasiswa.  Inilah gerakan-gerakan komunis yang cuba dibawa oleh Pakatan rakyat.  Gerakan-gerakan bawah tanah ini berselindung dengan nama-nama NGO dan parti-parti politik yang ditubuhkan dengan tujuan menyerap pemikiran songsang kepada mahasiswa.  dan rakyat.  Banyak bukti tapi masih tiada tindakan.  Apa lagi ditunggu!

No comments:

Post a Comment