Pages

Sunday, 23 December 2012

BIAR BETUL: IKAN BILIS MATA BIRU



Ikan bilis mata biru gred A dan paling bermutu di Asia Tenggara akan dijadikan daya tarikan baru kepada pelancong dalam dan luar negara yang mengunjungi Perak. 

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, pihaknya akan menjadikan ikan bilis jenis ini yang hanya boleh ditemui di Pulau Pangkor sebagai ikon baru. 

"Selain terkenal dengan keindahan alam semulajadinya, kita mahu pelancong mengenali Pulau Pangkor sebagai satu tempat pengeluar ikan bilis terbesar di Malaysia.

"Sarawak terkenal dengan kek lapis dan keropok masin, selepas ini kita juga mahu jika pelancong yang datang ke Pulau Pangkor membawa pulang ikan bilis jenis ini.

"Oleh itu, saya berharap pengusaha dapat membuka ruang kepada pelancong untuk melihat secara dekat pemprosesan ikan bilis ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Fiesta Bilis@Pangkor di Dataran Hadhari, Teluk Batik, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif, Operasi Berita dan Editorial Media Prima Bhd, Datuk Ahmad A Talib; Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Datuk Zamri Man. 
Penganjuran julung kali Fiesta Bilis@Pangkor di Teluk Batik melakar sejarah tersendiri apabila berjaya memecahkan rekod susunan nasi lemak terpanjang di Malaysia.

Pegawai The Malaysia Book of Records (TMBR), Myra Dzaman, berkata pihak penganjur berjaya menyusun 11,000 nasi lemak sepanjang 976.7 meter,sekali gus memadam rekod sedia ada. 

No comments:

Post a Comment