Pages

Saturday, 9 February 2013

PANAS! ADUN PAS Ladang Nak Saman Malu Sebab Dah Malu!Adeess


Adess! Nak saman la pulak! Itu la aje modalnya! Sebab dah terbongkar cerita, mula lah nak menutup malu dengan saman. Memang jenis manusia yang tak malu. Dah buat onar dengan isteri orang, tak nak mengaku pulak. Perangai macam haram. Berselindung dengan kopiah dan berlagak alim, tapi hampas..

Kesian. Suami sendiri yang bongkar cerita kecurangan isteri dengan YB PAS ADUN Ladang ni. (Tengok SINI dan SINI) Bukannya orang lain. Yang mike nak saman blogger tu buat apa? Saman je suami mike tu. Elok jugak la, biar terbongkar semua cerita yang masih tersimpan. Biar semua orang tau perangai YB PAS yang berselindung disebalik nama ustaz dan serban ni...heee..

TERKINI! Senarai Calon DAP dan Yang Terkeluar #PRU13


TERKINI! Teman difahamkan senarai terkini calon-calon yang akan mengisi kekosongan kerusi yang dipegang oleh wakil rakyat yang akan ditendang keluar. Guan Eng seperti terus menentukan segala-galanya.

Dari sumber, beberapa wakil rakyat telah menjadi mangsa Guan Eng. Terus terkeluar senarai digantikan dengan muka-muka baru seperti adik Guan Eng sendiri, Lim Hui Ying dan Setiausaha Politik Guan Eng, Khairil Khir Johari. Walaupun Guan Eng cuba menafikan adiknya akan dicalonkan, itu hanya helah bagi mengaburi mata rakyat semata-mata. Angin bertiup kencang, tak akan pokok bergoyang kalau tak ada angin weh!!


BONGKAR! Sah, Lydia Ong Digugurkan Jadi ADUN dan EXCO

Wah! Ini cerita panas. Sah! Lydia Ong akan digugurkan dari senarai calon DAP untuk Pilihanraya ke 13. Apa cerita? Ada yang tak kena ke? Rupanya ada cerita disebalik cerita. Adeess..Guan Eng difahamkan marah sangat-sangat dengan Lydia Ong ni.

Kisah bermula dengan pembentangan Bajet Negeri Pulau Pinang. Sesi DUN Pulau Pinang yang lepas bagi meluluskan pembentangan Bajet 2013 Pulau Pinang. Tak  cukup korum la pulak! Lydia Ong bergegas balik tengok bapak dia sakit tenat di hospital pada masa yang sama. Lydia Ong nangis-nangis minta dilepaskan dan dikecualikan. Guan Eng memang jenis "Tokong" tak nak lepas le pulak. Guan Eng paksa tunggu untuk mengundi bagi meluluskan Bajet tersebut. Kesian kat Lydia. 

Tapi Lydia ni jenis keras kepala, pergi jugak ke hospital menjenguk bapanya yang dilaporkan kritikal sebelum Bajet tersebut diluluskan dan selepas kembali semula ke dewan.  Apa lagi, Guan Eng mengamuk sakan la. Dipendekkan cerita, Lydia Ong tak dapat la tengok bapak dia menghembuskan nafas yang terakhir. Nangis la mike..

Nak dijadikan cerita, pada sesi meluluskan Bajet tersebut, hanya ada 28 ADUN Pakatan Rakyat yang hadir kecuali ADUN Pulau Tikus. Bajet tersebut perlukan 27 undi untuk diluluskan. Mana tak mengelabah Guan Eng. Gua Eng pulak tak percayakan ADUN dari PKR, takut kena tikam dari belakang. Adeeh!

Guan Eng dikatakan menyimpan dendam kepada Lydia Ong. Menurut sumber, Guan Eng telah menceritakan kepada  semua orang yang Lydia Ong tidak mencapai prestasi dan KPI yang memuaskan. Maka Lydia Ong akan digugurkan dari calon dan digantikan oleh adiknya Lim Hui Ying dan seterusnya untuk menjawat jawatan EXCO. 

Keluarga Lydia Ong telah menyimpan rasa tidak puashati kepada tindakan Guan Eng tersebut dan menyimpan hasrat untuk tidak mengundi Guan Eng dan DAP di PRU 13 akan datang. Hah ! Padan muka Guan Eng! Lagi ramai akan tak undi DAP kali ini..

Nota: Ulasan adalah diolah dari sumber dalam Bahasa Inggeris

PANAS! Nizar Gelar Haron Din Sebagai "Memanda Tua". Adeess


Weh! Apa cerita nih! Masalah dalaman PAS yang tak puashati mengenai pertemuan sulit Haron Din dengan Anwar China Doll tempohari. Apa yang teman tengok, ada agenda yang tersirat. Ada yang cuba meneka apakah agenda tersebut. Masing-masing dah cuba mencari jalan untuk mengambil peluang yang ada. Masing-masing nak main belakang. Adeehh!! Mana le tau kan.Boleh jadi Menteri Besar ke apa ke? Tak usah mimpi la weh!

Disini teman salinkan apa yang Mohd Sayuti Omar menulis di dalam blog Nizar. Kome nilailah sendiri..

Tepatnya malam Isnin lalu Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din telah mengadakan pertemuan sulit dengan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. Pertemuan di antara kedua sosok ini jarang berlaku akhir-akhir ini. Haron Din dikatakan kurang mesra rakyat dengan Anwar tidak seperti diawal-awal zaman reformasi lalu. Lantaran itu jarang kelihatan mereka berada atas pentas sama akhir-akhir ini.

Gara-gara itu menyebabkan pertemuan di antara mereka berdua menimbulkan titik soal kepada sesetengah yang mengetahuinya dan tentulah akan menjadi persoalan umum. Apakah tujuan di sebalik pertemuan itu? Apakah ia ada membawa misi atau agenda besar dalam Pakatan Rakyat? Atau apakah ada pencemaran ke atas konsensus sebelum ini?

Pada pertemuan itu Haron Din dikatakan datang bersendirian manakala Anwar ditemani oleh seseorang yang lain mungkin untuk dijadikan saksi. Pertemuan itu di luar rumah Anwar? Tiada kenyataan akhbar bersama dikeluarkan oleh mereka berdua selepas itu dan ini menguatkan lagi tanggapan ia amat SULIT dan PENTING. Jangan menghiris hati sudahlah...

Sekiranya ia atas urusan Pakatan Rakyat sudah pasti pertemuan itu akan melibatkan salah seorang lagi wakil PR iaitu DAP. Tetapi yang nyata tiada wakil DAP.

Manakala apabila ia tidak ada kenyataan akhbar bersama dikeluarkan menjadikan pertemuan itu misteri dan penuh tanda tanya. Mustahil kalau pertemuan itu mengenai soal pembahagian kerusi kerana perkara itu sudah dilengsaikan. Formula dipakai dalam pembahagian kerusi adalah PKR 120 atau 122, DAP 40 dan PAS 60 atau 63. Apakah ia mengenai kerusi perdana menteri?  Tetapi bukankah secara lisannya Pakatan Rakyat sudah menyetujui Anwar yang akan dilantik menjadi perdana menteri? Atau ada idea baru mengenai jawatan ini?

Semasa muktamar PAS di Kota Bharu lalu ada beberapa perwakilan muktamar memberi pendapat bahawa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang juga layak menjadi perdana menteri? Apakah mengenai perkara itu? Walaupun ia dinafikan oleh PAS tetapi pandangan itu sesuatu yang sedap untuk diilusikan. Kata Abdul Hadi; syok juga kalau jadi perdana menteri.

Persoalan juga timbul apakah kedatangan Haron Din itu membawa mesej daripada bosnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am atau pun atas inisiatifnya sendiri? Ataupun ia adalah atas permintaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang? Mungkin sebagai ketua Nik Aziz boleh mengesahkan akan pertemuan ini dalam masa terdekat.

Juga timbul persoalan kalau ia mesej parti, kenapa tidak disampaikan sendiri oleh presiden atau diwakilkan kepada Setiausaha Agung, Mustapa Ali yang dianggap layak dan bersesuaian berbanding dengan Haron Din. Atau kerana Haron Din adalah 'memanda tua' maka beliau dihantar kerana Anwar juga menghormati timbalan musryidul am PAS ini?

Pertemuan yang berlangsung lebih satu jam dan dihidangkan dengan susu pekat panas, buah-bauhan, kopi 'O' serta sandwis itu bakal menjadi isu kalau ianya tidak ditangani secara telus dan terbuka. Maksudnya tidak menjelaskan apakah tujuan di sebalik pertemuan itu.

Adalah tidak elok kalau apa-apa pertemuan yang ada hubung kait dengan Pakatan Rakyat tetapi tidak disertai sama oleh satu lagi fraksi DAP. Lainlah kalau pertemuan itu bersifat terbuka seperti mana pertemuan Nik Abdul Aziz dengan Karpal Singh di rumah pengerusi DAP di Pulau Pinang dua minggu lepas.

Tunggulah hasil pertemuan atau buah butir pertemuan itu akan diketahui juga kelak. Dan selok-eloknya tujuan pertemuan eksklusif pada malam hari itu dihebuhkan kepada umum dan tidak baik kalau sampai ia pecah sendiri.

Orang politik tidak boleh menyimpan buah berbau di dalam rumahnya kerana lama ke lamaan ia akan merebak juga baunya ke luar. Baik jelas sebelum orang tahu dari sumber lain kerana banyak definasinya nanti. Dalam hal ini sebaik-baik pihak yang perlu mendedahkan ialah Haron Din kerana dia yang mendatangi Anwar Ibrahim maka dia dilihat ada hajat besar. [wmk.kl.10:38 am 07/02/13]

PANAS! Nazmi Faiz Hanya Makan Maggi di Portugal


Kepulangan Nazmi Faiz dari Portugal untuk beraksi di Malaysia sememangnya menjadi bualan mulut peminat bolasepak tempatan. Ramai yang mengkritik tindakan pemain muda ini yang dilihat sebagai satu langkah ke belakang untuk kariernya. Nazmi juga lebih banyak berdiam diri dari meluahkan faktor sebenar dirinya menamatkan kontrak bersama SC Beira-Mar.
Namun, tidak ramai mengetahui hal sebenar mengenai kesengsaraan Nazmi dalam meneruskan kehidupan di Portugal. Krisis kewangan yang dihadapi kelab Portugal itu menyaksikan gajinya sebanyak 2500 Euro sebulan dipotong hingga akhirnya tinggal 500 Euro sebulan.
Sumber rapat memberitahu, keadaan ini seterusnya mengakibatkan Nazmi sendiri mempunyai masalah untuk mendapatkan makanan hingga terpaksa makan maggi untuk mengalas perut. Dengan sumber kewangan yang terhad ini, Nazmi juga bermasalah dalam membayar sewa rumahnya sehingga akhirnya terpaksa merempat di rumah kawan.
Boleh dikatakan, kebajikan Nazmi disana terabai dan harus diingat, usia Nazmi masih terlalu muda berbanding beberapa pemain negara yang berkelana di Eropah sebelum ini. Kakak beliau yang menemani beliau pula hanya bertahan 3 bulan sebelum dihantar pulang ke Malaysia.
Kesusahan Nazmi ini telah dirujuk ibu bapa beliau kepada beberapa pihak yang berkenaan namun tiada tindakan yang diambil namun Nazmi tetap bertahan hampir enam bulan lamanya bagi merealisasikan impian dan harapan seluruh rakyat Malaysia.
Diberitakan lagi ketika cuti Krismas lalu dimana Nazmi dibenarkan bercuti, kebetulan seorang individu yang rapat dengan Nazmi sendiri iaitu datuknya telah meninggal dunia tetapi Nazmi tidak dibenarkan pulang ke Kuala Lumpur oleh Beira Mar pada waktu itu walaupun sudah mempunyai tiket penerbangan pulang.
Selepas episod sedih ini berlaku, Nazmi diminta pula untuk menandatangani satu kontrak baru dalam bahasa Portugal yang mana meragukan beliau. Selain itu Nazmi mahu dijual Beira Mar ke kelab Divisyen 4 Jerman. Setelah berbincang dengan ejen dan keluarga, pemain muda ini memilih pulang ke Malaysia buat masa ini untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.
Situasi ini akhirnya diselamatkan PKNS FC yang menerima tawaran dari ejen Nazmi, Marco Guimaraes untuk membawa pulang Nazmi ke Malaysia dengan membayar wang perpindahan kepada Beira Mar.

Sumber : duniasukan.com

Abby Abadi Bakal Isteri Ketiga Menteri Besar?



Bukan sahaja laris di pentas ceramah PAS, Abby Abadi sekali lagi menjadi perhatian ekoran dakwaan hubungannya dengan arkitek terkenal, Dato’ Raja Kamarul Bahrin.
Pertengahan tahun lalu, Abby turut dikaitkan dengan nama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Takiyuddin Hassan.
Namun, hubungan itu dikatakan tidak betahan lama apabila Dato’ Takiyuddin mendapat maklumat Abby mempunyai hubungan lain yang lebih ‘istimewa’.
Lebih menimbulkan persoalan, Abby Abadi dilihat bersama Raja Bahrin di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kunjungan pelakon Gerak Khas itu dalam siri program politiknya bersama PAS ke Terengganu turut disambut Raja Bahrin.

Ikuti lagi DISINI

Hadi Awang Tak Faham Demokrasi, Malu Ar


Pelik kan! Punya la lama dah berkecimpung dalam politik, masih tak faham lagi.adeehh!! Apa la nak pusing-pusing. Ituah namanya demokrasi. Majoriti yang akan memerintah.

Tiba-tiba Hadi Awang nak bangkit semula isu  yang didakwa BN telah merampas Negeri Perak selepas PRU 12 tempohari. Hadi Awang tak faham la sistem demokrasi. Kalau majoriti kerusi DUN dah memihak kepada BN, sudah tentulah BN yang akan memerintah. Wakil Rakyat Pakatan Rakyat yang beralih menyokong BN, nak buat macamana. Terima la dengan hati terbuka. Ini la namanya cerdik buah pelior..heee

80 Jenis Elaun Kakitangan Awam Dikaji Semula



Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini.
Beliau berkata, kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat terus terbela dan akan menjadi berita gembira yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.
Katanya, pelbagai persoalan dan permintaan daripada kalangan penjawat awam yang inginkan kemunasabahan termasuklah status gred, status perjawatan kontrak, pelbagai elaun termasuklah perumahan dan tuntutan perjalanan telah diajukan semenjak beliau dilantik memegang jawatan itu.
"Kesemua ini adalah termasuk daripada jumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang akan dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun. Bukan itu sahaja gaji yang statik turut juga akan dikaji dan diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang bersama ketua-ketua kampung dan penduduk Kampung Sg Labu di sini hari ini.
Terdahulu beliau turut menjawab soalan dan kemusykilan penjawat awam dalam satu sesi dialog pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam. Lebih 1,000 penjawat awam hadir pada majlis itu.
Ali berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi perkhidmatan penjawat awam, namun mengingatkan mereka supaya tidak mudah berpuas hati tetapi sentiasa berusaha membuat penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Katanya, penjawat awam adalah pemelihara kepentingan awam dan sehubungan itu perlu mematuhi semua undang-undang, peraturan, arahan atau prosedur dan kegagalan berbuat demikian akan membolehkan tindakan tatatertib diambil mengikut Peraturan Peraturan Awam 1993 ataupun Akta Rahsia Rasmi 1972.
Selain itu, katanya, satu daripada elemen penting bagi menjamin kemajuan perkhidmatan awam adalah hubungan baik dan saling memahami antara majikan dan pekerja yang harus terus dipupuk.
"Konsep Masyarakat Penyayang perlu wujud... sikap prihatin ketua jabatan (dengan pekerja bawahan) akan menimbulkan keseronokan bekerja yang akhirnya meningkatkan kecekapan dan produktiviti perkhidmatan awam," katanya.
Beliau yang berkesempatan melawat beberapa projek pembangunan di Labuan turut melahirkan kepuasan hati dengan kemajuan projek yang menurut beliau akan memberi impak positif kepada rakyat. - Bernama

PANAS! Majis Syura Minta Maaf Pada Ustaz Nasharuddin


Apa la cerita Majlis Syura PAS ni. Dah pecat Ustaz Nasha, baru nak panggil bincang. Adeeh!! Pening-pening..patutnya panggil bincang dulu, baru la buat keputusan. Tak beri peluang langsung Ustaz Nasha untuk membela diri.

Persoalannya kenapa sekarang? Bila dah mendapat tentangan daripada ahli PAS, baru la nak menggelabah nak cari jalan putar balik ke belakang. Apa barang! Heee..

RM200 Ribu, Jawatan MB – ‘Ayat’ ADUN Ladang Pikat Isteri Orang



Seperti yang dijanjikan, TT akan mendedahkan bagaimana ADUN PAS Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar menjalin hubungan ‘istimewa’ dengan isteri orang, Aida Tengah.
Sejak terjalin hubungan itu, isteri Mohd Apandi Abdullah pun bercakap macam orang politik, berbelit-belit dan selalu mencipta alasan pelik. Bila ditanya alasan untuk keluar, “keluar jumpa kawan” – itulah jawapan Aida kepada suaminya.
Alasan keluar jumpa kawan itu pernah kantoi apabila Apandi melihat kereta isterinya (Honda Stream) berada di kawasan rumah Tengku Hassan di Padang Negara, Kuala Terengganu.


Ketika ditemui krew TT, Apandi menceritakan, “Suatu hari, kalau tak silap hari Selasa, aku lalu dihadapan rumah YB, aku terkejut melihat kereta Aida berada di situ, masa tu pukul 11.00 pagi”

Ditanya TT adakah ketika itu rumah YB berkenaan ada orang lain, dia menggeleng kepala dan kemudian memberitahu pagar dan pintu rumah tersebut tertutup rapat dan tidak ada kenderaan lain di perkarangan rumah pemimpin PAS berkenaan, selain kereta milik YB tersebut.
Bagi mendapatkan kepastian, Apandi bertanya kepada isterinya, kenapa keretanya berada di rumah wakil rakyat PAS itu.
Aida menjawab, dia meminta YB berkenaan menandatangani satu borang pinjaman. Aida menjelaskan kepada suaminya bahawa YB suruh dia datang ke rumah YB  sebab cop YB tertinggal di rumah.
Kata Apandi “belum bercerai pun mereka dah berkasih (bercinta) dah….”
Aida juga memberitahu suaminya, ADUN PAS Ladang menawarkan wang tunai RM200 ribu dan jawatan sebagai Setiausaha kepada Aida sekiranya Tengku Hassan menjadi Menteri Besar Terengganu kerana pemimpin PAS itu sedang ‘gila’ dengan jawatan itu.
Apandi bertanya, untuk apa RM200 ribu. Isterinya menjawab sebagai modal perniagaan. Gembira atau curiga? Apandi bertanyakan perkara berkenaan kepada Tengku Hassan sendiri tentang RM200 ribu.
ADUN Ladang itu memberitahu, beliau tiada duit sebanyak itu dan kelihatan cuba melarikan diri dengan alasan terpaksa pergi solat jenazah.
Adakah tawaran RM200 ribu itu modal perniagaan atau duit untuk memikat hati Aida, atau ada ‘upah’ lain?

Sumber

PANAS! ADUN Pas Ladang Mengurut Dengan Isteri Orang



Kisah Adun Ladang ( PAS ), Kuala Terangganu Dato' Tengku Hassan Tengku Omar yang disyaki berzina dengan isteri penyokong sendiri, kini panas kembali apabila Suami kepada Aida Tengah, Mohd Apandi Abdullah tampil menceritakan keburukan yang di lakukan Adun berkenaan.

ADUN Pas Ladang, Kuala Terengganu, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar menjadi punca perceraian antara Mohd Apandi Abdullah dengan isterinya, Aida Tengah. 

Apandi mula curiga dengan kelakuan isterinya apabila dia kerap kali berkunjung ke rumah wakil rakyat Pas itu di Padang Negara, Kuala Terengganu walaupun selepas kematian isteri wakil rakyat Pas itu. 

Tujuannya untuk mengurut! Rakaman suara bersama Apandi menceritakan, pernah satu ketika dia tertidur kerana menunggu isterinya yang mengurut Dato’ Tengku Hassan. 

Mengurut apa lama sangat? Sampai si suami yang tunggu si isteri tertidur… Itulah titik-titik hitam yang menjadi punca perceraian antara Apandi dan Aida. ikuti pendedahan seterusnya bermula esok di Terangganu Today

Jangan Jadikan Malaysia Dataran Tahrir, Komen Najib



Perangai Pakatan Rakyat. Kalau rasa dah nak kalah. Mula la nak mulakan huru hara. Mula la reka cerita nak tutup malu. Kalau rasa dah kalah, mengaku aje lah. Rakyat dah muak dengan sikap Pakatan Rakyat yang tak mahu terima kekalahan..adeeeh!

Perdana Menteri menasihatkan pihak pembangkang agar tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka tewas dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) yang bakal diadakan nanti.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembangkang perlu menerima keputusan PRU-13 itu nanti dengan terbuka dan menghormati keputusan rakyat kerana ia adalah satu daripada prinsip penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.

"Kita mesti terima apa jua keputusan rakyat, kalau dia (pembangkang) percaya pada demokrasi, dia tidak boleh menolak sesuatu yang diputuskan oleh rakyat.

"Kalau kita menyanjung prinsip demokrasi berparlimen, itulah hakikatnya," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, di sini, Jumaat.

Najib berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa rakyat agar memandang serius ancaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menjadikan Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir di Kaherah, Mesir sekiranya hasrat beliau menjadi perdana menteri tidak kesampaian pada pilihan raya umum nanti. (mStar Online)

Gangnam Style Ala Asia One News Portal Singapura Sindir Kerajaan BN


Adeehh! Teman sebenarnya malas nak ambik port pasal cerita-cerita wartawan ni. Teman pun bukanlah wartawan pun. Hanya penulis picisan yang suka-suka. Cuma teman pun hairan kadang-kadang ada wartawan tak buat "homework" atau sengaja untuk menimbulkan persepsi dan pandangan negatif pada sesuatu isu. Pada pandangan teman apa yang ditulis oleh wartawan asiaone.com mengenai isu Psy Gangnam Style di Pulau Pinang, adalah bersikap berat sebelah. Lebih menumpukan kesalahan di bahu Kerajaan BN. Apa tidaknya sebab dia sokong DAP..adeeess..

Jika diperhatikan, penulis ini sendiri mengakui kehadiran Psy ke Pulau Pinang adalah ditaja oleh sebuah syarikat swasta. Ok Fine..Tapi mengapa pulak mempertikaikan mengenai pembaziran Kerajaan BN menjemput Psy ke Pulau Pinang? Teman pun naik pening. Heran bin ajaib! Macam tunggang langgang la maksudnya. Sekejap kata ditaja syarikat swasta, tapi sekejap kata kerajaan BN membazir duit negara untuk membayar Psy. Yang mana satu ni! Bazir ke tak terpulang kepada syarikat tu, suka hati dia la nak sponsor sesiapa pun. Yang mike dengki tu apa pasal?

Then, pesanan teman pada penulis ni, Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang tersebut adalah sambutan perayaan, Its not politics. You should do your definition accurately, not to hentam ikut your perceptions. Lagi  satu teman nak bagi tau pada penulis ni, tak kira la penulis asal atau pun yang tukang translate, do your homework der! Mengapa Ubah Rocket Style yang DAP buat sebelum ini tak dipertikaikan oleh penulis. Thats "totally politics" dan membazir. Apa cer? Cer story sikit atau ada udang sebalik batu?

Beza Psy Gangnam Style Dengan Ubah Rocket Style


Hah! Ini teman nak bagi tau sikit la. DAP ni asyik kecoh-kecoh pasal kehadiran Psy Gangnam Style ni apa hal! Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang pada 11 Februari terbuka, jadi siapa tak suka, tak usah datang.

Bak kata DS Najib, majlis tersebut bertujuan baik untuk meraikan perayaan yang sangat bermakna khususnya di kalangan orang Cina. "Kita tidak pernah halang apa-apa (yang Pakatan) nak buat majlis. Bila kita nak buat majlis, dia nak buat macam-macam halangan seperti nak turun poster 1Malaysia. Gambar saya pun diturunkan," 

Teman nak tanya jugak, DAP buat Ubah Rocket Style tak siapa kecoh pun. Tiru pulak Psy Gangnam Style. Itu apa cerita? Dengki je lebih..Adeess...

Friday, 8 February 2013

Berita Baik Bagi Orang Tasek Gelugor



Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) mengenal pasti sebidang tanah seluas 100 hektar di Ara Kuda, Tasek Gelugor dekat sini bagi membolehkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dibina di situ.
Pengerusi Perda Datuk Azhar Ibrahim berkata pihaknya sedang berunding dengan PR1MA bagi membolehkan projek perumahan rakyat itu dibina dalam tempoh terdekat demi kepentingan rakyat Pulau Pinang.
"Berapa unit dan bila akan mula dibina masih dalam perbincangan kerana ia bergantung kepada pihak PR1MA untuk memutuskannya. Perda terlibat dalam urusan jual beli tanah sahaja," katanya selepas melancarkan fasa kedua Taman Panchor Utama, di sini Jumaat.
Turut hadir Pengurus Besar Perda Saringat Hassan.
Sementara itu, Azhar berkata 140 unit rumah pelbagai jenis akan dibina menerusi projek bernilai RM17 juta itu dan ia dijangka siap sepenuhnya pada April tahun depan.
Katanya semua rumah yang dibina Perda termasuk lebih 11,000 unit sejak beberapa tahun lepas lebih murah berbanding harga pasaran.
"Setiap unit rumah berharga antara RM170,000 dan RM200,000 dan ia jauh lebih murah daripada harga pasaran dan harga yang ditawarkan kerajaan negeri Pulau Pinang," katanya.
Dalam perkembangan lain, Azhar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah membentangkan belanjawan bagi membina 18,000 unit rumah mampu milik pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lepas.
"Saya pelik macam mana beliau mahu bina 18,000 unit rumah mampu milik dengan kos RM500 juta sedangkan perkara itu tidak pernah dibentangkan pada Persidangan DUN, sepatutnya ia perlu mendapat kelulusan dewan terlebih dahulu sebelum melaksanakannya.
"Selama lima tahun memerintah Pulau Pinang tiada sebuah rumah pun kerajaan negeri bina, bila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) datang negeri ini dan umum nak bina 20,000 PR1MA barulah dia (Lim) pun kalut," katanya.
Azhar berkata tindakan Lim mengumumkan pembinaan rumah mampu milik itu adalah gimik politik sahaja kerana pilihan raya umum sudah makin hampir.
"Janji nak mansuhkan tol 50 sen di Tol Sungai Nyior pun tak boleh buat lagi sampai sekarang, inikan pula nak bina rumah untuk rakyat di negeri ini, itu semua hanya gimik politik dan janji kosong mereka sahaja," katanya.BERNAMA

BONGKAR : Cina DAP Sabotaj Kilang Melayu



Teman pun heran kenapa la dengki sangat dengan Kilang Lynas di Gebeng tu. Pakar-pakar sendiri dah mengakui Kilang Lynas tidak mengancam dan mencemar alam sekitar. Malah sebaran radiasi adalah bertahap paling selamat. Teman fikir punya fikir barulah teman tahu puncanya.

Kilang Lynas sebenarnya dimonopoli oleh pekerja-pekerja Melayu hingga pengurusan atasan pun adalah majoriti orang Melayu. Jadi Cina DAP ni memang tak puashati Melayu menguasai Kilang-kilang besar. Cina DAP ni nak Melayu jadi kuli batak aje. Sebab itulah puak-puak Cina DAP  nak ugut bakar Kilang Lynas tu. Tak mahu bagi peluang pekerjaan kepada orang Melayu. Itu aje niat deme ni.

Orang Melayu tak pernah pun mengugut untuk membakar kilang-kilang yang dimiliki orang-orang cina walaupun orang Melayu hanya boleh menjadi kuli semata-mata. Hingga gaji pun tak sama dengan pekerja bangsa cina walaupun jawatan yang sama. Apa cerita? Kalau berani cuba lah bakar, teman nak tengok..

PANAS : Hairie Othman Ustaz Sesat PAS, Hina NIk Aziz


Inilah seorang artis yang tak ada asas agama. Tiba-tiba masuk PAS dapat gelaran Ustaz Segera PAS. Kira dah masuk Islam la kot. Sepatutnya tunjuklah bahasa yang bersopan la sikit. Kalau nak menyokong sangat pun, jangan la sampai jadi bodoh. 


Ini lagi sekor Ustaz Segera PAS yang cakap tak serupa orang Islam. Hairie yang jadi ustaz yang dikurniakan Nik Ajis, cakap macam orang bodoh. Sokong tak bertempat. Mulut tak ada insuran. Baru berjinak-jinak dalam politik, memandai-mandai macam beruk berak kapur. Nik Ajis yang ajar Hairie jadi macam ni la kot. Anak murid menggambarkan bagaimana Tok Gurunya mengajar. Kan..kan..Kesian Nik Ajis, dapat anak murid hina Tok Guru sendiri..Adeesss..

PANAS! Pakatan Rakyat Akui Kalah PRU 13


Cerita nak huru harakan negara oleh Pakatan Rakyat sengaja dimainkan sebab deme dah tau akan kalah teruk dalam Pilihanraya ke 13 nanti. Macam-macam la deme cakap. Modal yang sama juga la yang deme pakai. Penipuan dan pengundi hantu.

PR mengetahui tsunami 2008 tidak akan berlaku lagi pada Pilihanraya kali ini. Jadi sebagai senjata menutup kemaluan pemimpin sendiri, dicanangkan akan mengadakan demontrasi besar-besaran membantah kemenangan BN nanti dengan alasan pengundi hantu dan segala bagai yang deme reka cipta. Bagi rakyat yang mudah terpengaruh, akan bersetuju la dengan perosak negara ini.

PR seharusnya menghormati keputusan rakyat kerana ia adalah satu daripada prinsip penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini. Begitu juga kepada rakyat Malaysia supaya memahami sistem demokrasi negara sendiri...

Wajah-Wajah Pendatang Yang Patut Kome Tengok Weh!


Pendatang asing weh! Patut la semacam je. Teman ingatkan deme ni anak jati malaya, rupanya pendatang asing jugak. Macam alien..kehkeh..

BREAKING NEWS: Pegawai Khas Ronniie Liu Letak Jawatan



Weh! Apa cerita nih! Pegawai Khas kepada Exco Selangor, Ronnie Liu umum meletakkan jawatan atas alasan sudah tidak tahan dengan sikap hipokrit dan dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan pemimpin kerajaan negeri itu.

Jafrei Nordin berkata, tindakan Ronnie yang mengambil langkah berdiam diri dan tidak menjawab pelbagai tuduhan rasuah menimbulkan banyak persoalan dan membuatkan dia hilang kepercayaan.

Baru mike tau ke? Adeeh! ..itu la sikap deme ni..Banysk sangat seleweng dari yang betul..heee

Pencalonan Anugerah Perdana Belia Negara 2013


Kementerian Belia dan Sukan menjemput belia mengemukakan pencalonan Anugerah Perdana Belia Negara 2013 bagi kategori:

Anugerah Perdana Belia Negara (Lelaki)
Anugerah Perdana Belia Negara (Wanita)
Anugerah Perdana Belia Negara (Inovasi)

Pemenang akan menerima trofi, sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah RM20,000.00

Anugerah Belia Negara telah mula diperkenalkan pada tahun 1988. Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi perhargaan kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia Malaysia dalam pelbagai bidang.

Anugerah ini dinamakan Anugerah Perdana Belia Negara bagi meraikan kejayaan belia yang menunjukkan potensi diri yang cemerlang serta menunjukkan kepada masyarakat sumbangan belia ke arah  pembangunan negara.

TERMA & SYARAT
  1. Calon mestilah warganegara Malaysia
  2. Berumur dari 15 hingga 40 tahun pada 15 Mei 2013.
  3. Pemohon wajib mengemukakan perkara-perkara berikut :
i.   Borang pencalonan
ii.  Resume
iii. Kad pengenalan
iv. Sijil / Dokumen pencapaian
v.  Surat akuan/gambar/dokumen/sokongan
vi.  Laporan ringkas pencapaian/sumbangan

vii.  Dokumen-dokumen lain/sijil yang boleh menyokong pencalonan anda.


Borang pencalonan boleh dimuat turun dari http://www.kbs.gov.my.  Borang pencalonan yang lengkap boleh dihantar sebelum atau pada 11 Mac 2013 melalui email kepadaapbn@kbs.gov.my atau faks ke 03-8888 8761 atau  melalui pos ke alamat:-
Urusetia Anugerah Perdana Belia Negara
Jabatan Belia dan Sukan Negara

Aras 11, Menara KBS, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 PUTRAJAYA


Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-88713265/3271/3287/3277

Gangnam Style Ala PKR, Nik Aziz Suruh Tutup Aurat Der!


Teman pun heran jugak bila Nik Ajis suruh Psy Gangnam Style menutup aurat bila buat persembahan nanti di Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang. Nik Ajis ni tau ke tak Psy ni lelaki. Main hentam kromok jew!

Tapi bila PKR buat Gangnam Style di Kulim tempohari, tak pulak Nik Ajis keluar fatwa suruh tutup aurat. Tak ada la pulak lebai-lebai PAS melalak kata haram dan segala bagai yang seperti deme cakap pada Majlis BN. Lagi terlopong mulut-mulut lebai PAS ada la, meleleh air liur basi tengok Gangnam Style ala PKR di Kulim tu. Gedik-gedik perempuan buat persembahan terbuka atas bawah Apa macam? Cuba try test tengok. Ada bran?

PANAS! Ahli Patologi Dr Pornthip Dapat Ugutan Bunuh


Adeeh! kalau ada sahaja orang mati, confirm Pakatan Rakyat akan mengambil kesempatan untuk dijadikan isu poitik. Asal orang mati je, salah UMNO. Rendahnya mentaliti pemimpin Pakatan Rakyat. Dah tak cukup orang hidup yang diperjuangkan nasib deme ni. Banyak dah kisah orang mati yang dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat. Dari isu Teng Beng Hock hinggalah isu kematian sekeluarga yang membunuh diri di Pengerang.

Ini satu lagi contoh kes kematian yang mahu dipolitikkan oleh Pakatan Rakyat. Isu kematian Sugumar yang didakwa dipukul oleh polis hingga mati. Sampai nak paksa Polis arah Hospital buat bedah siasat kali kedua. Masih tak percayakan pakar-pakar di Hospital negara ini, nak panggil pulak  ahli patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand. Ingat lagi kan..yang dia dakwa dapat ugutan bunuh tu masa siasatan kes Teng Beng Hock. Ish.ish..lagi pening..Ini pulak tak ada ugutan bunuh lagi kew?heee..

BONGKAR! ADUN PAS Rampas Isteri Orang



Berita perbuatan 'tidak senonoh' ADUN PAS Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar yang didakwa merampas isteri penyokongnya bukan lagi menjadi santapan telinga di kedai-kedai kopi, malah sudah menjalar masuk 'online'. 

Berikutan itu, satu pertemuan telah diadakan antara mangsa yang dikenali sebagai Fendi dengan beberapa rakan blogger. Dalam pertemuan itu mangsa telah menceritakan bagaimana dia mengenali Dato' Tengku Hassan. 

Fendi mula mengesyaki hubungan sulit YB PAS itu dengan bekas isterinya apabila melihat kereta kepunyaan bekas isterinya diletakkan di garaj rumah wakil rakyat itu. 

Dari situ bermulalah kisah titik-titik kehancuran mahligai rumah tangga yang beliau dirikan.


Namun semakin hari YB semakin kerap meminta beliau membawa bekas isterinya ke rumah YB atau YB sendiri telah datang ke rumah beliau. 

Pernah kerana terlalu lama mengurut, beliau tertidur di ruang tamu rumah YB. Apa sebenarnya yang berlaku?? Mengurut atau apa???

Ikuti kisah selanjutnya bagaimana pertemuan sulit yang diadakan di Kuala Lumpur antara bekas isterinya dan YB dengan alasan perniagaan. 

Juga benarkah Tengku Hassan menawarkan modal berjumlah RM200 ribu untuk menjalankan perniagaan MLM sebagai gula-gula untuk memikat hati isteri mangsa?

Ikuti seterusnya DISINI

ADUN PKR Kota Damansara Miliki Kompleks Muhibbah Petaling Jaya?


Macam ni lah puak-puak Pakatan Rakyat. Selagi boleh disapu, hentam aje. Kerajaan BN dituduh kroni dan rasuah dan segala bagai tuduhan dan fitnah ikut suka hati mak bapak deme je. Ini ada satu persoalan yang perlu dijawab khususnya ADUN PKR Kota Damansara, YB Dr Nasir Hashim. Siapakah pemilik terkini Kompleks Muhibbah Petaling Jaya di Kota Damansara? 

Cuba meh jawab tengok. Senyap je kot. Mazidul Akmal Sidik ada ceritanya DISINI.

Lima ADUN DAP Gelabah Disaman RM25 Juta Kerana Fitnah


Lima ADUN pembangkang yang kini berdepan dengan tindakan mahkamah cuba menjadi hakim dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Speaker DUN Datuk R. Ganesan tidak ada asas undang-undang untuk menfailkan kes terhadap mereka.

Kelima-lima ADUN tersebut telah membuat satu sidang media hari ini berikutan laporan media meluas mengenai sama RM25 juta yang difailkan Ganesan terhadap mereka atas perbuatan menfitnah. 

Wakil rakyat DAP itu yang ternyata gelabah dengan tindakan undang-undang serta ingin menutup malu kerana membuat fitnah, menafikan bahawa mereka pernah mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah terhadap Ganesan.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang bertindak sebagai jurucakap dalam sidang media itu mendakwa beliau serta empat ADUN DAP yang dilibatkan dalam saman ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah Ganesan.

Beliau yang juga ADUN Pantai Remis berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan di mahkamah untuk kes itu dibatalkan dengan kos ditanggung oleh Ganesan.

Sidang media yang diadakan di pejabat DAP Perak, turut dihadir Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar (ADUN Tronoh) dan Penolong Setiausaha Organisasi DAP Perak, A. Sivasubramaniam (ADUN Buntong) dan ADUN Sungkai, A. Sivanesan. 

Semalam Ganesan menfailkan saman malu terhadap lima ADUN pembangkang dan menuntut ganti rugi RM25 juta kerana membuat kenyataan fitnah kononnya beliau terlibat dengan skandal seks.

Selain Kor Ming, Sivakumar dan Sivasubramaniam, Ganesan turut menyaman Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang juga ADUN Setiawan dan ADUN Menglembu, Lim Pek Har.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Ganesan berkata, tindakan tersebut diambil bagi membersihkan namanya yang tercemar akibat difitnah pemimpin berkenaan dengan mengatakan terdapat video salah laku beliau. 

Ketika ditanya mengenai surat tuntutan kepada ke semua defendan yang diberikan Ganesan pada 15 Januari lalu untuk meminta mereka menarik balik dan meminta maaf kepadanya berhubung kenyataan fitnah yang dikeluarkan itu, Kor Ming enggan mengulas lanjut.

“Itu tidak payah komen, yang penting kita jawab tuntutan yang dia buat,” komenya ketika cuba mengelak dirinya terperangkap dengan soalan pemberita.

Sementara itu, Sivakumar menyifatkan tindakan Ganesan menyaman mereka berlima dibuat semata-mata untuk menutup mulut mereka daripada bercakap mengenai perkara itu pada kempen pilihanraya umum nanti. 

“Saya tidak terperanjat apabila Ganesan saman kami berlima yang ada pada sidang akhbar itu. Beliau memfailkan kes ini adalah bertujuan semata-mata untuk pilihanraya yang sudah semakin hampir.

“Jadi tindakannya (fail saman) akan sebabkan mana-mana pihak tidak boleh bercakap perkara itu . Ia untuk tutup mulut semua orang pada kempen nanti. Bagaimanapun, kami sudah berunding dengan peguam, kami akan pertahankannya,'' katanya.

Sumber

Nik Aziz Gesa Artis Korea ‘Psy’ Tutup Aurat



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menggesa artis sensasi Korea Selatan Psy agar ‘menutup aurat’ ketika mengadakan persembahan di majlis sambutan Tahun baru Cina pada 11 Februari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedatangan artis popular dengan lagu ‘Gangnam Style’ itu ke Malaysia kerana menyangkakan dia adalah seorang wanita.

Apabila dimaklumkan mengenai jantina penyanyi tersebut, Menteri Besar Kelantan itu lantas menukar kenyataannya dengan menyuarakan kebimbangan mengenai kandungan lagu-lagu yang bakal disampaikan.

Nik Aziz juga dilihat kebingungan bilamana dimaklumkan penyanyi tersebut berasal dari Korea sambil mempertikaikan bagaimana orang boleh mendengar lagu-lagu dalam bahasa yang mereka tidak faham.

Penulis tidak mempertikaikan pengetahuan Nik Aziz mengenai artis popular tersebut, kerana menghormati status ‘ulama’ dikalungkan oleh pengikut Pas kepadanya. Namun apa yang dikesalkan bilamana beliau cuba ‘berlagak pandai’ mengeluarkan pandangan terhadap isu yang beliau sendiri tidak tahu.

Walaupun perkara yang dibangkitkan ini hanyalah merupakan ‘isu terpencil’ namun ia secara tidak langsung membuktikan adalah tidak mustahil untuk dirinya tersilap mengeluarkan pandangan terhadap isu-isu lain. Ini kerana, dengan kejadian ini wujud kebarangkalian untuk dirinya melakukan perkara yang sama dalam ‘memberi pandangan’ tanpa mengetahui duduk sebenar satu-satu perkara.

Ini kerana, sebagai seorang pemimpin yang diangkat ke taraf ‘ulama’ oleh pengikut Pas, pandangan Nik Aziz adalah merupakan satu fatwa yang WAJID dipatuhi oleh ahli, pengikut dan penyokong tanpa sebarang persoalan.

Sebagai contoh, lihat sahaja fatwa yang dikeluarkan oleh Hadi Awang sebelum ini. Ekoran ‘terkhilaf’ dalam memberikan pandangan, ia telah mengakibatkan ketabsuban pengikut di Kedah sehingga sanggup menyerang pihak berkuasa dengan senjata yang akhirnya membawa kepada tragedi berdarah di Memali.

Disebabkan tragedi itu, Hadi Awang sehingga sekarang ‘takut’ untuk menarik semula amanat yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Walaupun majoriti rakyat mendesak, Hadi tetap berkeras untuk mempertahankan amanat tersebut.

Ini kerana beliau sedar, sekiranya amanat tersebut ditarik kembali, ia secara tidak langsung membuktikan kenyataannya sebelum ini tersilap dan bakal menyebabkan dirinya dipersoal dan dipersalahkan.

Tidak cukup dengan itu, sudah pasti waris mangsa Memali akan menuntut Hadi Awang untuk bertanggungjawab ke atas mereka yang terkorban di dalam tragedi berdarah itu. Penarikan amanat itu, akan menyebabkan status ‘syahid’ mangsa juga boleh dipertikaikan. Ini kerana disebabkan amanat itu telah menyebabkan ramai wanita menjadi balu, anak-anak menjadi yatim dan piatu serta yang paling menyedihkan wang derma yang dikutip atas nama mereka ‘hilang’ dan dilesap begitu sahaja.

Kesimpulannya inilah natijah dan bahaya yang menimpa sekiranya pemimpin politik diangkat sebagai ‘ulama’ dan tersilap dalam memberikan pandangan. Lebih malang lagi, bila mana pandangan yang silap itu diangkat sebagai ‘fatwa’ dan diikuti dengan membabi buta oleh para pengikut yang taksub.

Suara Generasi Baru

Tiga Individu Ditahan Mengikut Akta Kesalahan Keselamatan



Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat, seorang lelaki dan wanita ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.

Polis Bukit Aman dalam satu kenyataan berkata, ketiga-tiga suspek ditahan di bawah Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.

"Ketiga-tiga mereka disyaki menjadi dalang utama dalam merekrut beberapa rakyat Malaysia bagi tujuan aktiviti keganasan," demikian menurut kenyataan ringkas itu.

Polis bagaimanapun tidak menyiarkan nama tahanan terbabit.

Namun, difahamkan salah seorang daripada mereka adalah Yazid yang pernah ditahan dibawah ISA pada Disember 2001 kerana didakwa terlibat dengan rangkaian Jemaah Islamiah dan dibebaskan tujuh tahun kemudian.

Seorang lagi lelaki yang ditahan dipercayai pekerja Yazid, dikenali sebagai Mohd Hilmi Ahsin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu pemberita bahawa ketiga-tiga mereka disyaki terbabit dengan aktiviti keganasan dan disifatkan sebagai ancaman peringkat tertinggi.

"Kami percaya mereka ada kaitan dengan aktiviti keganasan," katanya selepas menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada kakitangan kementerian itu.

Sumber