Pages

Friday, 8 February 2013

Lima ADUN DAP Gelabah Disaman RM25 Juta Kerana Fitnah


Lima ADUN pembangkang yang kini berdepan dengan tindakan mahkamah cuba menjadi hakim dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Speaker DUN Datuk R. Ganesan tidak ada asas undang-undang untuk menfailkan kes terhadap mereka.

Kelima-lima ADUN tersebut telah membuat satu sidang media hari ini berikutan laporan media meluas mengenai sama RM25 juta yang difailkan Ganesan terhadap mereka atas perbuatan menfitnah. 

Wakil rakyat DAP itu yang ternyata gelabah dengan tindakan undang-undang serta ingin menutup malu kerana membuat fitnah, menafikan bahawa mereka pernah mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah terhadap Ganesan.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang bertindak sebagai jurucakap dalam sidang media itu mendakwa beliau serta empat ADUN DAP yang dilibatkan dalam saman ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah Ganesan.

Beliau yang juga ADUN Pantai Remis berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan di mahkamah untuk kes itu dibatalkan dengan kos ditanggung oleh Ganesan.

Sidang media yang diadakan di pejabat DAP Perak, turut dihadir Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar (ADUN Tronoh) dan Penolong Setiausaha Organisasi DAP Perak, A. Sivasubramaniam (ADUN Buntong) dan ADUN Sungkai, A. Sivanesan. 

Semalam Ganesan menfailkan saman malu terhadap lima ADUN pembangkang dan menuntut ganti rugi RM25 juta kerana membuat kenyataan fitnah kononnya beliau terlibat dengan skandal seks.

Selain Kor Ming, Sivakumar dan Sivasubramaniam, Ganesan turut menyaman Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang juga ADUN Setiawan dan ADUN Menglembu, Lim Pek Har.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Ganesan berkata, tindakan tersebut diambil bagi membersihkan namanya yang tercemar akibat difitnah pemimpin berkenaan dengan mengatakan terdapat video salah laku beliau. 

Ketika ditanya mengenai surat tuntutan kepada ke semua defendan yang diberikan Ganesan pada 15 Januari lalu untuk meminta mereka menarik balik dan meminta maaf kepadanya berhubung kenyataan fitnah yang dikeluarkan itu, Kor Ming enggan mengulas lanjut.

“Itu tidak payah komen, yang penting kita jawab tuntutan yang dia buat,” komenya ketika cuba mengelak dirinya terperangkap dengan soalan pemberita.

Sementara itu, Sivakumar menyifatkan tindakan Ganesan menyaman mereka berlima dibuat semata-mata untuk menutup mulut mereka daripada bercakap mengenai perkara itu pada kempen pilihanraya umum nanti. 

“Saya tidak terperanjat apabila Ganesan saman kami berlima yang ada pada sidang akhbar itu. Beliau memfailkan kes ini adalah bertujuan semata-mata untuk pilihanraya yang sudah semakin hampir.

“Jadi tindakannya (fail saman) akan sebabkan mana-mana pihak tidak boleh bercakap perkara itu . Ia untuk tutup mulut semua orang pada kempen nanti. Bagaimanapun, kami sudah berunding dengan peguam, kami akan pertahankannya,'' katanya.

Sumber

No comments:

Post a Comment