Pages

Friday, 22 March 2013

U Ulang I Saman! I Saman! U Ulang! Apa Macam?



Adeeh! Macam mana nih! U Ulang, I Saman, I Saman, U Ulang! Ok tak! Baru la fair and square. Patut-patut la, Ingat dia sorang je boleh buat macam-macam. orang lain tak boleh! Semua video dah nak keluar! Warna lagi tu! Apa macam? Sandiwara jugak kah? heee

Menurut laporan Utusan,

Menurut Rahim, Datuk Shazryl Eskay memberitahu beliau bahawa dia telah diekori dan dihubungi oleh beberapa orang individu yang tidak kenali yang meminta beliau agar menandatangani satu surat pengakuan sumpah, bahawa video tersebut hanyalah satu konspirasi dari pihak tertentu.

“Cerita Datuk Eskay pada saya, beliau telah diekori dan dihubungi oleh beberapa individu yang tidak dikenali untuk tukar pengakuannya. Kata Datuk Eskay, individu tersebut cuma mahu dia menandatangi satu surat yang telah pun disiapkan untuk menukar dakwaannya tentang video seks tersebut.

“Ceritanya lagi pada saya, jika dia menandatangani surat pengakuan sumpah tersebut, dia boleh sebut berapa sahaja jumlah wang yang dia mahu sebagai imbuhan dan wang itu akan dimasukkan ke dalam akaunnya baik di dalam ataupun di luar negara,” jelas beliau dalam satu sidang media yang diadakan di bangunan Risda Jalan Ampang di sini hari ini.

Sidang media tersebut pada awalnya dijadualkan diadakan bersama dengan Datuk Shazryl Eskay namun di atas faktor-faktor keselamatan, beliau dinasihatkan untuk tidak hadir di dalam sidang media itu.

Bagaimanapun Rahim memberitahu, setakat ini hanya Datuk Eskay sahaja yang dihubungi oleh individu tersebut manakala beliau dan Datuk Shuib Lazim masih tidak mendapat tawaran sebegitu dari mana-mana pihak berhubung pendedahan video seks tersebut.

Seterusnya, beliau menegaskan bahawa cubaan pihak tertentu untuk memujuk dengan menawarkan imbuhan sejumlah wang yang besar itu adalah satu perbuatan yang sia-sia kerana beliau, Datuk Shazryl Eksay dan juga Datuk Shuib Lazim tidak akan berganjak dari kenyataan mereka sebelum ini.

“Saya nak nasihatkan mereka jangan buang masa. Apa yang kami dedahkan itu adalah satu perjuangan dan pengorbanan kami bertiga dan ianya bukanlah untuk dijual beli. Kami hanya mahu menegakkan kebenaran.

“Kami bukan seperti sesetengah orang yang boleh membuat u –turn dengan menjual harga diri mereka. Melihatkan dengan usaha intensif sesetengah pihak ini untuk memujuk Trio Dato T, khususnya Datuk Eskay, maka saya mengadakan sidang akhbar ini untuk mendedahkan modus operandi mereka,” tegasnya.

Beliau hari ini sekali lagi mengulangi kenyataan, bahawa beliau, Datuk Eksay dan Datuk Shuib menegaskan bahawa Anwar Ibrahim adalah individu yang terlibat di dalam video tersebut.

“Video tersebut sudah kita hantar kepada beberapa pakar untuk diperiksa baik di dalam mahu pun di luar negara untuk membuktikan video tersebut adalah tulen, bukannya diedit dan sebagainya. Jika sebelum ini Anwar berkata, U Ulang I saman, maka hari ini saya nak ulang sekali kenyataan kami sebelum ini, bahawa beliaulah individu di dalam video tersebut.

“Dan jika Anwar mahu menyaman kami dipersilakan dan sekiranya ini berlaku, maka kita mempunyai peluang untuk menegakkan kebenaran tentang siapa fitnah siapa dalam isu video seks ini di dalam mahkamah,”akhiri beliau. (UTUSAN)

No comments:

Post a Comment