Pages

Wednesday, 6 March 2013

U Tanya, I Saman U, Ada Bran?


APA kerja wartawan?  Setahu penulis, cari dan tulis berita, termasuklah adakan temuramah dan tanyakan soalan.  Penulis tidak tahu ada kerja wartawan lebih lain dari itu.  Kalau ada berbeza pun, penulis yakin tidak jauh banyak dari yang disenaraikan di atas.

Maka itu tercipta dalam sejarah dunia kewartawanan negara ini bila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengugut untuk menyaman wartawan yang bertanya soalan mengenai penglibatannya dalam krisis di Sulu yang sedang berlangsung sekarang.

Kalau wartawan dah tak boleh tanya soalan, apa guna jadi wartawan?

Ironinya, inilah juga orangnya yang mempromosikan kebebasan media dan kebebasan bersuara yang jauh lebih baik di negara ini.  Cakap macam bagus, tapi baru wartawan tanya soalan, Anwar dah ugut nak saman.

Belum pun jadi Perdana Menteri, kalau dah jadi Perdana Menteri agaknya, Anwar akan arahkan polis untuk tembak wartawan berkenaan.  Cerita ini bukan mustahil, sebab Anwar ada sejarah dipenjarakan selama 6 tahun kerana mengarahkan polis supaya menangkap Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar pada tahun 1997 untuk menutup salah laku seksualnya.

Dalam masa yang sama, rakyat perlu menilai tindakan Anwar ini.  Apa tak cukup lagi ke hipkorasi dia ni?  Cakap bergegar-gegar pasal kebebasan bersuara dan kebebasan media, apa dia sendiri pun seboleh-bolehnya cuba menafikan hak bersuara orang lain, wartawan pulak tu!!

Anwar bukan bersendirian dalam hal ini, rakan subahatnya dalam Pakatan Rakyat, DAP juga mengamalkan politik diktator serta kuku besi bila berurusan dengan wartawan.  Sudah menjadi peraturan tetap di DUN Pulau Pinang, wartawan dari akhbar Utusan dihalang dari mengikuti persidangan DUN negeri tersebut.

Penulis tidak begitu terperanjat dengan DAP kerana dia adalah warisan PAP Singapura Lee Kuan Yew yang turut mengamalkan polisi kebebasan media terhad di negara pulau tersebut.

Tapi Anwar ni, sebab dia cakap banyak pasal kebebasan bersuara dan kebebasan media, hakikatnya, dia lebih teruk lagi.

Rekod Anwar menyaman media yang tak sebulu dengannya berderet dan terlalu panjang untuk diulas satu persatu.  Penulis pun tak tahulah macam mana dia kata akan bukan pintu kebebasan bersuara dan media seluas-luasnya, tapi dalam masa yang sama, dia sendiri pun tidak langsung membuktikan apa yang dia cakap (walk the talk).

Itupun samannya berpilih, kalau yang pro dia keluarkan kenyataan sama, dia tak saman, yang tak pro dia saja yang dia akan saman.  Dalam hal ini Utusan, NSTP dan TV3lah yang selalu jadi mangsa saman Anwar.

Kalau kebebasan media itu hanya kepada media yang pro dia saja, tidaklah itu dipanggil sebagai kebebasan media, tak  gitu Anwar?

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment