Pages

Sunday, 24 March 2013

Tanding Guna Tiket PAS: Umpama Badan Lembu Daging Khinzir


ADA macam-macam pandangan dan pendapat yang dilemparkan berikutan cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, Johor  dengan menggunakan tiket PAS dalam pilihanraya umum akan datang.

Sudah tentu di kalangan bongok-bongok dalam PAS, berita ini disambut dengan sorak gembira kerana kononnya menunjukkan bukti bahawa DAP tunduk di tangan PAS sehingga penasihatnya pun bertanding dengan menggunakan lambang parti tersebut.

Sementara di kalangan bongok-bongok DAP pula, keputusan ini menimbulkan persoalan mengenai kekuatan parti tersebut sehingga Kit Siang terpaksa bertanding dengan menggunakan lambang PAS.  Maklumlah, banyak disebut tentang kejayaan parti rasis tersebut dalam memenangi sokongan orang Melayu, tapi kenapa Kit Siang perlu bertanding atas lambang PAS?

Realitinya, orang Melayu waima dalam PAS dan PKR pun tidak boleh terima DAP.  Sebab itu kalau kita lihat bendera-bendera parti politik pembangkang yang bersepah sekarang, jarang yang kita boleh jumpa bendera DAP diletakkan sekali, biasanya hanya bendera PKR dan PAS sahaja, lebih lagi di dalam kawasan majoriti Melayu.

Malah ada kes dimana bendera DAP yang diletakkan pihak-pihak tertentu bersama-sama bendera PKR dan PAS, ditanggalkan tidak sampai 24 jam pun.

Sebab itulah agaknya Kit Siang bercadang memperalatkan PAS untuk bertanding di Gelang Patah dengan menggunakan tiket PAS.

PAS (bukan PKR) dipilih Kit Siang sebab parti ini memang bodoh dan ketandusan pemimpin.  Kita perlu ingat dalam pilihanraya umum 2008, PAS meletakkan Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket parti tersebut di Pasir Mas, walaupun tahu Ibrahim Ali tidak akan menyokong parti tersebut jika menang sekalipun!!

Itulah yang dibuat Ibrahim Ali sebaik menang pada 2008, mengisytiharkan dirinya sebagai calon bebas, meninggalkan PAS terkulat-kulat!!  Tapi macam biasalah, PAS masih dengan tak malu mengaku kemenangan itu adalah kemenangan mereka, dan sekarang sampailah giliran Kit Siang pula untuk mengambil kesempatan di atas ‘kecacatan’ PAS itu.

Rakyat diharapkan tidak terpedaya dengan taktik Kit Siang memperkudakan PAS ini.  Takde mananya PAS mengawal DAP sehingga Kit Siang bertanding dengan menggunakan lambang parti tersebut.  Itu gimik dan propa sahaja, bukan fakta yang sebenarnya.

Pembangkang nak kalah ni macam-macamlah taktik pelik-pelik dibuat untuk mengaburkan pandangan rakyat.

Mykmu.net


No comments:

Post a Comment