Pages

Wednesday, 27 March 2013

Pemergian Dr Uthman El-Muhammady Kehilangan Besar Buat Negara


Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kematian tokoh ilmuan Islam, Dr Uthman El-Muhammady pada malam Isnin sebagai kehilangan besar kepada negara dan umat Islam.

Perdana Menteri berkata sumbangan Allahyarham dalam dunia intelektual Islam begitu tinggi apabila menghasilkan banyak penulisan berkaitan ketamadunan Islam yang tersebar di seluruh dunia.

"Antara jasa semasa hayatnya, Allahyarham begitu konsisten, tegas dan sering mempersoalkan isu-isu semasa berkaitan fahaman sesat termasuk pluralisme," kata Najib dalam kenyataan malam Selasa.

"Saya mengucapkan takziah (buat keluarga) atas pemergian Dr Uthman El-Muhammady...Saya sekeluarga berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama para syuhada, solihin, sahabat dan para anbiya," katanya.

Uthman,70, yang juga Tokoh Maal Hijrah 2005 dan pakar dalam bidang pemikiran Islam, meninggal dunia malam Isnin di kediamannya di Persiaran Duta di sini. BERNAMA

No comments:

Post a Comment