Pages

Thursday, 14 March 2013

PANAS! Tian Chua Babi Akan Pupus!


Rasanya tiada tempat lagi untuk Naib Presiden PKR, Tian Chua untuk melarikan diri. Boleh dikatakan hampir setiap hari dia dikecam, dikutuk dan dihambur dengan maki hamun atas keceluparan mulutnya sendiri yang menghina pasukan keselamatan yang bersabung nyawa di Lahad Datu, Sabah.

Masyarakat Malaysia, dari segenap lapisan sama ada dari peringkat pemimpin tertinggi kerajaan BN, hinggalah ke peringkat rakyat biasa, semuanya mengecam Tian Chua semahu-mahunya.

Malah jika boleh, para pemimpin pembangkang pun mahu menghentam Tian Chua. Tapi mungkin takut pada Anwar dan risau namanya tidak disenarai sebagai calun PRU ke-13, mereka terpaksa berdiam diri dan mengutuk dari “belakang”…

Persoalannya, di celah-celah cemuhan yang dihadapi Tian Chua itu, masihkah Naib Presiden itu “bermimpi” untuk dicalonkan sebagai Ahli Parlimen atau ADUN pada PRU ke-13 nanti?

Dia sekarang berstatus Ahli Parlimen Batu dan apakah dia akan mempertahankan status tersebut pada PRU ke-13 kelak?

Kalau pun dia tercalon di situ nanti, apakah rakyat Malaysia di parlimen itu akan “senang hati” memberikan undi padanya seperti mana dulu pada tahun 2008?

Saya tertanya-tanya, selain dikecam bertubi-tubi, Anwar Ibrahim selaku ketuanya langsung tidak bersuara mempertahankan Tian Chua mahupun “tumpang sekaki” menghentam Naib Presiden partinya itu.

Apakah Anwar diam “tanda setuju” dengan kenyataan Tian Chua itu? Maksudnya Anwar setuju bahawa pasukan keselamatan negara sengaja menggadai nyawa mereka untuk menjayakan “sandiwara” di Sabah?

Kalau Anwar sanggup mengeluarkan kenyataan membela rejim Zionis Yahudi Israel tempohari, mengapa dia tidak memberi komen terhadap insiden di Lahad Datu?

Atau Anwar sendiri terkapai-kapai menepis dakwaan yang mengaitkannya dengan gerakan konspirasi yang dikatakan berkait rapat dengan sekutunya, Nur Misuari yang sememangnya dibenci oleh masyarata Tausug di Filipina?

Orang seperti Anwar dan Tian Chua inikah yang diharapkan rakyat negara ini untuk memimpin negara? Mujurlah Anwar bukan Perdana Menteri dan Tian Chua bukan Menteri Kabinet. Kalau tidak, saya yakin hancur Malaysia dikerjakan mereka dan konco-konconya…

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment