Pages

Monday, 25 March 2013

PANAS! Politikkan Insiden Lahad Datu Tindakan Melampau


Pemuda Barisan Nasional (BN) diminta sentiasa memastikan agar BN tetap berada di dalam satu barisan untuk menyatupadukan masyarakat walaupun terdapat kepelbagaian kaum dalam parti itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Pemuda B Njuga perlu memastikan agar tidak ada pihak mengambil sebarang peluang menghuru-harakan keadaan negara ini.

"Kita tidak perlu turun ke tahap pihak tersebut (pembangkang) yang mengamalkan 'politik mudah' dengan membuat demonstrasi jalanan, menabur fitnah, menghasut dan menyerang peribadi pemimpin sehingga memecah-belahkan kaum dan masyarakat negara ini.

"Paling melampau mempolitikan keadaan genting seperti isu pencerobohan di Sabah dan menuduhnya sebagai sandiwara. Itu semua bukan cara kita," katanya ketika berucap melancarkan jentera pilihan raya Pemuda BN Gombak sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di sini, Ahad.

Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din.

Hishammuddin yang juga Naib Pengerusi Umno berkata cabaran untuk memastikan keamanan dan menyatupadukan rakyat dalam satu barisan merupakan perjuangan yang lebih sukar dan semangat itu perlu ada dalam jiwa setiap pemimpin muda BN.

"Elakkan menyebar gelombang kebencian antara kita, sebaliknya sebarkan gelombang untuk menyatupadukan masyarakat, menyuntik nilai-nilai baik di kalangan anak-anak muda.

"Isu di Sabah, misalnya bukanlah isu untuk dipolitikkan atau menuding jari menyalahkan sesiapa, sebaliknya adalah soal mempertahankan maruah dan kedaulatan negara merdeka, Malaysia," tegas beliau.

Sementara itu menurut Megat Zulkarnain, Pemuda BN Gombak kini berada dalam keadaan bersiap siaga untuk menghadapi PRU ke-13 pada bila-bila masa.

Katanya dengan semangat dan momentum yang ada pada setiap anggota Pemuda B Nparlimen tersebut, beliau yakin Gombak boleh ditawan kembali. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment