Pages

Saturday, 23 March 2013

PANAS! Jamalul Kiram Mahu Saman Kerajaan Malaysia RM 77.8 Billion #rempuh243 #jomsokongbn


Pulak dah! Giler ke ape! Jamalul Kiram nak saman Kerajaan Malaysia RM77.8 Billion. Lagi dasyat dari rakan sekutu dia di Malaysia. Itu la, Jangan silap sikit, saman aje lah. U Ulang, I Saman..Perangai sama dengan Bang Nuar..Elok la tu...

Baca laporan ni,
Pasukan peguam pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III (gambar kecil) kini dikatakan sedang menyiapkan kertas tuntutan mahkamah untuk menyaman kerajaan Malaysia atas dakwaan membangunkan dan merampas Sabah secara haram.
Memetik laporan akhbar dalam talian, The Manila Times.Net, saman yang dihantar kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) itu menyatakan tuntutan 'denda' sebanyak AS$25 bilion (RM77.8 bilion) daripada kerajaan Malaysia.
Jurucakap Jamalul Kiram, Abraham Idjirani memberitahu, saman tersebut adalah jawapan kepada tuduhan melakukan keganasan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Malaysia ke atas lapan rakyat Filipina baru-baru ini.
Menurut Idjirani, ini merupakan saman kali ketiga yang dikemukakan oleh pihak Jamalul Kiram. Kosmo

No comments:

Post a Comment