Pages

Friday, 1 March 2013

PANAS! Dr Maza Gertak UMNO Perlis?



Teman telah menerima email dari seseorang yang berkisar cerita Dr Mohd Asri dan Dr Juanda yang masing-masing Mantan dan Mufti Perlis. Jika mengikut email tersebut, teman pasti penghantar email ini benar-benar mengenali kedua-dua tokoh tersebut. Ikuti kisah yang diluahkan oleh penghantar email tersebut.

Di tengah-tengah kesibukan dan kemeriahan politik ini, tiba-tiba muncul desas desus bahawa bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhasrat bertanding pada pilihanraya kali ini. Seperti biasa, rakan karibnya yang merupakan Mufti boneka negeri Perlis Dr Juanda Jaya juga mengumumkan bahawa beliau amat berminat bertanding pada pilihanraya kali ini.

PKR dan PAS dilihat amat ghairah meminang kedua-dua mereka ini dengan pelbagai pertemuan antara mereka dengan pemimpin tertinggi parti. Mereka berdua dilayan seperti ‘king maker’. Dr MAZA dan Dr Juanda dikesan berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Malah kedua-dua mereka begitu berbangga dengan pertemuan tersebut dengan dikicaukan di laman twitter masing-masing. Mereka juga mengakui dilamar oleh UMNO agar bertanding di pihak mereka.

Benarkah begitu? Apakah politik sebenar yang sedang dimainkan oleh Dr MAZA dan Dr Juanda ini? Sehingga kini, tidak ada pertemuan antara Dr MAZA dan Dr Juanda dengan Perdana Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri sepertimana pertemuan 4 jam antara Dr MAZA dan Dr Juanda dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Info dalaman dari Perlis juga mengesahkan bahawa UMNO sebenarnya sudah meluat dengan mainan politik Dr MAZA dan Dr Juanda yang sering dilihat membuat kenyataan bertentangan dengan kerajaan dan bersikap sebagai ahli politik lebih sudu dari kuah. Lalu mereka berdua tidak dipertimbangkan langsung sebagai calon untuk pilihanraya kali kerana mendapat tentangan dari akar umbi UMNO.

Umum mengetahui bahawa mereka berdua ini bukanlah orang Perlis. Dr MAZA adalah orang Pulau Pinang dan Dr Juanda pula berasal dari Sarawak. Atas ehsan Shahidan Kassim, mereka berdua dilantik ke jawatan Mufti Perlis. Rakyat Perlis mahukan pemimpin tempatan mewakili mereka di dalam pilihanraya kali ini. Kedua-dua ustaz ini adalah orang luar yang langsung tidak terlibat di dalam jentera akar umbi UMNO dalam menghadapi serangan hebat Pakatan Rakyat di seluruh negara.

Mana mungkin pemimpin yang lebih senior memberi laluan mudah bagi kedua-dua ustaz yang menghentam kerajaan selama ini bertanding di kawasan mereka?

Jadi jalan mudah diambil Dr MAZA dan Dr Juanda adalah dengan cara mengugut UMNO secara halus. Mereka mengisytiharkan bahawa merea bakal bertanding dan sedang memikirkan parti mana yang harus disertai. Ini sesungguhnya amat lucu tetapi licik. Lucu kerana bagi pejuang sebenar tidak akan berada dalam keadaan ragu-ragu untuk memilih parti mana yang akan mereka sertai apatah lagi hanya tinggal beberapa minggu saja lagi sebelum Najib mengumumkan pilihanraya. Mana mungkin orang-orang seperti ini dapat memperjuangkan aspirasi parti yang mereka sokong sedangkan hingga sekarang mereka keliru dalam memilih parti mana yang terbaik bagi memperjuangkan nasib rakyat?

Licik kerana mereka berdua sebenarnya sedang mencuba mendesak Shahidan Kassim selaku Pengerusi BN Perlis memberikan mereka kerusi untuk ditandingi di Perlis. Apabila mereka membuat desas desus bahawa mereka bakal meyertai Pakatan Rakyat, kononnya Shahidan Kassim akan takut kehilangan mereka dan memberi laluan untuk mereka berdua bertanding di Perlis! Inilah yang dilakukan oleh Dr MAZA dan Dr Juanda. Mereka hingga kini berteka-teki sambil mengharapkan Shahidan Kassim memberikan tawaran menarik yang mereka impikan.

Malangnya, PKR (terutamanya Anwar Ibrahim) dan PAS gagal melihat permainan politik licik kedua-dua ustaz bernafsu dunia ini. Mereka lupa bahawa Dr MAZA adalah ulamak kerajaan yang telah membelasah PAS dengan hujah-hujah ketaatan kepada pemimpin yang kini dimainkan oleh Fathul Bari dan rakan-rakannya. Marahnya PKR dan PAS terhadap Dr MAZA adalah hingga Ustaz Badrul Amin menggelarkan beliau Bapak Setan dan mahu memancung kepalanya! Malah anak Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Nik Adli malah pernah begitu marah kepada Dr MAZA hingga ditulis di blog peribadinya bahawa dia ingin menumbuk Dr MAZA hingga pecah berdarah gusinya!

Hakikatnya, mereka berdua amat berharap UMNO akan mengambil mereka dan memberikan kerusi empuk untuk mereka bertanding. Mereka membina populariti di Perlis dan tidak ada nilai atau impak pengaruh mereka di Pulau Pinang apatah lagi Sarawak. Namun demikian, ahli-ahli di dalam UMNO tidak dapat menerima mereka berdua apatah lagi bila mereka selalu celupar mengkritik UMNO supaya dapat meraih populariti dari kenyataan-kenyataan mereka yang kontroversi. 

Justeru mereka mengamalkan politik sesumpah dan politik gertak dengan menunggu saja peluang keemasan yang mereka idamkan sambil mempergunakan PKR dan PAS yang diacah-acah kepadaUMNO.

Pakatan Rakyat Perlis sudah pun mempunyai calon Menteri Besar nya sendiri iaitu Saudara Mohammad Faisol Abdul Rahman, Pengerusi PKR Perlis yang juga seorang pencinta ahlul bayt. Adalah malang jika Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih mengutamakan ustaz-ustaz lalang dan langau yang tidak pernah menyatakan kesetiaan pada mana-mana parti. Ibarat kata pepatah; ‘kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’.

Ali Reza Ahmed Askari

Pendang, Kedah.

1 comment:

  1. Masalahnya bro Pengerusi PKR Perlis tu seekor Syiah. Dia sesat lagu kufur

    ReplyDelete