Pages

Wednesday, 20 March 2013

PANAS! Anwar Bersandiwara! Ada Helah Tersembunyi?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semalam memberitahu media bahawa Pakatan Haram menyokong penuh segala tindakan pasukan keselamatan negara yang mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah.

Dalam kenyataannya sejurus selepas mesyuarat Pakatan Haram itu, Anwar turut menuduh Kerajaan BN cuba “meraih sokongan politik” berhubung insiden pencerobohan pengganas yang diketuai “sultan palsu”, Jamalul Kiram, di Filipina.

Apa jenis lakonan “sandiwara” yang Anwar dan Pakatan Haram cuba lakonkan semalam dari kenyataannya berhubung insiden yang mengugat kedaulatan negara itu?

Selepas 15 hari pasukan PDRM dan ATM menggempur pengganas-pengganas, baru Anwar nak beri kenyataan? Selepas 10 orang wira negara terkorban dibunuh gerila pengganas yang dipercayai dihantar “rakan baik”nya, baru Anwar nak puji PDRM dan ATM?

Kenapa ketika Tian Chua menuduh insiden berdarah itu sebagai “sandiwara”, Anwar tidak “sekeh” kepala Naib Presiden PKR itu? Atau sebetulnya semua ini adalah “sandiwara” Anwar – Nur Misuari – Kiram?

Selama 15 hari pasukan PDRM dan ATM berhadapan dengan musuh, ada Anwar ambil tahu atau melawat wilayah konflik di Lahad Datu itu? Ada dia bertanya khabar pada keluarga mangsa atau sekurang-kurangnya menenangkan hati mereka yang hiba?

Anwar bangga dengan Tian Chua yang menghina anggota keselamatan yang terkorban? Anwar bangga dengan penyokongnya yang menggelar wira-wira negara itu sebagai “anjing yang mati katak”?

Inilah moral jijik dan politik keji Pakatan Haram! Mereka sedar melihat sokongan rakyat yang tidak berbelah bagi pada PDRM dan ATM. Tindakan rakyat itu membuat mereka kecut perut dan cepat-cepat membuat pusingan U membelot.

Mereka belot pada Tian Chua dan Sivarasa yang bersusah payah ke Manila. Mereka belot pada Nur Misuari dan Jamalul Kiram. Mengapa? Semuanya kerana mereka mahukan undi rakyat pada PRU ke-13 nanti.

Persoalannya, ikhlaskah mereka? Atau semata-mata mahukan kuasa, mereka sanggup bermuka-muka untuk memenangin hati rakyat?

Suara Generasi Baru

2 comments: