Pages

Friday, 22 March 2013

PANAS! Anwar Bakal Jadi Model Di Kotak Makanan?


Di sebalik tumpuan yang diberikan berhubung perkembangan terkini berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah, ada dikalangan pimpinan pakatan pembangkang sedang mengalami debaran yang penuh menyeksakan. Ini kerana pelbagai persoalan saling bermain di minda mereka, apakah masih akan terus kekal sebagai wakil rakyat atau sebalik?


Tambahan pula, umum mengetahui majoriti mereka gagal untuk memberikan khidmat yang terbaik pengundi, lantaran terlalu sibuk dengan pebagai program ceramah yang diadaka hampir setiap malam. Lebih menakut sehingga kini tarikh sebenar pilihanraya umum ke-13 (PRU1) masih lagi samar-samar dan terus menjadi teka-teki.

Pelbagai pendekatan dan kaedah telah digunakan bagi menarik simpati rakyat agar terpengaruh dengan pelbagai janji yang diberikan, walapun sebilangan besar janji yang diberikan sebelum ini masih lagi gagal dilaksanakan.

Di sebalik keghairahan mereka untuk terus memperdayakan rakyat, penulis tertarik dengan satu lagi produk terbaru yang dilancarkan oleh pencacai pakatan pembangkang malam tadi.

Mereka yang agak kepenatan dan ketandusan idea telah memperkenal satu produk sarapan sebagai modal kempen bagi menarik simpati pengundi. Menu sarapan yang dikenali sebagai ‘Special A’ itu telah mengunakan lukisan karikatur wajah Anwar Ibrahim sebagai model.

Dari satu sudut, ia agak lucu kerana ia merupakan percubaan yang lain daripada yang lain namun dari satu sudut yang lain pula, penulis melihat ia sebagai satu persediaan buat Anwar dalam menghadapi kemungkinan GAGAL meraih sokongan majoriti. Sekiranya itu berlaku, maka ia bakal meranapkan impiannya untuk dinobatkan sebagai perdana menteri.

Ia berdasarkan kepada beberapa analisa mengenai perkembangan dan arah sokongan rakyat terhadap parti-parti politik yang bakal bertanding. Yang mana melalui analisa tersebut, ia mengatakan peratusan untuk pakatan pembangkang merampas Putrajaya adalah amat tipis.

Tambahan pula perkembangan isu di Sabah dilihat telah menyakinkan rakyat akan kemampuan sebenar kerajaan BN/Umno dalam menanggani krisis kedaulatan negara. Malahan kegagalan pakatan pembangkang memberikan sokongan serta bersimpati terhadap perwira dan rakyat Sabah telah menyebabkan para pengundi atas pagar mengalihkan arah sokongan mereka.

Lebih memeranjatkan dan mengecewakan mereka, apabila membaca laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita antarabangsa, media Filipina dan kenyataan perisikan tentara negara tersebut. Yang antara lainnya mengatakan wujud kemungkinan, penglibatan pimpinan pakatan pembangkang yang menjadi dalang sehingga mengorbankan nyawa 10 orang perwira negara.

Walaupun mereka cuba untuk terus menyalahkan kerajaan dengan pelbagai hujah yang sengaja dicipta, namun yang nyata rakyat ketika ini sudah semakin cerdik dan tidak mudah untuk terus diperbodohkan dengan pendekatan politik kebencian.

Kesimpulannya, jauh di sudut hati Anwar selaku ketua pembangkang, turut mengakui dan merasakan misi menawan Putrajaya bakal berdepan dengan kegagalan. Tambahan pula dia hanya mampu menawarkan ‘bulan dan bintang’, berbanding dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menunaikan janji serta meletakkan harapan rakyat sebagai keutamaan.

Maka pendekatan pencacai untuk meletakkan Anwar sebagai model di kotak menu sarapan adalah tepat pada masanya. Ini kerana sekiranya pakatan pembangkang gagal mendapat kepercayaan rakyat, maka jalan terbaik untuk Anwar ialah mencuba karier baru sebagai sorang model di kotak-kotak produk makanan.

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment