Pages

Sunday, 24 March 2013

PANAS! Ajak PM Berdebat- Agenda Jahat Pembangkang #rempuh243 #jomsokongbn

Beberapa hari lepas, kecoh ada kumpulan kecil mahasiswa ditangkap polis kerana merempuh masuk bangunan Angkasapuri RTM Kuala Lumpur. Tersebar gambar-gambar tiga anak muda ditangkap dan digari. Ada juga gambar anak muda yang memakai gari bergambar dengan riak wajah bangga menayangkan tangan yang digari. Anda boleh nampak agenda sebenar perlakuan tersebut?

Pasti ada yang tidak terfikir bahawa semua kejadian telah diatur sempurna untuk memastikan keputusan di akhir rancangan, kerajaan yang salah dan kejam. Agenda terancang tersebut sudah beberapa kali dibuat oleh pembangkang termasuk demonstrasi BERSIH yang telah berlaku.

Agendanya mudah sahaja, bermula dengan demonstrasi hadapan RTM, kemudian membuat provokasi untuk memasuki RTM dan dihalang oleh pengawal keselamatan. Akhirnya mereka ditangkap oleh polis kerana tidak mengikut arahan. Agenda tersebut berjaya dan akhirnya keluar di media-media pembangkang isu “double standard” di mana demonstrasi anjuran kerajaan tidak ada tangkapan dan demonstrasi pembangkang ada tangkapan.

Itu sahaja agenda sebenar kejadian yang berlaku tempoh hari. Namun rakyat tidak bodoh untuk menilai perkara sebenar yang berlaku. Oleh itu, rakyat harus tahu juga apa agenda sebenar ajakan pembangkang untuk mengajak Perdana Menteri berdebat secara umum. Pasti ada agenda buruk yang dirancang untuk menjatuhkan kerjaan.

Ianya juga boleh satu dikatakan perancangan yang mudah. Sekiranya PM menerima ajakan untuk berdebat, sudah pasti pihak pembangkang akan mengutuk dan sentiasa mencari salah kerajaan di mana dalam debat hanya suara yang berkumandang. namun fakta suara tersebut masih dicurigai. Adakah Fakta tersebut fakta sebenar atau direka-reka?

Penyokong pembangkang yang hanya akan bersorak seperti yang sudah berlaku di dalam debat-debat anjuran pembangkang. Namun, di akhir perdebatan, tiada apa-apa keputusan dapat dibuat. Sudah pasti dalam debat umum tidak akan menyelesaikan sebarang masalah dan hanya mencari salah.

Agenda busuk pembangkang sudah lama dihidu kerajaan. Seperti pengalaman penulis yang telah banyak meghadiri debat-debat umum, terasa seperti menghadiri sebuah majlis yang membuang masa dengan melihat ke dua-dua parti hanya menunding jari menyalahkan pihak lawan. Tiada faedah atau penyelesaian masalah yang diperolehi di akhir majlis debat.

Oleh itu, anda sebagai rakyat harus sedar agenda sebenar pembangkang tidak habis-habis bersuara mengajak Perdana Menteri berdebat. Jadi lah rakyat yang bijak berfikir dan jangan terlalu taksub dengan parti politik yang hanya memperjuangkan sesuatu yang tidak jelas.

No comments:

Post a Comment