Pages

Wednesday, 20 March 2013

LAWAK BODOH! Kiram Meroyan Macam Biul!

Teman nak gelak! Lawak giler der! Kiram ni pun dah jadi macam Anwar! Dakwa ada orang nak bunuh dia la konon. ptuii!!! Teringat jugak teman cerita Anwar dalam Penjara dulu-dulu kecoh terkena racun arsenik. Dakwa ada orang nak bunuh dia jugak.. Taktik yang sama digunakan oleh Kiram bangsat ni. Maklum lah dah jadi rakan sekutu, apa nak kata kan..


Kome baca laporan ni,

Satu pasukan asing didakwa tiba di negara ini untuk membunuh pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III, kata jurucakapnya, Abraham Idjirani.

Menurut akhbar Philippine Daily Inquirer semalam, skuad itu juga didakwa akan membunuh penasihat Jamalul Kiram Pastor 'Boy' Saycon.

Pada satu sidang media semalam, Idjirani mendedahkan, seorang kolonel tentera asing bersama empat komando dan tiga pembunuh upahan tempatan didakwa akan membunuh Jamalul Kiram dan para pengikutnya.

Idjirani meminta pihak Biro Siasatan Kebangsaan dan polis tentera Filipina untuk menyiasat maklumat perisikan masing-masing bahawa skuad bunuh itu kini tinggal di Hotel Maxim di bandar Pasay.

Idjirani berkata, seorang peguam yang dikatakan didekati anggota-anggota skuad berkenaan telah memberitahu Saycon mengenai plot tersebut.

Para pengikut Jamalul Kiram sebelum ini menceroboh Lahad Datu, Sabah untuk menuntut tanah nenek moyang Kesultanan Sulu pada 12 Februari lalu.

Pertempuran kemudian berlaku melibatkan para pengikut itu dengan anggota-anggota keselamatan Malaysia yang melibatkan sejumlah kematian. - Agensi

No comments:

Post a Comment