Pages

Monday, 11 March 2013

Sikap Bodoh dan Tak Tau! Siapakah Gerangan Si Bangang tu?


Tentera pengganas Sulu ceroboh negara kita di perairan timur Sabah. Sebenarnya kerajaan negara kita berharap agar boleh bawa mereka ke meja rundingan, sebaliknya bertukar tragedi ketegangan. Tentera Sulu telah bermuslihat membunuh anggota polis kita, pihak kerajaan sudah tidak dapat teruskan strategi penyelesaian tanpa berdarah.

Pada bulan lepas, negara kita sama-sama raikan hari raya Cina, dan jarang ambil berat tentang isu yang berlaku itu. Sehingga 2 orang anggota polis tewas, rakyat negara ini barulah rasa terperanjat, menyebabkan timbul kemarahan di semua peringkat. Parti pembangkang mula tuding jari mengatakan itu hanya sandiwara, sehingga ada ahli parlimen yang menuding, itu adalah taktik BN, dan mereka pertikaikan kenapa kapal penerbangan awam terlibat mengangkut pasukan keselamatan ke Sabah. Hujah-hujah seperti ini bukan sahaja mencederakan perasaan ahli keluarga anggota polis yang tewas, ia juga telah merosakkan dan melemahkan semangat rakyat untuk menentang ancaman pihak musuh dari luar.

Ramai orang tidak faham langsung terhadap undang-undang antarabangsa dan strategi pihak tentera, tetapi mereka sebagai pemimpin masyarakat anggap diri mereka lebih hebat untuk menyusun strategi tentera, mengkritik pihak kerajaan tidak tangani isu itu dengan segera. Sebaliknya mereka langsung tidak tahu peraturan yang ditetapkan oleh “perjanjian Geneva” yang perlu dipatuhi. Orang Cina tidak dapat rasai bagaimana perasaan orang-orang Islam membunuh orang-orang Islam sendiri. Di dalam jiwa orang-orang Islam, mereka lebih sanggup berdamai untuk selesaikan masalah,  mereka tidak sanggup melihat brother mereka saling bunuh membunuh.

Apabila negara dalam keadaan genting seperti ini, semua orang di setiap peringkat perlu bertanggungjawab, kerana fenomena politik di negara mereka dan negara kita agak berbeza, contohnya apabila Jepun ceroboh pulau DiaoYuDao, mereka (rakyat China) terus bersatu padu, pertahankan kedaulatan bumi dan tanah air mereka, sebaliknya apabila tentera Sulu ceroboh tanah air kita, ada dua fenomena yang berbeza, dimana kaum Cina dan kaum Melayu masing-masing berikan pandangan yang berbeza di laman sosial.

Tidak lepaskan sebarang peluang dan kesempatan

Kebanyakan laman web kaum Cina “berlagak pandai” mengkritik “beli pesawat pejuang hanya untuk disimpan di dalam rumah, sebaliknya minta pasukan tentera naik kapal terbang awam” tohmahan sebagainya. Memang benar, dalam apa juga keadaan yang tersirat, dari segi sudut politik memang semua menghentam kerajaan BN, sebaliknya pandangan laman sosial kaum Melayu agak berbeza dengan kaum Cina, mereka lebih tonjolkan semangat bersatu padu menentang musuh, ini membuktikan sebahagian laman sosial kaum Cina hanya “berlagak bijak”, salah satunya 2 orang pemimpin tertinggi kerajaan negeri Selangor.

Selepas tahun 1980-an setelah tentera negara kita tamatkan serangan menentang Komunis, hari ini pasukan mereka dikerah buat kali pertama untuk berperang. Bagi kaum muda mudi yang dilahirkan selepas tahun 1980-an dan 1990-an, mereka tidak pernah alami zaman peperangan, lebih-lebih lagi tidak pernah alami zaman 13 Mei, mereka tidak dapat merasai keadaan yang pernah berlaku itu, sebaliknya kita jangan terlalu ikut perasaan, tidak bertanya, sendiri yang tidak tahu untuk ambil kefahaman dan iktibar tentang perkara-perkara itu, apa yang berlaku di dalam tayangan filem hari ini, itu bukannya peperangan yang sebenar, jangan sampai dikelabukan oleh filem-filem perang Amerika, itu hanya untuk hiburan, dan keputusan itu dibuat hanya untuk di depan mata sahaja.

Ledakan yang berlaku di Lahad Datu adakah ia telah berikan kesedaran kepada pelayar-pelayar internet kita? Adakah mereka telah sedar dan dapat bezakan antara kedaulatan negara dan perbalahan politik oleh perakus-perakus politik? Orang-orang yang mengharapkan dapat melangkah ke Putrajaya selepas PRU nanti, adakah mereka faham tentang strategi tentera dan undang-undang antarabangsa tentera? Bukankah mereka akan ledakkan bom yang tidak berperikemanusian itu untuk mempaparkan pemikiran “sikap bodoh dan tak tahu” itu!

Warta Rakyat

No comments:

Post a Comment