Pages

Saturday, 2 March 2013

Krisis Lahad Datu: Tahniah Anwar, Dua Perajurit Negara Telah Terkorban


Laporan rasmi setakat ini menyebut dua orang perajurit negara disahkan terkorban selepas terkena tembakan mortar yang dilepaskan oleh kumpulan penceroboh yang menggelar diri mereka sebagai tentera Kesultanan Sulu.

Kedua-duanya anggota dari Unit 69 Komando dikenali sebagai Insp Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka.

Mengikut laporan lain sekurang-kurangnya 10 orang dari kumpulan penceroboh terbunuh manakala empat yang lain cedera. 10 lagi menyerah diri dan selebihnya dipercayai melarikan diri.

Baru-baru ini, Anwar Ibrahim disahkan oleh akhbar Filipina sebagai dalang yang terlibat secara langsung menjemput kumpulan penceroboh ini ke Sabah selepas menabur janji untuk memberi kekuasaan kepada Sultan Sulu melalui pengisytiharan kuasa autonomi kepada Sabah.

Beberapa siri rundingan yang dijalankan untuk mencari penyelesaian secara aman sebelum ini langsung tidak dihargai oleh kumpulan penceroboh ini dek kerana gelap mata dengan janji Ketua Umum PKR itu.

Malah segelintir rakyat negera ini terutama sekali dari kalangan penyokong PR agak galak menabur propaganda menuduh tentera kita pengecut dan kepimpinan negara terlalu lemah bila berdepan dengan isu sebegini.

Walhal tujuan perundingan dijalankan untuk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah yang hanya merugikan semua pihak, apatah lagi dikalangan kumpulan penceroboh ini ada yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Malah keselamatan dan nyawa ramai rakyat kita yang berada dalam lingkungan kawasan yang diceroboh oleh kumpulan itu juga perlu diambil kira.

Selagi ada jalan perundingan selagi itulah kita mencubanya, kecuali bila dalam keadaan sekarang kumpulan penceroboh itu sudah naik atas kepala, memulakan serangan, mahu tidak mahu terpaksalah kita bertindak balas.

Tentunya Anwar sedang tersenyum lebar tika ini dek kerana janji manisnya kini berjaya menimbulkan keributan.

Dua nyawa perajurit kita terkorban kerana permainan politik Anwar, adakah ia berbaloi? Untuk kepentingan politik Anwar dan PR tentu sahaja ya, tapi untuk kami majoriti rakyat Malaysia tentunya tidak sama sekali.

Persoalan sekarang, bagaimana nasib masa depan kehidupan balu dan dua anak Allahyarham Insp Zulkifli Mamat? Si anak kecil tentunya terjejas emosi dan rindukan dakapan mesra ayahnya, si isteri pastinya menderita kesedihan sekian lama tempohnya. Ada Anwar ambil peduli? Ada kalangan lahanat-lahanat pemimpin dan penyokong PAS, PKR dan DAP memikirkannya?

Dulu negara hampir jahanam gara-gara demonstrasi ganas peserta Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 juga kerana permainan politik Anwar dan PR. Sekarang sekali lagi Anwar buat perangai menjemput kumpulan penceroboh dari luar untuk menghuru harakan negara. Selepas ini apa lagi?

No comments:

Post a Comment