Pages

Friday, 8 March 2013

Krisis Lahad Datu: Pengarang Buletin Mutiara Kata Najib Bangsat

Zainul Faqar : Mahathir pengkhianat, Najib Bangsat!
Fuyooo! Dasyat woo! Beribu orang membanjiri Perkarangan Tempat Letak Kereta Bandar Perda, Bukit Mertajam sebelum solat jumaat sebentar tadi. Sekitar 20 orang hadir  dan semua orang Melayu kecuali ADUN Komtar yang membanjiri Demontrasi BARA Anti UMNO Beri IC Warga Asing. Adeehh! Ramai sungguh hingga terkira dengan jari. Habis jari-jari teman nak mengira sorang-sorang. Punya ramai sungguh! Heee...

Budak kecik ni pun jadi mangsa nak meramaikan ..kesian budak budak
Kata bukan agenda politik, tapi kenapa Setiausaha Politik Guan Eng yang juga ADUN DAP Komtar pun ada sama
Ini ada sorang orang kuat Guan Eng mempertikaikan lagi tentang insiden berdarah di Lahat Datu. Zainul Faqar, Pengarang Buletin Mutiara Pulau Pinang menuduh dan mendakwa insiden berdarah di Lahat Datu sebagai konspirasi dan sandiwara UMNO. Lepas tu main suka-suka tuduh Najib Bangsat dan Mahathir Pengkhianat. Sedap sangat bercakap weh sampai hilang suara tu..
Kesian mak cik ni..dia sorang-sorang je..

Weh! Konspirasi dan sandiwara UMNO apa ke benda. Nyawa perajurit terkorban, sandiwara lagi ke? Isteri perajurit jadi balu dan anak kecil jadi yatim kehilangan suami dan bapa, masih lagi konspirasi jugak ke? Cakap tu biarlah berfikir dulu. Jangan hentam aje..

Seperkara lagi tuduhan yang dilaung-laungkan oleh Si Faqar ni tentang cubaan Kerajaan BN menjadikan insiden berdarah Lahad Datu sebagai landasan untuk menangguhkan pilihanraya ke 13 adalah satu tuduhan yang berniat jahat. Jika berlaku darurat di Sabah tak semestinya Pilihanraya Umum ke 13 boleh ditangguhkan di seluruh negara. Hanya di Sabah dan di kawasan khusus yang telah terlibat dengan pengisytiharan darurat tersebut iaitu habis kuat di Lahad Datu. Teman nak nasihat si Faqar ni supaya kaji dulu sebelum bercakap, jangan main sedap mulut je..peace..

No comments:

Post a Comment