Pages

Monday, 11 March 2013

Krisis Lahad Datu! Baik Kamu Mengaku! Kalau Tak.....

Mengenai dakwaan sama ada dia bertemu dengan mana-mana pemimpin pembangkang Malaysia, dia berkata telah bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jakarta beberapa bulan lalu – MSTAR, 11 MAC 2012


Misuari berkata, apabila dia bertanya kepada beberapa ‘saudaranya’ sama ada benar bahawa MNLF terlibat dengan kumpulan bersenjata itu, jawapannya adalah mereka mungkin turut serta kerana menganggap diri mereka sebagai tentera dan pasukan keselamatan Kesultanan Sulu.

“Ini bermaksud, apabila MNLF pergi berperang, mereka akan bersama kita tetapi apabila Kesultanan Sulu memulakan misi pencerobohan ke Sabah, mereka juga akan pergi tetapi tanpa kebenaran kami,” kata Misuari dalam satu temu bual menerusi telefon pada Ahad.

Misuari berkata, dia masih lagi berusaha untuk mengetahui sama ada salah seorang bekas komander MNLF antara lelaki bersenjata yang dibunuh oleh anggota keselamatan di Sabah.


Mengenai dakwaan sama ada dia bertemu dengan mana-mana pemimpin pembangkang Malaysia, dia berkata telah bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jakarta beberapa bulan lalu.

Dia meminta dipertemukan dengan Anwar untuk mengadu mengenai layanan Malaysia terhadap pendatang asing Selatan Filipina yang ditahan sambil memberitahu tiada perkara lain dibincangkan.

“Dia (Anwar) hanyalah satu-satu rakan rapat yang saya kenal selepas saya ditahan di perairan Sabah,” katanya.

Bekas pemimpin pemberontak itu ditahan di Sabah pada 2001 dan diserahkan kembali ke Filipina atas permintaan negaranya.

sumber : MSTAR

Mengapa Anwar Ibrahim terus membisu menjawab persoalan beliau pernah bertemu dengan Nur Misuari ? … Mustahil tiada perkara lain yang diperbincangkan ?

Cukup nyata pendedahan yang dilakukan oleh blogger-blogger pro kerajaan adalah benar. What say you Anwar Ibrahim …

mykmu.net

No comments:

Post a Comment