Pages

Wednesday, 20 March 2013

Inkues Kematian William Yau : Masih Lagi Misteri!


Kematian kanak-kanak malang William Yau Zhen Zhong masih lagi menjadi tanda tanya. Inkues kematian kanak-kanak malang William Yau Zhen Zhong masih lagi berjalan. Teman rasa rakyat Malaysia masih lagi menunggu hasil inkues tersebut sari masa ke semasa. Terlalu banyak spekulasi yang berlegar-legar samada kematian William Yau disebabkan kemalangan ataupun penderaan. 

Laporan terbaru,

Koroner Mohd Hezri Shaharil yang mendengar inkues kematian kanak-kanak William Yau Zhen Zhong pada Rabu melawat lokasi kanak-kanak itu dilaporkan hilang Januari lepas di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya.

Beliau tiba di lokasi itu pada pukul 3 petang diiringi Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt dan peguam Goh Kim Lian, yang mewakili keluarga mendiang William, pegawai polis dari Ibu pejabat Polis Daerah Subang Jaya ASP Mohd Zainal Abdullah dan beberapa anggota polis.

Turut hadir bapa William, Yau Kok Kang, 32, dan ibu kanak-kanak malang berusia enam tahun itu, Goh Ying Ying, 26.

Dalam lawatan 20 minit itu, Mohd Hezri dibawa melihat kedudukan dan keadaan longkang yang ditemui pada jarak lima meter dari tempat bapa mangsa meletakkan kereta yang dipercayai tidak ditutup dengan palang besi pada malam kejadian.

Koroner itu juga dibawa melawat sebuah kedai elektrik yang disinggahi pasangan itu pada malam kehilangan William, serta satu lagi longkang kira-kira 200 meter dari kedai elektrik berkenaan.

Longkang itu difahamkan bersambung dengan Sungai Sireh.

Mayat William ditemui pada 24 Januari lepas di Jeti Kampung Sungai Sireh selepas dilaporkan hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota.

Kanak-kanak itu dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

Prosiding inkues akan disambung selama tiga hari mulai 22 April.

Ia bermula 11 Mac lepas selama dua hari. BERNAMA

No comments:

Post a Comment