Pages

Saturday, 30 March 2013

HOT! Wajah Sebalik Muka Anwar Raja Dana Asing


Apa lagi yang mahu dinafikan oleh manusia bernama Anwar Ibrahim. Semuanya telah jelas sumber kekuatan kewangan datangnya dari luar atau ertikata mudahnya dana asing. Dana-dana asing masuk dengan pelbagai tujuan diantaranya adalah untuk menyebarkan fahaman Islam Liberal ke Malaysia.

Dana dari CIA dimasukkan melalui yayasan Kristian Jerman termasuklah Konrad Adenauer Stiftung (KAS) sejak tahun 1980-an lagi.  Yayasan ini telah menaja Institut Kajian Dasar (IKD) sejak dari awal penubuhan badan pemikir Anwar Ibrahim.

Fahaman pluralisme dan liberalisme ini akan tersebar secara meluas dinegara ini setelah Umno yang memperjuangkan Melayu Islam tewas. Selain itu, dana asing ini juga telah disalurkan kepada Anwar dan Pakatan Pembangkang menerusi beberapa agensi yang bernaung di bawah NED (National Endownment for Democracy) yang diwujudkan untuk menguasai negara-negara Islam seperti Malaysia.

Penyokong-penyokong pembangkang harus sedar, perkara ini bukan didedahkan oleh BN tapi oleh bekas-bekas jentera-jentera kanan Anwar itu sendiri. Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad berkata, beliau sendiri pernah dimaklumkan mengenai bantuan sebuah badan di AS yang menyalurkan wang kira-kira AS$100,000 (RM310,000) setiap bulan.

Menurut Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Zahid Md. Arip berkata, beliau juga pernah dimaklumkan bahawa dana pilihan raya parti itu pernah dibiayai oleh George Soros dan bantuan ini dipercayai sejak 1999 lagi.

Penyumbang dana asing itu ingin mengeksploitasikan sentimen pembangkang yang dibangkitkan oleh NGO, media alternatif dan parti politik untuk kepentingan mereka.

Penerima-penerima dana akan diperalat bagi menimbulkan kebencian rakyat terhadap parti pemerintah Barisan Nasional. Budaya menerima dana asing khususnya oleh pihak pembangkang akan membuatkan nikmat kemerdekaan yang kita kecapi selama ini hilang sekelip mata.

Walau apa jua sebab dan alasan yang diberikan, penyaluran dana asing untuk menghuru-harakan negara adalah satu bentuk penjajahan moden.

Sekiranya parti tajaan dana asing itu memerintah, negara berada dalam situasi yang amat merbahaya kerana setiap dasar dan undang-undang digubal kerajaan akan ditentukan oleh pihak luar.

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment