Pages

Thursday, 14 March 2013

Hot! Perjumpaan Sulit Ahli Parlimen BN Bersama Anwar!


Kelmarin berlaku satu perjumpaan sulit diantara Anwar dan beberapa Ahli Parlimen BN dan juga ahli Parlimen Bebas yang pernah keluar dari pakatan pembangkang. Perjumpaan yang dibuat secara tertutup ini berjalan hampir 3 jam di Kuala Lumpur.


Anwar menawarkan kepada beberapa ahli parlimen ini RM10 juta setiap seorang untuk lompat parti selepas PRu13. Menurut sumber Pisau , Anwar sedar  PRU13 nanti pakatan tidak mampu menang berdasarkan rating beliau dan pengaruh persepsi terhadap pembangkan jatuh menjunam. Maka sebagai langkah persediaan Anwar telah merangka beberapa strategi yang pasti akan mengejutkan negara.

Semasa perbincangan tersebut berlangsung dengan mesra sekali kerana dikalangan mereka yang hadir adalah rakan lama Anwar dan juga pernah menjadi wakil rakyat pembangkang. Tawaran yang diberikan cukup besar dan mampu mengelapkan mata apatah lagi segelintir yang hadir memang diketahui punyai masaalah kewangan.

Separuh dibayar selepas penamaan calon dan separuh lagi akan dibayar selepas pengumuman lompat parti. Itulah syaratnya,perkiraan yang dibuat Anwar hanya mahu majoriti mudah untuk mengambil alih Putrajaya maka perjumpaan yang dihadiri oleh ahli parlimen ini menurut sumber adalah diperingkat fasa ke 3 setelah beliau turut mengadakan rundingan di Sabah dan Sarawak.

Kita boleh lihat disaat ambang PRU13 beberapa muka yang pernah menjadi orang kuat Anwar sudah kembali. Rahim Ghaouse dikatakan membawa berkarung karung wang dari Australia dan London. Malah menurut sumber pihak Kastam dibayar ratusan ribu untuk  menyeludup wang tersebut keluar dari KLIA.

Apa yang menariknya ,PI Bala membuat comeback setelah sekian lama melarikan diri turut didedahkan menerima RM700 ribu daripada Anwar untuk membuat fitnah terhadap Najib dan Rosmah. Begitu juga ayah kepada Saiful Bukhari yang sebelum ini dituduh oleh CheguBard dan Anwar sebagai kaki judi dan mempunyai masaalah rumahtangga tiba tiba pulang kepangkuan PKR.

Pendedahan ini adalah sebahagian daripada maklumat eksklusif yang pasti akan memanaskan politik negara tidak lama lagi.


1 comment:

  1. Kalau sememangnya ada bukti yang nyata bahawa beberapa orang MP BN ada berjumpa Anwar, nama nama mereka sepatutnya didedahkan supaya rakyat dan pengundi boleh menilai dan membuat keputusan samaada mereka mahu mengundi mereka mereka ini atau tidak. Itu pun kalau masih jadi calun dalam PRU 13 lah nanti. Blogger mempunyai tanggung jawab moral untuk memberitahu dan menjelaskan pada rakyat kerana rakyat lah yang berkuasa untuk menentukan pemimpin mana yang akan memimpin mereka dan seterusnya menarajui pemerintahan negara ini.

    ReplyDelete