Pages

Saturday, 16 March 2013

HOT NEWS : Fuziah Salleh Kena Tipu Dengan Anwar! Adeeh!!


Benarlah dakwaan yang dikatakan sebelum ini, kebanyakan pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) adalah merupakan satu strategi untuk menipu rakyat, kononnya perjuangan mereka bukan agenda politik. Terbaru, wakil NGO yang dikenali sebagai ‘Himpunan Hijau’ dilaporkan akan diberikan satu kerusi untuk bertanding di di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tuck yang sebelum ini pernah membuat kenyataan untuk membakar Lynas sekiranya masih bertegas untuk meneruskan operasi, terus menyatakan pendirian untuk bersetuju dengan Anwar. Ia ekoran dari laporan yang mengatakan dia akan diberikan untuk kerusi untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Anwar sebelum ini mengeluarkan kenyataan, Lynas yang ditempatkan di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan akan dibiarkan untuk terus beroperasi sekiranya terbukti ia selamat dari sebarang pencemaran radiasi.

Begitulah mudahnya pemimpin ‘musang berbulu ayam’ ini ‘korner baring’ sedangkan sebelum ini mereka juga yang menghasut rakyat khususnya di Pahang untuk menyerang kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional.

Mungkin merasakan seperti diperbodohkan oleh ketuanya, ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh bertindak pantas mengeluarkan kenyataan balas yang mendakwa Pakatan Rakyat akan TETAP menutup kilang Lynas sebaik saja pembangkang membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU13.

Fuziah yang juga merupakan Naib Presiden PKR itu turut menegaskan ia tidak boleh dibenarkan untuk beroperasi sama ada di Gebeng atau mana-mana tempat di Malaysia. Malah, katanya jika ada satu peratus peluang loji Lynas terbukti selamat, ia masih tidak sepatutnya berada di Gebeng.

Walaupun ada dikalangan pimpinan PKR negeri Pahang, yang merasakan tindakan Fuziah ini adalah merupakan satu tindakan yang biadap kerana mengeluarkan kenyataan yang berlawanan dengan pendirian Anwar. Namun menurut satu sumber yang rapat dengan Fuziah mengatakan, kenyataan itu terpaksa dilakukan demi menjaga survival politiknya di Kuantan.

Masakan tidak, sekiranya dia bersetuju dengan Anwar, para pengikutnya akan merasakan semua usaha yang dilakukan oleh Fuziah sebelum ini untuk memberi tekanan kepada kerajaan agar menutup loji penapisan tersebut sebagai satu sandiwara.

Ia secara tidak langsung akan menyebabkan dirinya berdepan dengan risiko besar ditolak pengundi Kuantan pada PRU13 dan sekaligus menamatkan kariernya sebagai seorang wakil rakyat yang gah dengan gelaran Yang Berhormat.

Namun Fuziah boleh menarik sedikit nafas lega, apabila Ahli Jawatankuasa Himpunan Hijau, Clement Chin juga menyuarakan pendirian yang selari dengannya. Clement mengatakan kecewa dengan kenyataan dan pendirian Anwar yang jelas bertentangan dengan pendirian dan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.

“Anwar sebelum ini bersama dengan kita menentang Lynas dan dalam manifesto pembangkang juga menyebut akan menutup kilang itu jika mereka menang pilihan raya umum akan datang.

“Begitu juga dengan Wong Tuck, tetapi kini dia sama dengan Anwar yang bersedia menyokong kilang itu pula. Ini yang saya takut, sekejap tidak sokong, sekejap sokong,” katanya.

Ketua Umum PKR itu semasa berucap di himpunan hijau tahun lalu bertegas dan memberi jaminan kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat akan menutup loji tersebut apabila berkuasa kelak.

Kesimpulannya, semakin hari semakin ramai yang dapat melihat dengan jelas tembelang dan sandiwara sebenar pemimpin Anugerah Tuhan itu. Semoga semakin ramai lagi sedar dan terbuka mata dan hati untuk menilai semula makluk sesumpah yang bernama Anwar Ibrahim.

Suara Generasi Baru

No comments:

Post a Comment