Pages

Sunday, 10 March 2013

HOT! Anwar Mampus Kering Dengan Menipu


SEMALAM (Jumaat) ada 2 perkembangan menarik berkaitan Anwar Ibrahim, si ketua pembangkang ini.

Pertama, bapak Saiful Bukhari yang dibayarnya, Azlan Lazim, tampil dengan sidang media mengatakan dakwaan liwat ke atas anaknya adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan Anwar.

Kedua, Saiful Bukhari sendiri dalam masa kurang 12 jam, tampil menafikan dakwaan bapanya dan bertegas bahawa kejadian liwat itu benar-benar berlaku, bukan konspirasi.

Menjadikan keseluruhan episod satu sejarah – sebagai antara penipuan paling singkat dalam dunia!!

Tapi Anwar, malam yang sama di Pulau Pinang, sempena sambutan 5 tahun pentadbiran Pakatan haram ini, dengan selamba mengambil separuh kisah (pembohongan Azlan) dan mengenepikan satu kisah yang lain (pengakuan Saiful) untuk mendakwa bahawa memang benarlah dia tidak bersalah meliwat Saiful.

Ini bukan masalah besar untuk Anwar sebab dia ni hidup dalam pembohongan 24 jam.  Sama ada dia tipu orang atau dia sendiri percaya dengan penipuan yang dia buat.  Kes Azlan ini satu contoh klasik, sebetulnya banyak lagi.

Nampaknya, keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang melepaskan dan membebaskan Anwar dari dakwaan liwat tersebut, masih belum cukup menyakinkan pengikut peliwat tua itu, sehingga Anwar terpaksa mengeluarkan wang berjuta ringgit untuk membayar Azlan.

Tak payah tanya buktilah (macam pembangkang tuduh BN ada bukti), kita pakai logik cukup.  5 tahun sejak kes ini bermula dan sama-sama jadi saksi bersumpah, baru sekarang Azlan nak kata tuduhan liwat ke atas Anwar oleh anaknya itu satu konspirasi?

Yang penting, apa kesimpulan dan apa konklusinya?

Penulis katakan, ‘susah payah’ Anwar (membayar Azlan untuk buat penipuan) adalah bukti jelas bahawa Anwar memang meliwat Saiful!!  Ini tak boleh nak elak lagi, memang itulah hakikatnya.  Sebab itu dia ketepikan pengakuan Saiful dan hanya ambil pembohongan Azlan.

Takkan Anwar nak kata di tak tahu (pengakuan Saiful).  Zaman internet serba pantas ini, mustahil Anwar yang 24 jam bertwitter tak tahu Saiful dah buat penafian?  Penulis katakan Anwar tahu, tapi sebab duit dah keluar banyak, nak tak nak, guna jugalah pembohongan itu untuk melepaskan diri.

Kes yang sama berlaku dalam hal Deepak.

Tiga ke empat kali Deepak keluar kenyataan bercanggah pun, termasuk menuduh kekasih gaynya, Rafizi Ramli sebagai penipu dengan dia sendiri sebagai dalang semua penipuan tersebut, Anwar dan culai-culainya tetap ulang dakwaan Deepak mengenai penglibatan Perdana Menteri dan isteri dalam satu skandal tanah, tanpa rasa bersalah.

Anwar terdesak sekarang, banyak bukti menjurus penglibatannya sebagai dalang sebenar dalam insiden Lahad Datu yang telah mengorbankan nyawa 8 orang anggota polis setakat ini.

Dengan pelbagai siasatan dijalankan di pihak Filipina dan Malaysia mencari dalang sebenar insiden di Lahad Datu, hanya masa yang menentukan sebelum boleh disahkan bahawa tangan dialah berlumur dengan darah perwira negara dan anak-anak mereka yang jadi yatim kerana ‘usaha’ terdesaknya nak jadi Perdana Menteri, maka itu Anwar perlu cari jalan untuk alih perhatian rakyat.

Itulah yang kita nampak berlaku semalam.

mykmu.net

No comments:

Post a Comment