Pages

Wednesday, 27 March 2013

BREAKING NEWS! Rakaman Video Kelakuan Sumbang Libatkan Izzah, MB Selangor Bakal Tersebar


Teman pun heran, bila video seks songsang yang didakwa pelakunya Anwar Ibrahim dikata palsu! Teman tak pernah dengar lagi la video pun ada palsu. Kalau foto dan gambar mungkin la teman boleh percaya bahawa palsu, tapi bila berkaitan dengan video ni payah sikit. Kalau dah dia, memang dia la. Jangan nak pusing dan putar belit dan menipu rakyat. Kome ingat rakyat bodoh sangat ke!

Isu rakaman video sebelum ini dengan skandal sek China Doll pun telah disahkan tulin oleh pakar-pakar luar negara. Apa lagi nak tipu! Kalau tuduhan terkena kat pemimpin Pakatan Rakyat, deme akan kata palsu dan fitnah terkena kepada pemimpin UMNO/BN maka tuduhan itu benar sama sekali tanpa sebarang bukti video atau gambar tulin.

Untuk lebih mudah, biar rakyat menilai! Siarkan kesemua video-video tersebut untuk tatapan umum dan kita lihat kebenarannya! Rakyat yang akan menentukan tulin atau palsu.

Menurut laporan,

Selepas video berunsur seks melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tersebar Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa beberapa rakaman video seks palsu melibatkan pimpinan kanan parti itu akan turut diterbitkan dalam masa terdekat.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa tindakan tersebut dilakukan oleh agen-agen tertentu bagi menakut-nakutkan orang Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Saifuddin menambah agen berkenaan juga turut memberi amaran bahawa mereka mempunyai beberapa video lagi yang sedang disiapkan melibatkan piminan kanan PKR yang lain, termasuk melibatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Ia adalah amaran, ugutan politik... sebagai ahli politik senior, kita tahu tujuan akhirnya untuk menyebabkan kerosakkan maksimum terhadap integriti pemimpin kita.

“Saya tidak tahu siapa mereka tetapi mereka kelihatan mempunyai banyak pengetahuan tentang produksi video,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Selasa.

Saifuddin turut mendakwa beliau dan beberapa pemimpin PKR yang lain telah didatangi oleh beberapa agen untuk menunjukkan dua rakaman video seks melibatkan Anwar, anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta beberapa keping gambar mereka.

“Askar-askar upahan di laman blog ini akan mereka-reka dan menyebarkan video-video palsu yang kononnya mamaparkan salah laku seks pemimpin PKR.

“Taktik ini digunakan bagi menakut-nakutkan orang Melayu bahawa masa depan negara akan tergadai jika Pakatan Rakyat memerintah,” katanya.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang mendakwa beliau dan beberapa pemimpin PKR yang lain telah dibawa menaiki kereta dan menonton rakaman video berkenaan di ibu kota beberapa hari yang lalu.

“Saya dan beberapa pimpinan telah dibawa untuk menonoton video-video ini. Agen-agen ini memberi ugutan politik kepada saya dan pimpinan yang lain. Mereka kata ada lagi rakaman video yang akan didedahkan melibatkan dua lagi pimpinan kanan PKR dalam tempoh terdekat.

“Kebanyakan rakaman video yang dipaparkan mempunyai kualiti gambar yang kurang jelas dan suasana yang digambarkan seperti video berunsur seks dan ada juga gambar statik ditunjukkan kepada kami,” katanya.

Beliau mendakwa penyebaran video seks sengaja dilakukan bagi mencemarkan nama baik Anwar dan pimpinan kanan PKR yang lain menjelang PRU-13.

“Video-video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan percantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin berkenaan terbabit dalam salahlaku seks,” katanya.

mStar

1 comment:

  1. Dah tahu nak jadi pemiompin tu perangai kenalah molek...

    ReplyDelete