Pages

Friday, 22 March 2013

BREAKING NEWS : Pembubaran Parlimen Hari Ini?


Pembubaran Parlimen untuk membuka jalan untuk pilihan raya umum ke-13 dijangka seawal seperti hari ini, yang didorong oleh pembubaran automatik DUN Negeri Sembilan hari Rabu.

Secara asasnya, Perdana Menteri telah mendapat perkenan pembubaran Parlimen sejak Perdana Menteri mengadap  beberapa kali Yang Dipertuan Agong beberapa minggu lepas.

Secara teorinya, tempoh akhir Dewan Undangan Negeri menjadi titik tolak yang tidak rasmi tempoh 60 hari untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memanggil pilihan raya memandangkan DUN Negeri Sembilan adalah negeri yang pertama bersidang selepas pilihan raya umum 2008.

Tarikh pengumuman pembubaran seterusnya mungkin akan menjadi pada hari Isnin berikutan peringkat akhir Jelajah Janji Ditepati seluruh negara di Kuantan pada hari Sabtu. Perdana Menteri juga dijangka membuat pengumuman penting di akhir jelajah yang telah mendapat sambutan luar jangkaan sejak jelajah tersebut bermula di Batu Pahat April tahun lepas.

Jadual Perdana Menteri yang padat dalam tempoh beberapa hari akan datang termasuk menghadiri satu majlis makan malam mengutip dana untuk Sekolah Chung Hwa di Kuantan pada Sabtu, Formula 1 Grand Prix dan Kejohanan Terbuka Golf Malaysia  pada hari Ahad dan pembukaan LIMA pada Selasa.

Beberapa pemerhati politik pula menjangkakan Barisan Nasional akan menamatkan penggal penuh sebagai entiti yang mengawal, kerana masih belum ada apa-apa tanda afirmatif bagi pembubaran awal parlimen. 27 April dijangka menjadi hari terakhir bagi Parlimen akan dibubarkan sebagaimana wakil rakyat mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen pada 28 April, 2008 - tarikh yang sama tamat tempoh bagi Dewan Undangan Negeri Perlis pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment