Pages

Friday, 22 March 2013

BONGKAR! Siapa Pulak Punya Kerja Nih!


Adeeh! Siapa la punya kerja nih! Suka-suka mak bapak deme je buat kempen Skim Bantuan Biasiswa Pengajian 1Malaysia. Teman rasa kerja budak-budak nak main-main dalam blog la kot. Kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi  di Bernama menegaskan bahawa skim Bantuan Biasiswa Pengajian 1Malaysia (BP1M) seperti yang disiarkan di laman web biasiswa1msia.blogspot.com dan www.step2rich.net/iklan2u tidak pernah wujud.

KPT dalam kenyataan di sini, Jumaat menyifatkan ia satu penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Justeru, kementerian menasihatkan pelajar dan ibu bapa untuk tidak terpengaruh dengan skim tersebut.

Melalui pemerhatian teman, laman blog yang dimaksudkan masih lagi menawarkan perkara tersebut. (Klik http://www.step2rich.net/iklan2u-view.asp?i=1603&u=freeedu1msia&t=PAKEJ-BIASISWA-1MALAYSIA-sambung-belajar-peringkat-DIPLOMA-PERCUMA-!!! dan http://biasiswa1msia.blogspot.com/2013/03/permohonan-biasiswa-skim-bantuan.html) Apa yang membimbangkan jika ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dari tawaran palsu tersebut. Akhirnya Kerajaan BN jugak akan dipersalahkan. 

Teman rasa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana pihak membuat tawaran palsu seperti itu. Jika untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi KPT di www.mohe.gov.my mengenai biasiswa yang ditawarkan...

No comments:

Post a Comment