Pages

Tuesday, 26 March 2013

Balu Anggota Polis Terkorban Di Sabah Bangga Terima Kenaikan Pangkat


Balu anggota polis yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu bangga dengan penganugerahan kenaikan pangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Peringatan HariPolis ke-206 pada Isnin.

Noor Aziah Noor, 28, balu Inspektor Zulkifli Mamat, 29, yang dinaikkan kepangkat ASP, berkata walaupun suaminya sudah tiada lagi di dunia ini untukmenerima penganugerahan itu, beliau tetap berbangga dan bersyukur keranapengorbanan arwah dihargai.

"Arwah sebelum ini pernah menyebut, mungkin tak lama lagi dia akan dinaikkan pangkat. Tak sangka ia menjadi kenyataan, namun saya sedih dia tak ada untuk menerima kenaikan pangkat ini.

"Kalau dia ada, semestinya dia berbangga dan bersyukur. Saya ucapkan terima kasih atas penghargaan ini," katanya kepada Bernama selepas sambutan itu di Pusat Latihan Polis di sini.

Allahyarham Zulkifli maut 1 Mac lepas akibat serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.

Noor Aziah, yang bakal menyambung semula latihan praktikal di SekolahMenengah Kebangsaan Putra bulan depan, berharap kehidupan bersama dua anak sertabayi dalam kandungannya, akan dapat diteruskan dengan baik dan tabah.

Jabah Anak Mingku, 35, balu DSP Michael Padel, 36, pula berkata meskipunmasih sugul dengan kehilangan insan tersayang, namun kenaikan pangkat mendiangsuaminya sedikit sebanyak dapat mengubat kesedihannya.

"Saya bangga dengan perjuangan suami kerana menjaga keamanan negara danucapkan terima kasih di atas kenaikan pangkat ini.

"Saya dan anak memang bergantung 100 peratus kepada suami, saya tidakbekerja dan anak masih bersekolah lagi. Saya merancang untuk mencari sekolahterbaik untuk pendidikan anak saya," katanya.

Michael yang maut dalam serangan hendap di Semporna, Sabah dinaikkan kepangkat ASP.

Anak tunggal pasangan itu, Mcloie Michael, 11, bercita-cita menjadi seoranganggota polis kerana ingin membanteras jenayah serta mengikut jejak langkahayahnya.

Balu Koperal Salam Tugiran, 42, iaitu Marlinah Utan, 38, turut bangga denganpengorbanan serta jasa suaminya yang maut ketika mempertahan negara.

"Terima kasih atas penghargaan ini. Saya bangga kerana memiliki suami yangmempunyai semangat juang yang tinggi dan sanggup bergadai nyawa demi keamanannegara," katanya.

Salam Tugiran, yang dinaikkan ke pangkat Sarjan, terkorban dalam kejadianserangan hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Sementara itu, balu Koperal Sabaruddin Daud, 47, Nurunnisa Abu Bakar, 42,pula berhasrat berpindah dari Kuarters Polis di Ulu Kinta, Perak dan bekerjabagi menyara keluarga.

"Saya bersyukur dengan kenaikan pangkat ini. Ia (kenaikan pangkat dariKoperal ke Sarjan) secara tak langsung dapat meringankan beban saya dan menyaratiga anak kami," katanya.

Empat lagi anggota polis yang terkorban dan dinaikkan pangkat ialah Superintenden Ibrahim Lebar (ACP), Sarjan Abdul Azis Sarikon (Sarjan Mejar),LansKoperal Mohd Azrul Tukiran (Koperal) dan Sarjan Baharin Hamit (Sarjan Mejar).-BERNAMA

No comments:

Post a Comment