Pages

Saturday, 30 March 2013

Anwar: Dia Yang Meliwat, UMNO Yang Disuruh Istighfar?


LATARBELAKANG pendidikan Anwar sebagai lulusan am dalam Pengajian Melayu bukan satu rahsia, ini semua orang tahu.  Walaupun tidak mendapat kepujian, tapi pengetahuan yang diperolehinya semasa belajar dulu rupanya banyak membantu Anwar dalam ‘permainan bahasa’ politik.

Baru-baru ini, Anwar meminta UMNO supaya beristighafar banyak-banyak berikutan penyebaran video lucahnya yang dikaitkan dengan parti tersebut.
Macam mana tu?  Dia yang buat hal, lain orang pulak yang kena istighafar? Tak pelik ke?

Sementara dakwaan UMNO terlibat dalam penyebaran video lucah tersebut masih tidak terbukti sampai sekarang, tindakan Anwar yang lebih memberi keutamaan untuk menyalahkan UMNO lanjutan dari penyebaran video tersebut dari menjawab persoalan sama ada dia terbabit atau tidak, telah mencetus tanda tanya ramai orang.

Ada banyak video yang kita cerita ni, yang cium ketiak itu satu hal, video borak-borak manja dengan jantan yang sedang tersebar sekarang, bila Anwar nak istigfar?

Penulis suka nak tengok, sampai bila Anwar boleh bertahan dengan pendedahan demi pendedahan berkaitan salah laku seksnya ni.
Anwar mungkin lupa, tahun 1998 dulu, tidak macam sekarang.  Waktu itu melopong mulut semua orang, antara percaya dengan tidak bila dia dipecat kerana salah laku seks.

Video yang ada pun adalah video pengakuan seorang jantan kepada bekas Imam Masjid Negara, Taib Azzamudin mengenai dakwaan dia diliwat Anwar.  Video cakap-cakap manja dengan jantan dan cium-cium ketiak ini semua mana ada?

Rakyat perlu ingat, semua ini tidak terjadi dengan sendiri.  Maksud penulis, kalau Anwar tidak ada sejarah terlibat dengan hubungan luar tabie ini dan tiba-tiba keluar video cium ketiak dan dia berbual manja dengan jantan, itu suspicious juga.

Masalahnya sekarang, dah banyak yang dicakapkan tentang Anwar dan hubungan luar tabienya, 10 Mahkamah mengesahkan penglibatannya dalam hubungan seksual (termasuk Mahkamah Persekutuan yang membebaskannya pada 2004), dan sekarang video ini keluar, apa maksud?

Takkan susah nak fikir, maksudnya dia memang terlibatlah.

Macai pembangkang jangan percaya bila video menuduh pemimpin BN rasuah saja, tapi video Anwar menggatal dengan jantan, taknak percaya pulak.

Rasa-rasa penulislah, Anwar yang perlu istighfar banyak-banyak.

Mykmu.net

No comments:

Post a Comment