Pages

Tuesday, 5 March 2013

Al-Fatihah! Allahuakbar: Jenazah Wira Negara Tiba, Selamat Dikebumi


Teman masih lagi berasa sedih dengan pemergian wira negara yang terkorban semasa mempertahan negara di Semporna , Sabah. Suasana sedih dan pilu turut dirasakan seluruh rakyat Malaysia kecuali Tian Chua Celaka dan macai-macainya. Hanya Tian Chua dan macai-macai yang bergembira dengan angka kematian Polis meningkat kerana hanya meraka sahajalah yang membenci Polis.

Teman menyeru marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada anggota Polis yang beragama Islam yang terkorban dan turut rasa simpati kepada mendiang yang bukan beragama Islam.

Menurut sumber Bernama, jenazah enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, tiba dan dikebumikan di kawasan kediaman masing-masing, Isnin.

Jenazah Supt Ibrahim Lebar, 52, dan jenazah L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 6.35 petang.

Suasana pilu menyelubungi pangkalan TUDM itu apabila anggota keluarga tidak dapat mengawal kesedihan melihat ketibaan jenazah yang dibawa dengan pesawat tentera C-130 itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir bersama-sama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar serta ratusan pegawai dan anggota polis bagi memberi penghormatan terakhir kepada dua wira negara itu.

Turut hadir isteri Sultan Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ibrahim dari Cawangan Khas Bukit Aman dan Mohd Azrul dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau ialah antara enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam kejadian serang hendap oleh kumpulan bersenjata di perkampungan atas air itu kira-kira pukul 8 malam, Sabtu lepas.

Empat lagi yang terkorban ialah ASP Michael Padel dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Sjn Detektif Baharin Hamid dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Sjn Abd Azis Sarikun dari PGA Tawau dan Kpl Salam Tongiran (IPD Tawau).

Jenazah Ibrahim dibawa ke kediamannya di No.45 Jln USJ 9/5F Subang Jaya dan dikebumikan di tanah perkuburan USJ 22, Subang Jaya Isin malam manakala jenazah Mohd Azrul dibawa ke kediaman keluarganya di Lot.6278/2461 Jalan Telok Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang untuk dikebumikan Isnin malam.

Perkarangan pangkalan TUDM dibanjiri anggota keluarga pegawai dan anggota polis itu sejak jam 4.30 petang.

Di KUCHING, mayat mendiang ASP Michael Padel Sano tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (LTAB) Kuching pada pukul 5.30 petang.

Turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada wira negara itu ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Mayat mendiang dibawa pulang ke Kampung Bidayuh, Tembakang di Serian dan akan dikebumikan di Makam Pahlawan Sarawak di Kuching pada Rabu.

Di KOTA KINABALU, jenazah Baharin tiba di Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu, Sabah pada pukul 2 petang.

Di SEMPORNA, jenazah Abd Azis yang tiba dengan van jenazah di Surau IPD Semporna pada pukul 9.30 pagi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 2, Jalan Bunga Raya di sini selepas solat Zohor.

Jenazah Salam pula disembahyangkan di Surau IPD Tawau dan dikebumikan di Tanah perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas Tawau, Sabah pada pukul 10.15 pagi ini.

No comments:

Post a Comment