Pages

Friday, 22 February 2013

"ZD" Akan Jahanamkan Pakatan Rakyat Dot Com



Kemelut dalaman unit siber pakatan haram nampaknya makin membiak, membusuk dan bakal ada episod dedah mendedah antara Ketua Pengarang lama dan baru. Semuanya kerana wang, kerana kuasa dan kerana ingin rasa diri dihargai oleh Anwar.

Bekas Ketua Pengarang, "R" yang telah dipecat menegaskan bahawa beliau bukannya dipecat seperti yang dilaporkan dalam beberapa blog pro pakatan haram dan blog pro BN. Menurut sumber rapat, R berang kerana berita kononnya beliau dipecat itu banyak menjejaskan reputasi dan nama beliau dikalangan pemimpin pakatan haram yang selama ini tahu bahawa beliau adalah antara penulis harapan Anwar dalam menyerang BN di dunia siber.

Malah menurut R, ini semua mainan politik dalaman antara staf dalaman portal suarapakatan yang masing-masing ingin lonjakkan nama mereka supaya Anwar lihat siapa lebih hebat menguasai isu politik dan mempertahankan pakatan haram dalam menghadapi PRU13.

R mendakwa, beliau tahu karektor Ketua Pengarang baru Suarapakatan.com itu malah perlantikan ZD sebagai Ketua Pengarang bakal menghancurkan lagi reputasi Anwar yang R bina selama ini.

Menurut R lagi, ZD yang selama ini menulis rencana utama dan ZD mempunyai perangai yang amat teruk, tidak boleh dikawal dan amat keras kepala dan sukar untuk menerima nasihat dan pandangan rakan-rakan yang lain. ZD juga ego dan bongkak mendabik dada bahawa penulisan beliaulah banyak menyebabkan nama Anwar naik melonjak dalam semua isu termasuk isu yang hangat diperkatakan sekarang, Kalimah Allah.

Penulisan dengan gaya ekstrim ZD dalam menangani sesuatu isu terutama dalam bentuk lonjakan populariti nama pemimpin suci mereka, Anwar, bakal menghancurkan bukan saja perancangan Anwar dalam menghadapi PRU13 malah bakal menghancurkan reputasi nama baik Anwar itu sendiri.

Tambah R, selama ini beliau banyak mengubah 'style' penampilan isu dalam portal tersebut dan cuba secara halus supaya penyokong dan pembaca portal mereka faham apa yang cuba mereka sampaikan. R cuba mengimbangkan rencana yang begitu ekstrim yang selalu dikeluarkan oleh ZD dan sudah berjaya pun dalam usahanya tersebut tetapi R mengaku agak sukar untuk bermain politik dalam pejabat sesama mereka. Akhirnya R akur ZD adalah orang yang bertanggungjawab 'menghalau' beliau keluar dari pejabat suarapakatanrakyat dot com.

" Tunggulah masa kehancuran portal ini dengan kedegilan seorang Ketua Pengarang yang keras kepala..." itulah antara kata-kata R sebelum beliau jelaskan bahawa beliau akan dedahkan apaalagi yang "pelik" mengenai ZD.

R juga bakal dedahkan butiran terperinci bagaimana beliau dan Anwar selalu bertemu dan menerima tugasan dan adakalanya tugasan itu hanya beliau sahaja yang tahu kerana Anwar sendiri pernah mengatakan hanya beliau mampu bawa tugas khas tersebut dalam dunia siber yang penuh mencabar.

Isu bayaran diterima, R akui bahawa apa yang beliau terima amat lumayan dan berbaloi dengan usahanya selama ini membina watak ketua yang beliau sayangi dan hormati, isu peribadi Anwar bukan pokok utama, tetapi wawasan Anwar menjadi fokus utama beliau dan juga suarapakatanrakyat dot com.

MI juga diberitahu bahawa penulis blog dan portal pro BN yang ternama juga ada menemui beliau malah sindiran R mengatakan ada penulis yang menulis kerana kerja yang ikhlas, ada yang sekadar mencari nama dan bila nama sudah terkenal maka mula menulis dalam bentuk ugutan dan ada yang hanya mencari nama untuk kumpulkan kekayaan peribadi dan berselindung disebalik nama parti.

No comments:

Post a Comment