Pages

Friday, 15 February 2013

VIDEO : "Hang Tak Boleh Geng Aku Kalau Tak Ada 'KNOWLEDGE'..."! Mahasiswa WAJIB Tonton Video Ini!!



Setiap anak muda akan menempuhi alam persekolahan hinggalah ke peringkat yang tertinggi mengikut rezeki masing-masing. Zaman persekolahan hinggala peringkat Universiti adalah untuk menunjukkan sejauh mana mereka mengorak langkah untuk membina masa depan yang baik.

Pada mereka yang berjaya ke peringkat universiti adalah dari golongan yang bernasib baik. Pada yang kurang bernasib baik janganlah putus asa kerana banyak lagi peluang dan saluran yang pihak Kerajaan sediakan untuk mereka berjaya dalam hidup.

Pada mahasiswa, ambillah contoh MatLutfi90 ini kerana anak muda seperti inilah yang tahu tentang harga diri dan bersyukur dengan apa yang beliau kecapi hari ini. Bukan dengan memberontak melakukan demo jalanan yang boleh membawa kejayaan tapi usaha itu yang penting akan membawa diri kita berjaya dunia dan akhirat.

Pada saudara MatLutfi90, GR ucapakan tahniah kerana berjaya mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda. Sikap usaha tanpa putus asa anda dan bersyukurnya anda dengan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia harus dijadikan contoh pada adik-adik yang sedang menuntut dan yang bakal menuntut ke menara gading. Jangan sibuk nak FREE EDUCATION, tunjukkan bukti dalam pelajaran itu lebih penting.

No comments:

Post a Comment