Pages

Friday, 22 February 2013

Tahniah Anwar! Perlekeh Hadi Awang dan Nik Aziz



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diberi ucapan tahniah kerana berjaya merendah serta memperlekeh kredibiliti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebanyak dua kali dalam isu kalimah Allah.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, kali pertama Presiden Pas dan Mursyidul Amnya diaibkan ialah pada 8 Januari lalu sebelum diikuti dengan pendedahan video ucapan Ketua Pembangkang bertarikh 10 Februari.

Menurut Muhammad Zahid, beiau melihat tindakan Anwar itu sebagai suatu penghinaan kepada Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz kerana selepas 'terperangkap' dengan permainan politik pada 8 Januari lalu, ilmu agama pemimpin Pas itu pula diperlekeh Ketua Pembangkang.

Sehubungan itu, beliau mencabar Dewan Pemuda Pas Pusat menunjuk dan membuktikan ketaatan mereka kepada pucuk pimpinan parti dengan mengadakan demonstrasi membantah tindakan Anwar sebagaimana dilakukan ke atas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Saya kena mengucapkan tahniah kepada Anwar kerana dua kali beliau berjaya mempermainkan Abdul Hadi dan Nik Aziz, pada 8 Januari lalu mereka sudah terperangkap sehingga memaksa Abdul Hadi dan Nik Aziz membuat pusingan kemudiannya tentang kali Allah.

"Kini terbongkar pula video ucapan Anwarmemperlekehkan ilmu agama Abdul Hadi dan Nik Aziz dalam isu kalimah Allah dan kenyataan itu dibuat di hadapan orang bukan Islam di Sabah. Di manapemimpin Pas mahu letak muka, bagi saya ia satu penghinaan besar terhadap Pas.

"Tindakan Anwar memperlekeh ini seolah-olah hanya beliau sahaja yang berusaha mengembangkan syiar Islam menyokong pluralisme, liberalisme dan mendakwa undang-undang homoseksual sebagai lapok," katanya sinis dalam kenyataan di sini hari ini.

1 comment:

  1. tak payah la kalau nak tabur fitnah kat sini,
    tgk full video la duru baru cakap bro.
    jgn main ikut je or fitnah je kay. aku dah bg link nyer:-
    http://milosuam.blogspot.com/2013/02/video-anwar-perlekeh-nik-aziz-dan-hadi.html

    ReplyDelete