Pages

Monday, 25 February 2013

Surirumah Bongkar Skandal Hadi Awang Semasa Jadi MB Terengganu



Surirumah, Ruzilawati Che Seman melahirkan rasa kesal dan rasa tertipu setelah wang yang dibayarnya sebanyak permulaan RM980 dan tambahan sebanyak RM320.

Beliau masih ingatkan kata-kata Menteri Besar ketika itu, Haji Hadi bahawa itu adalah tanah untuk generasi kedua.

“Saya nak balik duit saya tu, dapat balik semula duit tak apa dah, walaupun tak dapat tanah,” katanya dengan nada sedih. 

Katanya, beliau orang susah, suami bekerja sendiri dengan pendapatan tidak seberapa, terpaksa pinjam duit orang untuk jelaskan bayaran itu dengan harapan mendapat tanah.


Seorang lagi surirumah, Puan Zuraini berkata, beliau amat berharap duit itu dapat dipulangkan semua.

“Saya datang ke sini, ke balai polis ini untuk meminta siasatan dibuat ke atas duit kami yang hilang begitu sahaja,” katanya yang sewaktu memohon dulu baru berusia 25 tahun.

Kedua-dua mereka antara 1,080 yang ditipu untuk mendapatkan tanah dan wang yang mereka bayar kepada Tetuan Azman Wan Helmi & Associate melalui Bank Bumiputera Commerce Berhad.

Ditemui di Balai Polis Ketengah Jumaat lalu (22 Feb 2013) bersama-sama beberapa orang yang membuat laporan polis bagi kes penipuan yang membabitkan Kerajaan Pas Terengganu (Feb 2004).

Ikuti kisah selanjutnya DISINI

No comments:

Post a Comment